Sepetang Bersama Reen Rahim dan Asianic


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

5 Disember 2016 lepas AJ mendapat jemputan dari Wonderland Primary Sdn Bhd untuk menghadiri majlis sepetang bersama Reen Rahim dan Asianic bertempat di Donates Coffee, Cake & Bread, Kuchai Lama...
Majlis santai ini diadakan bagi memperkenalkan produk Asianic iaitu produk yang berstatus halal dan juga beramah mesra bersama duta produk iaitu actress yang tidak asing lagi iaitu Reen Rahim...



AJ memang penah nampak produk Asianic ni, tapi belum penah mencuba lagi..
Tapi melalui majlis santai yang diadakan ni, AJ tau kebih lanjut mengenai produk ni...
Baru AJ tau rupanya Asianic banyak rangkaian... Ingatkan ada syampu je....

Lepas tu pulak masa majlis ni AJ dapat berkenalan dan beramah mesra dengan duta produk iaitu Reen Rahim..
Menurut Puan Leny Adam, pemilihan Reen Rahim ni memang tepat kerana personalitinya yang mempesona dan tiada gossip liar....
Pada AJ memang tepat sebab dari kaca mata AJ sendiri, Reen Rahim ni peramah dan cantik!
Dia layan blogger dan peminat yang datang macam kawan je... ☺



Okay tanpa berlengah jom AJ perkenalkan dengan korang tentang syakikat Wonderland Primary dan juga produk-produk di bawah jenama Asianic...

Sedikit info mengenai Wonderland Primary Sdn. Bhd

Wonderland Primary Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan merupakan syarikat pemasaran bagi barangan penjagaan dan kesihatan diri untuk semua lapisan umur...
Mengukuhkan lagi kedudukan runcitnya dengan memasarkan produk keluaran syarikat ke pasaraya-pasaraya besar ,farmasi, kedai kedai runcit dan toko jamu di seluruh Malaysia malahan telah memenuhi permintaan pengguna bagi pasaran luar negara juga...
Misi Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard) dan bermatlamat untuk 
menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan produk yang bermutu tinggi dan setanding dengan produk antarabangsa selain menjadi syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.



Jenama Asianic

Jenama Asianic yang terdiri dari penjagaan diri termasuk :



Displaying Asianic_Set_bodycare.jpg
  •  Krim mandian, skrub badan, losyen yang mengandungi campuran estrak dari Bunga Sakura dan juga bahan-bahan terbaik seperti daun lidah buaya dan Akar Kayu Manis bagi membantu menanggalkan lapisan kulit mati dengan lembut dan berkesan dan juga memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan awet muda...

  • Syampu dan perapi rambut yang diformulasikan dari natural ekstrak buahan dan teh hijau untuk rambut lebih sihat sentiasa, membuat rambut sentiasa lembut bagaikan mutiara, berkilat dan bermaya..

Terdapat beberapa variasi syampu bagi kepala yang mempunyai masalah kelemumur, rambut gugur ,rambut biasa dan berminyak yang mampu memberi kesan seawal 5 hari...

Displaying Asianic_GingerSpaSalt.jpg
  • Mandian garam

Displaying Asianic_Gingercream.jpg

  • Krim halia 



  • Pencuci wanita.  




Produk jenama Asianic adalah mampu milik dan berharga dari RM10.90 hingga RM17.90 sahaja...
Korang juga tak perlu ragu untuk menggunakan produk-produk Asianic kerana ianya sememangnya Halal dan sedang dalam mempromosikan produk halalnya di dalam dan luar negara...

Produk Asianic boleh didapati di hampir semua pasaraya besar, farmasi dan kedai-kedai runcit seluruh Malaysia dan boleh dibeli melalui laman sesawang :


Banyak aturcara akan dijalankan bagi mempromosikan jenama Asianic antaranya adalah majlis ramah mesra selebriti Asianic, Reen Rahim yang AJ hadiri ni.
Peminat bukan sahaja dapat akan dapat berjumpa dengan selebriti ini malah akan dapat berjumpa secara langsung pada acara-acara yang akan dijalankan.
So kalau nak tau segala program yang dijalankan oleh Asianic, korang boleh lawati laman sosial Asianic...

