Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari kedua, iaitu hari terakhir di Sungai Lembing kami dibawa oleh pihak Xcape Resort ke Rainbow Waterfall yang terlatak tak jauh dari resort. Jauh tak jauh 20 minit jugak kot. =D

Seawal jam 7 pagi semua dah berkumpul, selesai je breakfast semua bersiap sedia naik 4x4. Tapi sebelum pegi tu ada sikit rintangan. Ada pokok tumbang kat laluan menuju  ke sana. Lepas dah alihkan kami terskan perjalanan macam biasa. Disebabkan malam sebelum tu hujan, memang laluan tu berlumpur dan licin. Tapi kalau nak 4x4 apa ada hal??



"Rainbow Waterfall Sungai Lembing | Menakjubkan!"


Lebih kurang 20 minit perjalanan kami sampai di Rainbow Waterfall. Tapi tu baru sampai kat jalan masuk je tau. Nak ke sana korang kene seberang sungai dan hiking lebih kurang 1000 meter. 1 km jugak tu!d Adalah dalam 45 minit perjalanan.


Jangan risau, laluan mudah je nak hiking tu. Panjat-panjat bukit sikit je. Hehehehheh.


AJ sarankan kalau korang nak naik ke Rainbow Waterfall, pakailah kasut yang sesuai. Jalan dia tu agak licin sikit. Jangan lupa bawak dry bag sekali tau!



Sampai kat Rainbow Waterfall, pemandangan dia memang menakjubkan. Tak dapat AJ nak gambarkan dengan penulisan. Tak percaya korang boleh tengok sendiri.


Kalau nak tengok pelangi, korang kene berada kat sana dalam pukul 8 pagi ke 10.30 pagi. Pelangi akan muncul bila terkena sinaran matahari terbit. Lepas pada tu pelangi tak muncul punya. Kami agak bernasib baik, dapat juga tengok pelangi walaupun tak besar... =D

Nampak tak pelangi tu?
Sampai kat sini, AJ terus terjun dalam air. Sejuknya tak payah cakap. Sampai naik biru dibuatnya. Kat atas tu nanti korang akan dihidangkan dengan maggi dan air milo. Dah puas mandi, bolehlah isi perut dengan maggi. Kalau tak makan maggi, korang bawaklah biskut-biskut dalam beg ye.


Nasib AJ ada bawak underwater camera. So dapatlah rakamkan moment-moment indah kat Rainbow Waterfall.


Tengok! Terkeluar perangai masing-masing! Hahahhahah. Seronok sangat. Terasa tak nak turun. Tapi memandangkan kami kene balik ke Xcape Resort untuk bersiap balik, pasrah je semua turun. Hehehhehhehe....

Tapi yang pasti kami geng #kelabbloggerbenashaari akan kembali lagi ke Sungai Lembing....

Kat sini AJ nak ucap terima kasih kepada Cik Fied dari Xcape Resort dan juga pihak Xcape Resort sendiri kerana menjemput kami ke Fun Trip ni. Yup kami sangat fun! 1 pengalaman berharga yang takkan kami lupa. Terima kasih!



Sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur kami dijamu dengan Mee Jawa Pok Yeh yang terkenal kat Sungai Lembing. Sedap weh! Ramai yang makan bertambah tau!


Sungai Lembing! Semoga bertemu kembali.....

P/s : Enjoyable trip!

Baca Selanjutnya »

Xcape Resort Sungai Lembing, Betul-Betul "Escape"!



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA




Usai lawatan ke beberapa tempat menarik di sekitar Sungai Lembing, kami dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda, 4x4 untuk masuk ke dalam Xcape Resort Sungai Lembing....
Kalau korang bawak kereta sendiri ke Sungai Lembing, tak perlu risau kalau nak tinggalkan kenderaan korang....
Xcape Resort ada menyediakan tempat parking khas untuk mereka yang tinggal dan beraktiviti di Xcape... Ada orang akan jaga kenderaan korang kat situ dengan bayaran RM5...


"Xcape Resort Sungai Lembing, Betul-Betul "Escape"!"


Perjalanan dari pekan Sungai Lembing ke Xcape Resort lebih kurang 9.8km dan laluan masuknya pula jenis tanah merah yang berbatu....
4x4 yang kami naiki juga perlu meredah sungai untuk masuk....
Nasib baik sungai dia tak berapa dalam.... Oh ya, AJ dengan Mr.JR pegi Xcape naik motor tau...
So, kalau korang pakai motard boleh terus masuk je.... Kami yang naik skuter SYM pun Alhamdulillah lepas masuk... Cuma masa nak redah sungai tu, cuak sikitlah... Takut air masuk exzos...


Lepas lebih kurang 30 ke 45 minit, sampailah ke Xcape Resort....
First impression AJ adalah WOW!



Tak sangka dalam hutan Sungai Lembing ni ada resort yang cantik dan tenang.....
Masa mula-mula masuk dalam tu benda pertama  yang tangkap mata AJ adalah hammock.....
Most wanted hammock tu okay.. Nak naik kene beratur lagi... Hahahhahhaha.....


