Jom Beli Fesyen Muslimah Terkini dari Calaqisya di Carousell!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini dah 3 Ramadhan 1438H, bermakna tak lama je lagi Syawal pun bakal menjelma....
Pejam celik, tau-tau je dah nak raya kan? Makanya sekarang ni memang ramai yang dah mula membuat persiapan raya dalam kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan ni....
Tahun ni, AJ masih lagi beraya bersama keluarga... Tapi macam setiap tahun, AJ la "mastermind" dari segi pemilihan baju, warna dan sebagainya...
Pendek kata, kalau bab-bab baju raya ni semua family AJ serah bulat-bulat kat AJ la..
Jadi bagi memudahkan kerja AJ bab membeli baju raya ni kan, AJ pilih untuk beli secara online je terutamanya fesyen muslimah terkini dari Calaqisya....

Korang penah dengar pasal Carousell tak?
Kalau nak tau, Carousell ni adalah salah satu tempat yang AJ selalu buat pembelian secara dalam talian....
Pendek kata, segalanya dihujung cari je... Klik-klik, tunggu je barang sampai kat tangan korang...
Mana yang belum penah dengar pasal Carousell, meh AJ nak cerita sikit apa yang best kat sini...
AJ dah survey baju-baju kat sini tau, banyak pilihan pakaian muslimah moden Calaqisya yang boleh korang pilih...
Pelbagai design, size dan warna ada... AJ ni sampai rambang mata dibuatnya...
Sampai tak tau nak pilih yang mana, kalau ikut hati semua AJ nak beli!



 Bila AJ duk belek-belek dalam website Carousell, banyak juga design yang menarik kat mata AJ...
AJ sendiri pun memang dah lama berkenan sangat dengan baju-baju Calaqisya, terutamanya fesyen peplum...
Nak pulak memang design-design peplum ni, memang sentiasa "in" dalam dunia fesyen..
AJ pun tak terkecuali, mestilah nak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini...
Kat Carousell korang boleh dapatkan pakaian idaman korang dengan harga yang jauh lebih murah.... Dengan Carousell korang dah boleh berjimat!
Jimat siapa yang tak suke kan? Bak kata orang "Alah membeli, menang memakai"... Haaaa... Gittewwww...



Kalau korang tak gemarkan fesyen peplum, jangan risau..
Kat sini terdapat pelbagai pilihan lain mengikuti citarasa fesyen korang...
Bagi sesiapa yang suka berjubah, banyak juga design menarik yang AJ tengok...
Kalau nak beli untuk Emak, takkan nak beli peplum kan? Mestilah nak jugak cari sepasang dua jubah untuk Emak AJ gayakan di Hari Raya nanti...
Haiii.. Tengok untuk orang lain, tapi dah terasa macam nak beli untuk diri sendiri jugak...
Acaner tu? Memang menarik sangat tawaran dekat Carousell ni tau!




Okay dah tengok dah pilihan-pilihan fesyen muslimah dari Calaqisya yang terdapat kat Carousell?
Mesti korang tertanya-tanya pula selamat ke membeli-belah kat sini? Dapat ke tidak barangnya??
Jawapannya mestilah selamat! Kalau tak, takkanlah AJ berani nak suggest korang shopping kat sini pulak kan....
AJ dah banyak kali berurusan dengan pengiklan dari Carousell tau...
Kalau korang ade berkenan apa-apa barang, korang boleh terus chat je dengan pengiklan barang tu.... Segala yang korang nak tau pasal produk boleh tanya....

Lepas tu yang paling mudah selain membeli melalui website, Carousell ade apps sendiri...
Muat turun je dari telefon pintar korang tu...
Lagi senang, mudah dan pantaslah nak berurusan dengan penjual....
Agak-agak berkenan, buat urusan pembayaran dan tunggu je barang sampai depan pintu....
Mudah kan? Dah jimat masa dan tenaga....

Nak shopping? Layari je website : my.carousell.com

Apa tunggu lagi? Jom membeli belah di Carousell...
AJ nak sambung shopping ni!
Baaaiiiiii!!! 😍😍😍

P/s : Agaknya ade dapat bonus raya tak?

Baca Selanjutnya »

Menjelang Ramadhan

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Dah lama rasanya tak menulis entri yang personal kan.... Entri AJ bercuti last month pun tak sempat nak update..
Amboih! Kemain busy seorang AJ tau.... Al-maklumlah, semenjak 2 menjak ni busy sikit....
2 hari lagi menjelang Ramadhan.... Seronoknya rasa... Tak sabar nak berpuasa...
Sepanjang Ramadhan nanti memang AJ takde apa-apa event pun rasanya... Kalau ada pun mungkin attend majlis-majlis berbuka puasa macam tahun-tahun lepas...
Persiapan menyambut Ramadhan? Mungkin takde pape la kot...
Nanti gaji AJ nak bagi mak duit buat beli lauk-lauk untuk masak berbuka....


AJ suka bulan Ramadhan ni.. Sebab masa ni la dapat berkumpul makan sesama dengan keluarga..
Kalau bulan-bulan lain, AJ banyak habiskan masa kat luar rumah....
AJ kan kaki merayap, mana nak lekat kat rumah... 😂😂😂
Kalau bukan sebab event, AJ akan lepak dengan kawan-kawan... Teruk betul! Hahahahhaa...
 
Kalau bulan Ramadhan je kan, selain seronok terawih terbayang-bayang makanan best... 
Macam-macam lauk pauk dengan kuih muih dapat jumpa masa ni...
Yang bulan lain susah nak dapat pun boleh dapatkan tau...
Tetiap kali puasa, tak penah miss makan tauhu sumbat... Ini favorite AJ dengan Abah...
Selalunya kami jarang membeli... Mak AJ yang akan buat...
Bukan apa, kalau nak beli pun sekarang ni harga dah mahal.. Kalau dulu, 3 ketul RM 1 je...
Sekarang mana nak dapat lagi harga-harga macam ni...
Sebut pasal harga, AJ harap tahun ni takdelah peniaga yang amik kesempatan... Bukan apa, banyak jugak kes-kes lauk tak eloklah, harga mahal isi sikit la, macam-macam lagi....
Kesian tau kat kami pembeli ni kadang tu... Bukan kat pembeli je, peniaga lain pun mungkin akan terjejas...
Yelah dah terkena, secara tak langsung tempias nya kene jugak kat peniaga lain kan....
Pembeli pulak, kalau boleh belilah berpada-pada... Memang masa ni kita nampak semua makanan sedap....
Hahahhaha.. AJ pun salah seorang pada tu.. Kalu pegi bazar Ramadhan tu, rasa macam nak beli semua...
Lepas tu, jadilah pembaziran.... Sebab tu AJ elak pegi bazar Ramadhan.. Takut terbuntang bijik mata... Hahahahhaha...

So okaylah korang, nak sambung keje kejap...
Nanti AJ menaip lagi ye.....

P/s : Puasa lepas dah ganti ke awok-awok semua?
 
Baca Selanjutnya »