ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
SUPERMAN Akan Terbang di AEON Mall, Catat Malaysia Book Of Records! | Yup korang! Superman kini berterbangan di AEON Mall! So inilah masanya untuk korang menyertai 1st-ever Superman Pop-Up Store Roadshow! Korang boleh menyaksikan dan menyertai pelbagai aktiviti menarik serta boleh mendapatkan merchandise Superman yang eksklusif. Peminat Superman tak boleh lepaskan peluang ni tau, rugi kalau korang tak pegi sebab banyak koleksi Superman yang korang boleh dapat.
Tahniah AEON Mall Kerana Berjaya Mencatatkan Malaysia Book of Records!
Pada 12 Julai yang lalu, AEON Mall berjaya mencatatkan rekod Malaysian Book of Records sebagai Perhimpunan Superman Terbesar dengan jumlah penyertaan seramai 1,007 orang berpakaian superhero Superman yang telah diadakan di AEON Mall Bukit Indah, Johor. Steady orang Johor! Meriah betul AEON Mall dengan kehadiran beribu Superman tau! Banyak aktiviti menarik antaranya cape percuma untuk 500 orang pertama dan costume showcase & mini catwalk untuk best dress heroes.
Superman Pop-Up Store Roadshow
Kalau korang nak turut menyaksikan dan sertai pelbagai aktiviti menarik, korang boleh berkunjung di AEON Mall berhampiran seperti di bawah :
- AEON Mall Bukit Indah (Johor) & Cheras Selatan (Selangor) | 1-13 Julai 2025
- AEON Mall Nilai (Negeri Sembilan) & Kulaijaya (Johor) | 15-27 Julai 2025
- AEON Mall Bukit Mertajam (Penang) | 29 Julai - 10 Ogos 2025
- AEON Mall Taman Maluri (Kuala Lumpur) & Tebrau City (Johor) |29 Julai - 27 Ogos 2025
AKTIVITI MENARIK SEPANJANG SUPERMAN ROADSHOW DI AEON MALL
Superman Parade - Heroes On The Move!
Teringin nak jadi Superman macam geng-geng AEON Mall Bukit Indah Johor aritu? Korang boleh berarak bersama keluarga dalam gaya Superman juga tau! Ada flash mob dan live music menanti korang seisi keluarga. Siapkan costume Superman korang dan kunjungi AEON Mall di bawah :
- AEON Mall Kulaijaya - 19 Julai 2025
- AEON Mall Cheras Selatan - 27 Julai 2025
- AEON Mall Tebrau City - 2 Ogos 2025
- AEON Mall Taman Maluri - 17 Ogos 2025
Masa ni la korang boleh realisasikan impian nak jadi Superman tanpa prejudis! Heheheheh
Shop & Redeem
Mana pengumpul koleksi Superman? Korang boleh Shop & Redeem pelbagai merchandise eksklusif Superman dengan membuat pembelian di AEON Mall.
- Superman Blind Box Flask* (kecuali AEON MALL Permas Jaya, Taman Universiti, Taman Equine, Bandar Dato Onn, Ipoh Klebang dan Melaka Shopping Center.)
- Superman Pet Cape
Kira dan Menang
Korang juga boleh merebut peluang dengan menyertai kira logo Superman dan 10 orang bertuah boleh mememengi hadiah menarik berupa :
- Barangan Eksklusif Superman edisi terhad
- Hadiah bernilai sehingga RM 5,000
Selain tu, terdapat banyak lagi aktiviti menarik lain antaranya :
- Superman Photo Zones
- Ruang aktiviti kanak-kanak
- Peraduan khas di media sosial bersama Samsung dengan membeli mana-mana TV Samsung di AEON Mall dan muat naik gaya Superman terbaik dan paling kreatif korang dengan hashtag #AEONMALLSupermanLookup #UnleashYourHero. 6 pemenang bertuah bakal membawa pulang Samsung Music Frames bernilai RM1,999
Tiada ulasan