Kat sini memang takde line okay, so kalau korang rasa nak bersosial di alam maya, AJ rasa lupakan je...
Konsep mereka ialah "talk to each other"


Masa ni memang semua orang guna telefon hanya untuk mengambil gambar sahaja....
kalau ada line pun maxis je... Tapi apa pun tak boleh buat.. Hahahahhaha...
Sebab tu AJ cakap memang betul-betul escape....
Kat sini korang lupa kat dunia luar... Yang ada hanya korang, rakan-rakan atau keluarga dan nature....

Banyak aktiviti yang boleh korang buat kat Xcape Resort...
Antara yang paling menarik adalah riverside activities....
Korang cuba pelbagai aktiviti air seperti Water Jump, Stand Up Paddle, Water Slide, River Slack Lining dan Fish Feeding....


Selain tu ada obstacle course jugak... Lebih kurang 13 halangan yang perlu korang rentasi...
Nak tau fit tak fit kat sini la gelanggangnya... =D
Seronok sangat bila sesekali beraktiviti macam ni....
Rasa tak nak balik weh!


Sebelah malam pula korang boleh buat BBQ Dinner...
Dan kalau bernasib baik boleh karaoke lagi.. Tapi masa kami datang tu, TV rosak..
So buat acapella je la... =D
Sebelah malam memang tenang sangat... Dengan bunyi unggas, deruan air sungai membuatkan mata ni layu je....
Mana tak layu, AJ siap terlelap dekat atas hammock malam tu...
Nasib sedar, kalau tak mau sampai ke pagi tidur kat luar bilik... Hahahahahah...


Bila sebut pasal bilik pulak, kat sini ada 13 buah chalet yang setiap 1 nya boleh memuatkan 3 ke 6 orang....
Selesa tak payah nak cakap....
Katil, bantal, selimut dan juga tuala boleh AJ katakan terjaga rapi... Bersih sangat!
Setiap chalet dilengkapi dengan 2 buah katil double decker dan juga 2 tilam tambahan, mini fridge, kettle, water heater dan hair dryer...
Pasal plug point? Tak payah risau, banyak je kot... =D



Pelbagai pakej yang ditawarkan oleh Xcape Resort kalau korang nak menginap kat sini...
Dalam pakej tu termasuk khidmat transport dari pekan Sungai Lembing menuju ke resort, aktiviti air dan sebagainya....
Tempat ni sesuai untuk korang beriadah bersama keluarga, seminar, gathering, team building dan sebagainya.....

Pakej yang ditawarkan untuk seminar serendah RM40 sahaja..



Kalau nak tau lebih lanjut mengenai Xcape Resort korang boleh layari :

Website :
xcape.com.my
www.xcapeoffer.com

Facebook :
Xcape Resort at Sungai Lembing

Instagram :
@xcaperesort.sg.lembing

Email :
info@xcape.com.my

Tel :
03-3324 8880
013-424 3333
019-524 9999

Apa macam?? Ada rasa nak pegi?
Seriously memang korang akan enjoy bila duduk kat sini...
Lepas ni AJ nak cerita pasal Rainbow Waterfall pulak...
Tunggu tau... =D

P/s : Nak pegi lagi!

Baca Selanjutnya »

Cara Elak Instagram (IG) Di"hacked"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Pagi ni AJ tetiba dapat mesej dari Instagram (IG), hantar security code....
Ehhhh???? Nampaknya ada yang cuba hacked IG AJ pagi ni....
Sapa punya keje ni???!
Nasib AJ ada on two-factor authentication....



Sekarang AJ nak bagitau korang cara elak Instagram (IG) di"hacked"
Senang je, pejam mata pun boleh buat....

Step 1
Pegi kat profile instagram korang dan pegi kat setting..
Nampak tak dot 3 kat atas sebelah kanan tu?
Klik situ...



Step 2
Cari two factor authentication



Step 3
On kan notification tu....



Nanti pihak IG akan hantar 6 digit code kat phone korang...
Make sure korang dah update private information macam no telefon siap-siap tau...
Kalau belum pegi kat button edit my profile dan tengok bawah sekali...

 DONE

So lepas ni kalau ada orang try nak login IG korang pakai device lain ke, korang akan dapat notification thru phone....

Selamat mencuba...

P/s : IG tak famous pun orang nak hacked...
Hurmmm...


Baca Selanjutnya »

Tempat Menarik di Sekitar Sungai Lembing

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Last week AJ berkesempatan berkunjung lagi ke Sungai Lembing, ini merupakan kali kedua AJ ke Sungai Lembing tahun 2016 ni... Untuk fun trip kali ni, AJ nak ucapkan terima kasih kepada Xcape Resort atas kesudian menjemput AJ dan 15 orang lagi geng #KelabBloggerBenAshaari..
Memang haru biru jadinya bila kami serang Sungai Lembing....

Kami bertolak lebih kurang pukul 10.30 malam dengan menaiki 4 buah kereta dan sebuah motosikal... AJ dan Mr. JR naik motor je... Hampir 2.30 pagi kami sampai ke Balok Perdana untuk bermalam dan berehat sebelum meneruskan perjalanan ke Sungai Lembing....

