Jom ke Kaunter KOSÉ di AEON Glam Beautique, Mid Valley

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Jom ke Kaunter KOSÉ di AEON Glam Beautique, Mid Valley | Baru-baru ni kakak kakak berkesempatan menghadiri KOSÉ's Sekkisei Save The Blue Roadshow yang berlangsung di Centre Court Mid Valley sehingga 20 Julai 2025.



Banyak aktiviti menarik yang boleh korang cuba antaranya masuk ke UV Detector Room untuk tengok keberkesanan sunscreen korang tu dan juga cuba sendiri produk Kose sendiri.



Kalau korang nak tau, bermula pada 2009, SEKKISEI memulakan projek SAVE the BLUE dengan usaha memulihkan terumbu karang di Okinawa. Dalam projek ini, mereka telah berjaya melindungi terumbu karang dengan mencipta hidupan karang baru di lautan Okinawa.



Pada tahun 2011, SEKKISEI membawa skop projek ini ke luar negara dengan pelbagai projek SAVE the BLUE yang beroperasi di 8 negara iaitu China, Taiwan, Korea Selatan, Thailand, Singapura, Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat sebagai kawasan aktiviti pemuliharaan karang dan penanaman pokok. Semasa kempen tersebut, SEKSEKEI turut menyumbang sebahagian daripada jualan produk kepada pemuliharaan alam sekitar dan inisiatif pendidikan.



Semasa kempen ini, sebahagian daripada jualan produk SEKKISEI terpilih akan didermakan kepada Reef Check Malaysia untuk usaha berterusan dalam aktiviti pemuliharaan karang. Tahniah SEKKESEI dan Reef Check Malaysia!


Jom ke Kaunter KOSÉ di AEON Glam Beautique, Mid Valley


Kalau korang tak berkesempatan nak pegi Roadshow ni, jangan risau korang boleh ke kaunter KOSÉ di AEON Glam Beautique yang menawarkan pengalaman kecantikan peribadi dengan penasihat kecantikan yang berpengalaman untuk membimbing korang mendapatkan produk yang sesuai. Sama ada untuk mencerahkan kulit, meningkatkan penghidratan atau sekadar mencari rutin penjagaan kulit yang sempurna, mereka sedia membantu.



Selain tu, di AEON Glam Beautique ni korang boleh dapatkan pelbagai rangkaian produk yang meluas daripada minyak wangi, penjagaan rambut, penjagaan kulit penjagaan badan dari Korea, Jepun, Eropah dan Turki.


Kunjungi AEON Glam Beautique di tingkat bawah, AEON Mid Valley sekarang!


Info lanjut : 




Tiada ulasan