Eczema Rupanya!!!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ ni memang ada kulit yang sensitif dari dulu. Tapi sensitif yang mild je la. Dalam 2 bulan yang lepas AJ kena gatal-gatal. Kat tangan dengan peha AJ naik biji-biji. Gatal dia ya tuhannnn, memang gatal gila. Sampai ada 1 tahap AJ garu sampai berdarah barulah rasa lega.

Bila dah dekat sebulan tak baik-baik AJ terus tanya mak, risau jugak kot tetiba kurap ke mende dah 1 hal pulak! Mak tengok dia terus suruh AJ pegi klinik, dia kate bukan kurap ke ape. Dia pun tak pasti yang berbintat tu apa. Masa AJ tunjuk kat mak tu, peha AJ dah macam Lebam sikit. Yelah AJ selalu garu sampai luka kan.

Malam tu lepas dinner dengan Mr.JR dan family AJ, Abah suruh Mr.JR bawakkan pegi klinik. Dia tau, anak dia ni kalau pegi sendiri memang tak pegi punya. Masa AJ pegi tu, doctor yang check tu kata AJ kena alahan dan alergi AJ tu mungkin kat makanan. Doktor suruh AJ stop makan telur ngan seafood. Alamak! tu yang payah tu, AJ ni pantang jumpa! Hahahahaha.

Doktor bagi AJ ubat makan dengan ubat sapu, dan dalam masa sama dia minta AJ monitor apa yang buat AJ alergi. Makanya bermulalah episod cuba ni cuba tu untuk tau apa yang trigger alergi AJ tu. Tapi lepas beberapa minggu, AJ tak nampak pun apa benda yang AJ tak boleh makan, sebab ada certain time memang tak rasa apa. So AJ bedal je la semua macam biasa balik! Hahahaha.

Baru ni lepas balik Pangkor, AJ demam. Dah alang-alang ke klinik tu, AJ tanya pulak doktor yang lain pasal gatal-gatal ni. Bila doktor check bintat-bintat tu, doktor cakap AJ kena eczema. Ohhhhh! Patutlah dah dekat 2 bulan tak baik-baik. Eczema rupanya.


AJ ni tak tau sangatlah pasal eczema, apa yang AJ tau, eczema ni memang kena jaga betul-betul. Kalau tak jaga boleh jadi lagi teruk. Buat masa ni doctor sarankan AJ untuk jaga pemakanan dan banyakkan minum air. Lepas tu AJ kena pakai sabun mandi yang mild dan lembut pada kulit. Bab sabun mandi tu AJ takde masalah. Sekarang ni AJ memang pakai shower cream Cosmoderm. Jenama ni memang sesuai dan rumusan dia memang lembut untuk orang yang berkulit sensitif.

Paling susah tu bila AJ nak kena tengok dan pastikan apa yang trigger eczema AJ je la. Yang ni susah sebab AJ memang kaki makan. So kalau korang ada masalah eczema boleh tak share dengan AJ apa punca eczema korang dan cara korang tangani eczema?

Hailah eczema, dah umur 31 tahun ni pulak tetiba kena. Huhuhhuuh.

P/s : Tengah nak amik mood tulis entri cuti aritu. Sabar ye... 😁😁😁😁😁


Baca Selanjutnya »

Pengenalan kepada Program Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Program Kad Prabayar Negaraku Mpay MasterCard kini diperkenalkan secara rasminya dengan kerjasama Managepay Systems Berhad (Kumpulan MPay) dan Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) pada hari Selasa yang lepas.


Program ini merupakan salah satu program yang mendapat sokongan penuh daripada Pejabat Perdana Menteri pada September 2017 dan Kumpulan MPay pula diberikan sokongan penuh untuk mengeluarkan Wallet Mpay dan Kad Prabayar bertemakan Negaraku mengikut saranan YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak.

Menurut Pengasas KSP Dr. Mohd Zamri Noordin, program ini akan dilaksanakan secara lebih serius untuk menghubungkan pihak kerajaan, rakyat, badan berdaftar seperti NGO dan Koperasi dalam era digital secara eksklusif. Kerjasama dengan Kumpulan Mpay pula bermanfaat dalam mengetengahkan idea dan kepakaran golongan profesional bagi membentuk program kemasyarakatan yang berkualiti untuk dikongsi oleh seluruh rakyat Malaysia.



Ciri baharu yang diperkenalkan melalui program ini membolehkan rakyat termasuk ahli-ahli NGO dan Koperasi untuk menderma dan membantu antara satu sama lain secara terus dan juga boleh mendidik masyarakat ke arah pengguna yang bijak dan berhemah melalui aplikasi yang disediakan.

Yang lagi menarik, terdapat pelbagai baucer tunai dan diskaun yang ditawarkan untuk pengguna kerana kad ni diwujudkan bagi membantu rakyat berkeperluan untuk mengurangkan beban / perbelanjaan.



Nak tau info lanjut mengenai program Kad Prabayar Negaraku MPay Mastercard yang akan dilancarkan Disember nanti boleh layari : www.kadnegaraku.com

P/s : Dari apa yang AJ dengar, nampak banyak juga manfaat kad ni. Sama-sama kita nantikan...

