Wangikanlah Hatimu Diperdengarkan Buat Kali Pertama di Pentas Epik 3 Juara


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang tengok siaran langsung Pentas Epik 3 Juara ahad lepas mesti dah dengar lagu Wangikanlah Hatimu dendangan Noraniza Idris dan Tyka 3 Juara musim yang lalu...
Kalau nak tau lagu ini kali pertama didendangkan dan mereka yang hadir tu merupakan antara yang terawal dengar lagu ni....


Lagu Wangikanlah Hatimu ini merupakan lagu terbitan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) dan ditaja oleh Produk Mewangi, Wangian Penenang Hati dan Jiwa dari 7 Kelopak Mawar...
Persembahan bertenanga dari Noraniza Idris dan Tyka dimulakan dengan monolog dari penyanyi baharu yang merupakan anak kepada Kak Ani sendiri iaitu Fee Haiqal....


Persembahan mereka memang sangat memukau.... Terpegun AJ dengar nak pulak ianya menggabungkan unsur dikir barat, Siam dan Sunda....
Alunan suara Tyka pun cukup memukau... Menurut Kak Ani sendiri, Tyka dipilih untuk berduet dalam lagu ni keraa kebolehannya menyanyikan pelbagai lagu-lagu etnik....
Ternyata pilihan Kak Ani memang tepat!
Persembahan juga diiringi oleh penari Sanggar Budaya....

 Bagi mereka yang terlepas untuk melihat persembahan pertama lagu Wangikanlah Hatimu semasa Pentas Epik 3 Juara, boleh tengok kat bawah ni :

 

Hebat kan??


Menurut Kak Ani, beliau memang bercita-cita untuk melahirkan lebih ramai pelapis yang mempunyai pengetahuan dalam membawa Irama Malaysia dengan penuh rasa tanggungjawab...
Irama Malaysia ini memerlukan perhatian khusus dan pemantauan yang teliti agar tidak mudah dimanupulasi dan terus melangkah ke arah yang lebih selesa untuk bersaing....




Manakala bagi Tyka 3 Juara pula, beliau sangat berbesar hati apabila Kak Ani sudi melamar dirinya untuk memnyanyikan lagu Wangikanlah Hatimu ini...
Tyka sendiri dia sememangnya ingin memperjuangkan genre Irama Malaysia supaya ianya tidak pupus ditelan zaman..

Niat Kak Ani dan anak muda ini sangat berani pada AJ kerana Irama Malaysia agak sukar untuk diketengahkan..
Mudah-mudahan dengan munculnya lagu Wangikanlah Hatimu, Irama Malaysia bakal mendapat tempat di hati penggemar muzik di malaysia tanpa mengira usia...


So kat sini AJ sertakan sekali lirik lagu Wangikanlah Hatimu yang menyelitkan pelbagai kata-kata nasihat....





Akhir kata, terima kasih Kak Ani dan warga kerja Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd (NIPVSB) terutamanya Encik Arol atas kesudian menjemput AJ dan rakan-rakan #KelabBloggerBenAshaari menjadi salah seorang pertama yang mendengar lagu ini secara live dan juga antara yang pertama menjadi pemilik single Wangikanlah Hatimu...


Semoga Irama Malaysia terus mendapat tempat di hati penggiat muzik dan juga kami para pendengar....

P/s : Berulang kali dengar lagu ni...
Best! Unik dan lunak je dengar kat halwa telinga ni...


Baca Selanjutnya »

Sesi Sumbang Suara di K Song Family KTV, Klang Parade!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Jumaat lepas keje last week, AJ pegi sesi sumbang suara di K Song Family KTV, Klang Parade dengan beberapa orang geng blogger iaitu Wendy, Neyra, Norfa, Rawlins, Nadia, Syafiera, Athirah, ss dan Carol....
Memang riuh K Song tu dengan kedatangan kami....Kalau korang kenal AJ, bab menyanyi ni AJ memang nombor 1...
Suara sedap ke tak, belakang kira.. Hahahahha....
Kalau suara kakak lemak merdu, dah jadi penyanyi dah...
Disebabkan suara pun sekadar di pinggiran, pusat karaoke la tempat AJ menyumbangkan suara....


Sini dikategorikan sebagai pusat karaoke keluarga, takde masalah kalau korang nak bawak anak-anak masuk sekali...
Yang penting boleh behave... Masa datang aritu pun ada blogger yang bawak anak-anak... Hihihiihi... 

Kredit : Rawlins
K Song Family KTV, menyediakan beberapa jenis bilik karaoke mengikut jumlah kehadiran dan juga bajet korang....
Bilik-bilik yang disediakan kat sini selesa dan bersih....


Masa kat sana kami diberikan bilik VVIP...
Bilik ni memang besar... Boleh memuatkan sehingga 35 orang... Luas gila!
Dilengkapi dengan tandas di dalam bilik dan jugak 3 screen TV, mic pun tak kedekut so takde isu rebut mic pun kat sini... 😆😅
Kalau kata nak buat sambutan hari lahir dengan keluarga dan rakan-rakan pun puas hati dengan keluasan dan keselesaan bilik karaoke dia....


Pakej bilik VVIP kami ni didatangkan dengan snack dan juga minuman....
Kami dihidangkan dengan 3 tower air Lemonade dan air suam dengan kudap-kudapan ringan....
Ada kentang goreng, nugget, sosej dan keropok....
So sambil tengok dan tunggu turn nak nyanyi tu, takdelah tekak kosong ngan perut lapar....
Tapi kalau seorang AJ pegi karaoke, dia dah tak pandang dah makanan tu selalunya... Hahahhahahaha......