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:

Leny Adam
+6019 265 6687

WONDERLAND PRIMARY SDN BHD (877104-M)
No.17, Jalan PJS 5/26,
Taman Desaria,
46000 Petaling Jaya , Selangor.

Tel : +603 7782 6308 Fax : +603 7783 6308

Facebook : Asianic Halal

Instagram : @asianichalal

Jom AJ belanja lagi gambar sekitar Majlis Sepetang Bersama Reen Rahim dan Asianic









Cantikkan Reen Rahim??

P/s : Jom ber Asianic! Confirm wangi...

Baca Selanjutnya »

Box of Joy dari Lazada!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sebelum AJ pegi trip aritu, AJ ade terima Box of Joy dari Lazada...
AJ tengok ramai blogger yang dah dapat box of joy dari Lazada ni tau...
Bestnyaaa! Tapi bila AJ sendiri pun dapat kan, lagi berganda-ganda bestnya!

Okay, AJ terus bukak box ni untuk tengok apa yang ada... Tak sabar sangat...
Dalam ni mengandungi beberapa barangan dari brand premium...
Tema Lazada untuk box of joy ni kan "Brand for All"... Menarik kan?

Jom tengok apa yang terdapat dalam box of joy AJ...


Milo Ola Bola bag
Tefal Manual Chopper
Logitech Wireless Speaker
Sandisk Ultra Dual Drive m3.0
Nescafe White Coffee Rasa Pandan
Loreal Mythic Oil
Mamypoko Gentle Baby Wipes
Lactokid pouch with Nestle Cerelac
Maggi Royale Thai White
RM 11 off voucher

Banyak kan?
Pemberian box of joy kepada blogger ni sebenarnya bersempena jualan mega Lazada Revolution...
So kalau korang nak dapatkan barangan seperti AJ dapat ni, cepat-cepat pegi website Lazada tau!
Kat situ, semua brand ni ada....

Nanti AJ nak cerita pulak barang apa yang paling AJ suka dalam box ni...

P/s : Aritu kannn...
Tershopping tapestry! Hahhaa..


Baca Selanjutnya »

Pakej Percutian Bajet 4 Hari 3 Malam ke Phuket, Krabi dan Hatyai dengan Ayden Averroes Travel


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang follow AJ dekat facebook dan instagram mesti perasan yang AJ sakan berjalan sepanjang beberapa hari yang lepas....
Yup AJ ikuti pakej percutian bajet 4 hari 3 malam ke Phuket, Krabi dan Hatyai dengan Ayden Averroes Travel...
Sekarang ni banyak kes penipuan melibatkan travel agency kan?
Tapi dengan Ayden Averroes Travel ni korang tak perlu risau ditipu...
AJ sendiri dah bercuti dengan pakej percutian bajet mereka memang betul-betul puas hati...


Untuk trip kali ni, AJ bukan keseorangan okay... AJ pegi dengan lagi 10 orang geng #KelabBloggerBenAshaari...
Memang havoc habis! Yang pegi tu pulak semuanya cik murai....
AJ memang orang yang paling excited la dengan trip ni.. Sebab AJ memang suka sangat pegi ke Negara Gajah Putih ni...
Tahun ni je dah 4 kali AJ menjejakkan kaki ke sana.....


Hari pertama kami semua berkumpul di Bukit Kayu Hitam, selepas itu kami dijemput pihak agensi dengan van untuk meneruskan perjalanan ke Phuket selepas selesai urusan dengan imigresen....
Alhamdulillah walaupun ada sedikit rintangan dengan salah seorang ahli KBBA, kami dapat meneruskan perjalanan.....


Trip ni kami di "guide" oleh Eja salah seorang agen Ayden Averroes Travel...
Dari sempadan ke Phuket mengambil masa lebih kurang 8 jam perjalanan.... Memang 1 trip yang panjang!
Tapi jauh perjalanan, luas pemandangan kata orang...
Masa ni la kita dapat tengok adat dan budaya serta pemandangan negara orang... =D
Masa kat Phuket, kami dibawa berjalan sekitar Patong Beach, Bangla Road dan Kilang Baju Phuket...