KembaraKBBA9 - 4 buah kereta dan sebuah motosikal

Pagi Sabtu kami berkumpul di pekan Sungai Lembing... Selepas sarapan pagi kami dibawa oleh Cik Fied dari Xcape Resort untuk sesi tour sekitar Sungai Lembing. Sebenarnya ramai yang tak tau, terdapat banyak tempat menarik di sekitar Sungai Lembing. Ianya bukan hanya sebuah pekan lama yang tak punya apa-apa....




Sungai Lembing, mungkin ada yang belum penah dengar nama tempat ni..
Ianya terletak lebih kurang 60km dari Bandar Kuantan dan memakan masa 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur...

"Tempat Menarik di Sekitar Sungai Lembing"

Untuk lawatan pertama, kami dibawa masuk ke Muzium Sungai Lembing. Bangunan yang terletak di atas bukit sebelah timur menghala ke Sungai Kenau ini merupakan banglo lama yang dahulunya merupakan kediaman pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah di Sungai Lembing.

Credit pic : Afiq
Semasa Perang Dunia Kedua, bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehingga 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih semula oleh PCCL untuk meneruskan aktiviti-aktiviti perlombongan sehinggalah kejatuhan harga timah pada tahun 1986.

Dalam muzium ni terdapat sejarah dari awal kewujudan Sungai Lembing. Bangunan 2 tingkat ini turut dipamerkan segala artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat pengerudi, pakaian dan topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu.


Kedua kami dibawa ke Tin Mines Sungai Lembing iaitu sebuah lombong bijih timah yang terbesar di negeri Pahang.... Juga dikenali sebagai El-Dorado di sebelah Timur dan mula beroperasi sekitar tahun 1886. Lombong bijih timah ini digali secara manual oleh penduduk tempatan tanpa menggunakan bahan letupan. Mempunyai beberapa tingkat tetapi hanya 1 tingkat sahaja dibuka kepada pengunjung atas faktor keselamatan....

Credit pic : Afiq


Sebelum masuk ke dalam Tin Mines, korang dapat merasa menaiki lokomotif "the minecraft" sejauh 80 meter ke dalam lombong kemudian berjalan kaki selama 30 minit ke 1 jam untuk explore. Keadaan dalam lombong ni agak suram dan basah so dalam tu agak licin, AJ sendiri pun hampir tergelincir. Ketinggian terowong pula antara 12 kaki ke 200 kaki.

Di dalam Tin Mines korang akan rasa sejuk je disebabkan lombong tersebut terletak di bawah hutan hujan tropika. Disini korang dapat menyaksikan era kegemilangan perlombongan di Sungai Lembing..

Terdapat beberapa replika pekerja lombong dan juga segala peralatan yang digunakan oleh mereka membuatkan korang sendiri terasa macam salah seorang pelombong kat situ.


Seterusnya kami dibawa ke Jambatan Gantung Kolong Pahat yang berusia lebih 100 tahun...
Jambatan ini merupakan laluan yang menghubungkan penduduk kampung.


AJ rasa ketinggian jambatan ni adalah dalam 200 meter kot. So kalau sesiapa yang gayat tu, goyah jugaklah nak berjalan atas tu. Nak pulak kalau ade ramai yang tengah lalu atas tu, memang bergoyang-goyanglah...

Credit pic : Afiq

Di hujung jambatan sepanjang lebih kurang 150 meter ini terletaknya kilang mee dan biskut kelapa yang terkenal di Sungai Lembing. Kat sini kami sempat merasa hasil biskut yang dikilangkan. Semuanya homemade tau. Memang sedap! Bukan setakat biskut je, ubat-ubatan tradisional serta tau foo fah dan jelly serai pun ada dijual.

Busy Mr. JR tengok biskut..
Habis je lawatan kami dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda, 4x4 untuk masuk ke dalam Xcape Resort untuk check in dan aktiviti seterusnya.

Nak tau apa yang kami buat kat sini???
Tungguuuu.... =D

Lagi tempat menarik di sekitar Sungai Lembing

Selain tu ada lagi tempat menarik sekitar Sungai Lembing seperti Bukit Panorama iaitu sebuah bukit yang membolehkan korang melihat sekitar kawasan Sungai Lembing. Kalau nak panjat bukit ni korang kene pegi seawal pagi. Dapatlah tengok matahari terbit dan keindahan seluruh Sungai Lembing dari view yang sangat cantik. Tapi untuk trip kali ni kami tak pegi Bukit Panorama.. Tapi kalau nak tau macam mana pemandangan Bukit Panorama korang boleh rujuk entri AJ yang ni....



Dan juga Sungai Lembing ada Rainbow Waterfall.

Nak tau cantik tak cantik kenalah tunggu entri AJ okay.... =D


Best kan???


P/s : Tak puas berjalan kat Sungai Lembing walaupun situ tak semeriah Kuala Lumpur!


Baca Selanjutnya »