Penang Street Art

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Belum habis lagi episod cuti di Pulau Pinang AJ ni. Kalau ke Penang, tak sah rasanya kalau tak ke Penang Street Art yang merupakan salah 1 tarikan yang selalu dikunjungi para pelancong dan orang tempatan hasil idea Lithuanian artist, Ernest Zacharevic . Nak tau tak? AJ pun kali pertama datang sini tau. 😊


Penang Street Art terletak di GeorgeTown sepanjang Jalan Muntri ke Weld Quay. Memang banyak hasil mural yang menarik di sepanjang Penang Street Art, boleh dikatakan mana-mana ceruk ada hasil kerja unik para artis. Memang kalau datang sini, boleh bakar kalori jugak sebab korang kene berjalan dari 1 mural ke 1 mural, 1 lorong ke 1 lorong.

Selain daripada mural, bangunan-bangunan kat sini jugak sangat unik sebab disini setiap bangunan sekitar masih mengekalkan rekabentuk lama. Seronok bila dapat tengok bangunan dulu-dulu. Kat KL mana ada sangat dah, bangunan pencakar langit banyak la!



Selain mural, korang boleh makan ais kepal tau. Banyak stall-stall kecik yang jual ais kepal, harganya pun berpatutan. Yang macam AJ makan tu, RM 2.50 je tau. Siap ade perisa-perisa lagi. Sedap baq ang! Sampai juling mata seorang AJ... Hahahahaha.




Okay meh tengok antara mural yang terdapat di Penang Street Art. Banyak sangat, ada jugak mural yang AJ tak berjaya jumpa sebab masa kami pagi tu dah agak kesuntukan masa sikit. Takpe, nanti kalau AJ ke Penang lagi. AJ nak repeat pusing-pusing sini. Insyaallah bulan Ogos nanti! 










Kalau korang ke Penang, jangan lupa singgah tau.

Nota kecil : Ada antara mural yang dah pudar. Minta-minta pihak yang berwajib touch-up balik la nanti. Sayang jugak kalau tempat yang sentiasa jadi tarikan ni kalau tak di'maintain'

P/s : Tetibe rasa nak bercuti lagi pulak! Hihihihi....


Avatar Secret Garden, Penang. Kene Pergi!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Cuti Aidilfitri yang lepas AJ sempat bercuti di Pulau Pinang. Dah lama tak pegi Penang, banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi dan banyak kawasan tarikan yang dah banyak berubah. Contohnya Bukit Bendera. Dulu masa AJ pegi train dia tu jenis yang macam kayu tu, sekarang dah macam naik LRT tau! Tapi sekarang ni AJ tanak cerita pasal Bukit Bendera, AJ nak cerita pasal tarikan terbaru yang terdapat di Pulau Pinang. Ramai yang belum tau lagi Avatar Secret Garden, Penang ! AJ tau pun sebab anak kawan AJ ternampak dekat facebook! Terima kasih media sosial. Hahahahaha...



Okay malas nak menceceh panjang. Korang penah tengok cerita Avatar? Kalau nak tau, kat Penang korang boleh feeeling macam dalam movie dekat Avatar Secret Garden, Penang yang terletak di Thai Pak Koong Temple, Tanjong Tokong. Kawasan ni baru sahaja dibuka, sebab tu tak ramai yang tau. Pertama kali AJ jejakkan kaki kat sini AJ terpegun. Kawasan ni takdelah besar mana pun, tapi pemandangan dia dan lampu-lampunya memang buat AJ teruja. Kalau korang rasa lampu I-City tu dah cantik, datang sini lagi cantik! Serius weh...




Kat sini, tiada bayaran masuk yang dikenakan. Korang cuma perlu membayar duit parking kereta je RM 3. Tapi pada masa depan AJ tak sure la kalau ada bayaran masuk yang dikenakan ye. Lokasinya memang agak tersembunyi. Kalau nak kesana korang cuma perlu google atau waze je Avatar Secret Garden, Penang. Insyaallah korang akan jumpa tempat yang AJ maksudkan. Nak lagi senang, taman ni berdekatan dengan Hotel Sentral Seaview dan cuma 5 minit perjalanan kalau dari Gurney Drive. Mase nak menuju ke sini, memang korang akan dibawa masuk dalam kawasan perumahan sikit tau, jangan ingat tersesat pulak! Memula masuk pun kitorang ingatkan salah simpang. Hahahahahhhaa.

Info : Sila datang sebelum 11.45 PM sebab lampu -lampu kat sini akan ditutup secara automatic pada pukul 11.45 malam ye.

Okaylah, jom AJ bawak korang berjalan-jalan dalam Avatar Secret Garden, Penang ni.



















Amacam cantik tak? Kalau tak cantik takkan lah AJ repeat sampai 2 malam lawat Avatar Secret Garden, Penang. Sebab tu dalam gambar kat atas ni ade yang pakai baju lain. So jangan lupa, kalau ke Pulau Pinang, wajib datang sini tau. Antara tempat menarik di Pulau Pinang! Rugi ke Penang tak singgah sini tau!

English entry : Click

P/s : Tak puas cuti woi!