Baca Selanjutnya »

Cosplay Party 3.0 di Klang Parade

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


AJ ada berita baik untuk dikongsikan buat peminat Cosplay. 3 Disember 2017 nanti Cosplay Party 3.0 akan diadakan di Main Court, Klang Parade. So Cosplayer, apa lagi? Inilah masanya korang pakai costume menarik dan tunjukkan bakat terpendam korang.


Cosplay Party pada kali ni merupakan kali ketiga diadakan oleh Klang Parade bertujuan untuk menarik minat pengunjung serta orang awam dan menghargai peminat Cosplay. Di sini mereka berpeluang menunjukkan kreativiti dan bakat tak kira tarian, nyanyian, lakonan dan sebagainya.

Kalau nak tau kan, AJ memang salute gila dengan peminat Cosplay, bagi AJ mereka ni berani. Yelah tampil dengan berpakaian watak anime di khalayak ramai bukan semua orang boleh. Lagi 1 mereka ni kreatif dari segi pemakaian, make-up dan juga aksesori tambahan. Ada yang dibuat sendiri tau!



Masa Cosplay Party ni nanti, para peserta akan diadili oleh 3 orang juri iaitu Reina Cheng, Micho The dan Venus Lim 1 nama yang tak asing lagi dalam Cosplay.


Jom berkenalan sikit dengan para juri melalui soal jawab dengan mereka

"Sejak bila mula berjinak dengan dunia Cosplay dan mengapa memilih untuk berada dalam dunia Cosplay  dalam jangkamasa yang agak lama?"

Micho Teh :

Mula mengenali Cosplay ketika menghadiri acara AGC (Anime, Comic, Games) pada tahun 2009 dan penyertaan pertama pada tahun 2010 di acara Comic Fiesta. Memilih untuk kekal dengan Cosplay kerana menganggap ianya sebagai 1 seni. Malahan beliau berasa gembira bila karakter yang dibawa dikenali oleh peminat Cosplay.



Venus Lim :

Bermula pada tahun 2009. Minat terhadap dunia Cosplay jadi semakin mendalam bila dapat ramai rakan-rakan yang mempunyai minat sama dalam komuniti Cosplay. Kepelbagaian dalam karakter baru menjadikan hobi ini sesuatu yang menyeronokkan.

Reina Cheng :

Bermula pada Jun 2010. Dunia Cosplay selalu ada sesuatu yang baru untuk dilihat, dipelajari dan sebagainya membuatkan dunia Cosplay tidak pernah membosankan.

Karakter pertama yang dibawa dalam dunia Cosplay dan mengapa?

Micho Teh :
Pisca daripada Dragon Quest Monstee-Joker2. Lebih berminat dengan watak lain, tapi disebabkan masih baru saya memilih watak yang disukai kerana tak mahu watak anime yang lebih diminati tu kalah. Untuk kali pertama, saya rasa sangat teruk kerana tidak mempunyai pemgalaman dari segi mekap, props dab sebagainya sehinggakan tiada sesiapa pun yang mengambil gambar saya.

Venus Lim :
Yuuko Ichihara (with Dimension) daripada XXCHolic kerana menyukai wataknya yang cerdas dan juga kepelbagaian almari pakaiannya. Mempunyai kuasa yang luar biasa dan sangat mengagumkan. Semasa pertama kali menyertai Cosplay saya tak tahu apa yang ingin saya gayakan, kerana kekurangan sumber. Semuanya dilakukan dengan tangan kecuali rambut palsu. Tapi pengalaman yang sangat berharga kerana ramai yang mengenali karakter yang dibawa.

Reina Cheng :
Megurine Luka (Magnet Version). Dibuat oleh seorang rakan. Disebabkan pertama kali menyertai cosplay kami memilih watak ni kerana kami mennyukai lagunya! Percubaan pertama di Nilai, kami meminta bantuan dari senior dalam bidang Cosplay dari swgi mekap dan pengayaan rambut palsu.

Haaaa. Banyak kan pengalaman mereka? Tak mustahil la bila mereka dipilih menjadi juri kan.

Pertandingan Cosplay ini terbuka kepada semua tak kira apa sahaja bangsa ataupun usia. Bagi mereka yang berumur  18 tahun kebawah, mereka mestilah mendapat persetujuan dan pengesahan daripada penjaga.

Cosplayer berpeluang membawa pelbagai hadiah menarik semasa Cosplay Party 3.0 antaranya :

✤ Pemenang Utama : RM 2000
✤ Tempat Kedua : RM 1000
✤ Tempat Ketiga : RM 500
(Hadiah merupakan 50% wang tunai dan 50% barangan tajaan)

✤ Saguhati : RM 100 bagi 3 orang pemenang

Apa tunggu lagi? Daftar sekarang di : https://goo.gl/forms/yDGKinWLVdwaKpII2

Maklumat lanjut mengenai Cosplay Party 3.0 Klang Parade : https://www.facebook.com/events/1979792088930131/

Bagi korang yang nak tau apa itu Cosplay dan keunikkannya, apa kata jom ramai-ramai ke Main Court, Klang Parade pada Ahad, 3 Disember 2017. Pertandingan bermula dari jam 1 tengah hati sehingga ke 5 petang. Jangan lupa tau!

P/s : AJ tak berani macam Cosplayers ni, warna rambut je berani. Hehehehehe.

Baca Selanjutnya »