K Song Family KTV, menawarkan pelbagai promosi setiap bulan....
Ada promosi untuk wanita, member day, promosi tengah malam dan sebagainya...
Setiap promosi menawarkan potongan harga ataupun makanan dan minuman secara percuma...
Sambil release tension menyanyi sakan, boleh jimat poket jugak kan... Hehehhehehe....




Dari segi kualiti audio dengan senarai lagu pilihan, AJ boleh katakan kat sini okay sangat....
Audio tak pecah, nak pilih lagu pun tak susah sebab monitor kecik untuk pilih tu pun user friendly....
Cuma kalau ada remote mesti lagi best! Hehehhehe... Demand eh! 😜 
Lagu-lagu kat situ pun up-to-date, takdelah korang kene layan lagu 80an, 90an je...
Genre lagu pun banyak.... Rock, dangdut, balada semualah ade kat sini...

Okay cerita pasal sesi sumbang suara di K Song Family KTV, Klang Parade ni kan macam-macam ragam dan gaya yang blogger-blogger ni tunjuk...
Ada yang macam dah buat konsert.. Masing-masing pun sporting, so takdelah rasa segan sangat bila suara kita tak merdu....
AJ abis semua lagu AJ duk layan... Sampai lagu hindustan pun AJ belasah...
Dangdut? Tak payah cite la.... Favourite! Hahahahaha....
 Sampai si Wendy pun terpengaruh layan lagu Perawan atau Janda tau! Hahahahhaa....
 Malam tu memang gamat, riuh rendah dan huru hara...


Huru hara kami cover Perawan atau Janda ni!
Tapi siapa kisah... Karaoke mean to be fun! 😂

Mak budak pun berubah imej... Hahahhahaha...
So far memang we enjoyed the night.... Tak terasa 3 jam berlalu....
Tau-tau suara dah serak dah... Hehehehehehe....

So lain kali kalau terasa nak berkaraoke, singgahlah kat di K Song Family KTV, Klang Parade!

Untuk maklumat lanjut tentang sebarang promosi semasa ataupun aktiviti yang dianjurkan olek K Song Family KTV boleh rujuk maklumat yang tertera di bawah : 

Facebook :

Alamat :
Lot 5F.20-23, Level 5, Klang Parade,
No.2112, KM2, Jalan Meru,
41050 Klang, Selangor Darul Ehsan.

Lokasi :
Here WeGO! (Maps)
 
Waktu operasi :
10 pagi hingga 3 pagi (setiap hari)

No. Tel :
03-3359 6303
 
P/s : Salah satu cara AJ release tension... KARAOKE!


Baca Selanjutnya »

Makan Sambil Bersantai di D'Pallet Place @ Langat


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Nak makan sambil bersantai?
AJ ade 1 tempat best untuk korang singgah... Tempat ni sangat sesuai untuk mereka yang berkeluarga mahupun yang single mingle...
Terletak di Batu 9, Langat, tak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur...
Kalau korang nak lari sikit dari kesibukan kota, kat sini lah tempatnya...

D'pallet Place ni telah dibuka hampir setahun kalau tak salah AJ...
Yang uniknya kat sini, meja dan kerusinya diperbuat daripada pallet kayu, sebab tu ianya dinamakan D'pallet Place....


Dari segi pemilihan makanan, terdapat banyak stall yang menyajikan pelbagai jenis masakan...
Ada masakan melayu, ada masakan barat dan banyak lagi.....
Suasana kat sini memang sangat santai dan tenang...
AJ kalau datang ke sini, AJ pilih masakan melayu...
Memang sedap... Tak rugi mencuba...

Kat sini konsepnya layan diri... Masa nak order korang just bagitau no meja je kat stall pilihan korang tu....
Nanti masa makanan dihantar, baru korang bayar....

Jom tengok antara makanan yang AJ makan kat D'Pallet Place


Ikan Siakap Masak Asam Boi

Tomyam Poktek

Kangkung Goreng Belacan

Telur Bungkus



Lepas tu ada kambing bakar...
Nyum nyum!



Pulut Durian
 Kat sini korang boleh dapat menu istimewa tau....
First time AJ cuba... Memang sedap...

Bubur Delima

Dalam bubur delima ni, ada nangka, sagu, sengkuang kalau tak salah AJ..
Lepas tu kuah bubur ni pulak santan...
Bayangkan AJ yang tak makan nangka ni pun boleh abiskan...
Sedap wooo!

D'pallet juga menyediakan pentas karaoke buat mereka yang suka berkaraoke....
Open punya tau... Kalau AJ memang tak nyanyi dah...
Hahahahahha.....
Kadang-kadang ada busker pada hujung minggu....

Oh ya, masa CNY nanti kalau ada masa datanglah sini.....
D'Pallet Place ade buat sambutan ulangtahun nye yang pertama....
Ada pertandingan karaoke dan diskaun untuk para pengunjung...
Dan kalau korang pengunjung bertuah, korang boleh dapat hadiah okay....

So kalau nak datang ke sini, landmark dia senang je...
Berhadapan dengan Petron, Batu 9 Langat.....

Sebarang info mengenai D'Pallet Place dan aktiviti yang akan datang boleh like page :


P/s : AJ nak  makan jap... Bai!
Maaf Abg Jie, lama pulak hutang entri!



Baca Selanjutnya »