Nak tau lebih lanjut, nanti AJ cerita dalam entri seterusnya...

Hari kedua kami bertolak ke Krabi tapi sebelum tu kami dibawa menaiki bot pusing-pusing di James Bond Island dan Koh Panyee...
Lepas makan tengah hari terus ke Krabi untuk bermalam di sana... Dari Phuket ke Krabi lebih kurang 3 jam perjalanan...
Sebenarnya ini kali kedua AJ berada di Krabi... Sebelum ni tak puas jalan sebab masa AJ pegi tu musim hujan...
Dengan pakej percutian bajet kali ni, AJ dibawa pusing 1 Krabi okay....
Antara aktiviti yang ditawarkan semasa percutian ni ialah Island Hopping dan snorkeling, melawat kedai cenderamata Shell Fossil dan makan-makan di Krabi Night Walking Street!
Sampai sakit kaki dibuatnya berjalan... Hahahhaha...





Hari terakhir pula, kami dibawa ke tempat Elephant Tracking pada sebelah pagi dan seterusnya bertolak ke Khlong Hae Floating Market yang terletak di Hatyai...
Kat floating market ni memang AJ panggil syurga makanan....
Macam-macam makanan unik Thailand yang terdapat di setiap 1 bot...
Ada yang biasa kita makan dan ada juga makanan yang kita takkan jumpa kat KL...
 Bab halal jangan risau, para peniaga nya terdiri daripada orang Islam...



So dah baca teaser pasal trip AJ ni mesti korang nak tau harga yang ditawarkan??
Pakej percutian bajet ni memang betul-betul murah dan jimat... Tak caya boleh tengok bawah ni..

 
PHUKET + KRABI + HATYAI (4HARI 3MALAM)

- RM549 per pax - Dewasa
- RM449 per pax - Kanak-kanak (2thn - 12 thn)
- RM100 per pax - Deposit


PAKEJ TERMASUK :
✅Van Commuter dari sempadan Bukit Kayu Hitam
✅Hotel 2 malam di Aonang Krabi
✅Hotel 1 Malam di Phuket

🏊Island hopping di Krabi :
👉Poda Island
👉Tup Island
👉Chicken Island
👉Railay Beach
✅ Snorkeling
✅Free lunch di beach semasa Island Hopping (dalam bot)
✅Krabi city tour :
👉Black Crab
👉Nok Awk
👉Krabi Night Market
👉Aonang Walking Street
👉Gastropod shell fossil


Aktiviti di Phuket :
🏊Island hopping
👉James Bond island
👉koh panyee
✅ Banglaa Road
✅Patong Beach
✅Phuket kilang bag


Aktiviti Hatyai :
Perjalanan pulang singgah Di Hatyai
✅ Floating Market


TAK TERMASUK :
❎Makan minum selain dinyatakan di atas

Pada AJ harga yang ditawarkan memang berpatutan... Tapi nak pegi korang bawak duit lebih tau....
Makan kat situ memang sedap-sedap.... AJ banyak habis duit kat makan je tau! 😉
Selain tu mesti ada yang nak beli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan kan?

Kalau nak tau info lebih lanjut mengenai Ayden Averroes Travel, boleh follow laman sosial dibawah :


Pakej Percutian Jimat Dan Murah

Pakej Murah-Murah Kak Joyah 



Selain pakej ke Phuket, Krabi dan Hatyai banyak lagi tempat menarik lain yang mereka tawarkan, cakap je nak pegi mana Insyaallah ade...
Okaylah nanti AJ sambung entri ni okay...
Mesti korang nak tau lebih lanjut kan pasal aktiviti kitaorang kan kan kan?

Banyak cerita dan pengalaman sepanjang trip yang AJ nak kongsikan dengan korang ni tau...
Tunggu okay..

P/s : Balik bercuti, mood keje merundum!



Baca Selanjutnya »