Volkswagen Kuning | Cerita Seram Turun Temurun


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sejak sekian lama Volkswagen Kuning diketahui sebagai cerita seram turun temurun...
Kisah kereta berwarna kuning yang sering mengganggu dan menghantui pengguna lebuhraya Karak bukanlah kisah asing pada semua orang....
AJ juga penah mendengar kisah ini dari mulut ke mulut.....
Sejauh mana kebenarannya???


20 September 2016, AJ dan Mr JR berpeluang menjadi salah seorang yang pertama menonton filem ke 115 terbitan MIG...
Filem ini dikatakan inspirasi dari kisah benar..
Ya, misteri Volkswagen kuning merupakan kisah benar dan bukan mitos semata-mata...
Melalui filem ini, Shadan Hashim selaku pengarah berkata filem ini diolah dripada kisah benar dan cerita yang ditambah bagi mencantikkan lagi jalan cerita namun tidak mencacatkan kisah sebenar...

Filem Volkswagen kuning ini menampilkan Pelakon Filem Lelaki Terbaik - FFM28, Pekin Ibrahim (Fuad) dan Atikah Suhaime (Sarah) sebagai pelakon utama filem....
Dan turut dibantu oleh barisan pelakin seperti Amai Kamaruddin, Fatin Afeefa, Shahronizam, Azman Hasan dan Mak Jah..
Turut menampilkan Aida Othman, Hanif Safuan dan Dayang Areeda...

Barisan pelakon Volkswagen Kuning

Sinopsis Volkswagen Kuning

MENGISAHKAN sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah, yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah. Semuanya gara-gara Volkswagen kuning!
Fuad ditahan di wad, manakala Sarah langsung tidak mengalami kecederaan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari
kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang ‘sesuatu’ bersamanya.

Review AJ mengenai filem Volkswagen Kuning

Bagi AJ, filem Volkswagen Kuning ini sangat ringan, santai dan mudah difahami...
Menyelitkan sedikit elemen percintaan antara Fuad dan Sarah serta konflik terjadinya kisah misteri...
Semua perkara yang terjadi terhadap Sarah sebenarnya bersangkut paut antara satu sama lain...
Kalau korang nak tau apa kaitan mereka dengan kisah ini, korang kene tonton sendiri filem ini di pawagam...
Selain itu, plot penceritaan dalam Volkswagen Kuning ada yang tidak diolah lebih lanjut membuatkan beberapa scene kelihatan agak tergantung... Namun ianya langsung tidak merosakkan cerita yang ingin disampaikan...
Watak Pak Ayob yang dilakonkan oleh Azman Hasan juga banyak memainkan peranan dalam cerita ini...
Begitu juga dengan watak-watak lain...
Apa yang AJ boleh katakan tak rugi kalau korang nak menonton filem ini kerana jalan ceritanya tidak mengarut dan masih relevan...
Penonton juga tidak dibiarkan tertanya-tanya seperti filem-filem seram lain....
Cuma AJ rasa cerita ni perlu lebih suspen dan lebih fokus kepada kisah Volkswagen Kuning itu sendiri....

Apakah sebenarnya yang dibawa pulang oleh Sarah dan mengapa "bende" itu mengikut Sarah hanya akan terungkai bila dah tonton nanti.....

So apa kata 22 September 2016 ni korang serbu pawagam yang berhampiran untuk menonton filem Volkswagen Kuning...

Kat sini juga AJ nak ucapkan tahniah pada blogger Iena Eliena yang berjaya membawa pulang sebuah OppoF1s semasa malam preview untuk contest yang dianjurkan untuk blogger sepanjang minggu lepas... Tulis kisah seram je dapat hadiah tau.....
Tahniah Iena, jangan lupa kongsi hadiah tau! Hahahhaha...



Jom tengok suasana sekitar malam Preview Filem Volkswagen Kuning!















P/s : Seram jugak kalau diingatkan pasal cerita seram turun temurun ni...
Nak pulak Jumaat ni AJ akan lalu Karak!


10 ulasan

  1. Cerita yang santai.. tak ada konflik yang Serious terus sampai to the point. Contoh dapat tahu siapa pembunuh sebenar dengan secepat mungkin tanpa pening kepala. HahA.

    BalasPadam
  2. Japp awat tak ambil gambar sebelah Intan Ladyana... Sebab kalau amik nampak cam adik beradik... Ngee...

    BalasPadam
    Balasan
    1. intn ladyana mana ada berlakon cerita ni... Huhuhuhu..
      taklah mane ade sama la kak...
      Lain sangat..

      Padam
  3. Bestnya...mcm tak sabar je nak tonton citer ni nanti ayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pegilah kak..
      cerita dia mudah faham...
      Takde pusing-pusing..

      Padam
  4. Highway karak😂 Gerak siang hari, jangan malamm daa. Hahaa

    BalasPadam