Buyong Houseboat dan Pesona Houseboat 2, Tasik Kenyir

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Entri penutup untuk Ekspresi Media Tasik Kenyir 2019 ni, AJ nak cerita pasal penginapan sepanjang berada kat Tasik Kenyir. Dah semestinya houseboat. Ni merupakan pengalaman pertama AJ menginap dalam houseboat. Sebelum ni dengar cerita orang je dan sejujurnya mindset AJ ni kata, tempat ni hanya untuk kaki pancing. Tapi bila dah bermalam sendiri kat houseboat tu, memang lain sangat. Kalau tak memancing pun boleh je stay.



Masa trip kami ni, 2 buah houseboat digunakan, Buyong Houseboat dan Pesona Houseboat  2digabungkan menjadi 1. Sepanjang trip korang boleh lompat-lompat je mana-mana houseboat. Yang AJ duduk Buyong Hpuseboat la. Kami punya houseboat ni special sikit, kire macam ala-ala VIP sikit. Ada bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi sendiri dan ada juga yang macam dorm.



Kedua-dua buah houseboat ni 2 tingkat dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tandas, ruang tamu, dapur dan paling best dilengkapi dengan set karaoke. Sebab tu AJ kata, kalau bukan kaki pancing pun boleh stay kat sini. AJ sepanjang 2 malam memang melalak je kejenya! Hahahahaha.

So jom AJ bawak korang teroka Buyong houseboat ni.









Amacam? Best tak?

Kalau korang nak merasa sendiri pengalaman bermalam di houseboat, korang  boleh hubungi : 

Buyong Houseboat

Facebook : Buyong Houseboat
Telefon/Whatsapp : 013-9347439 (Cikgu Shabri)

Pesona Houseboat 2

Telefon / Whatsapp : 016-9868344, 019-9857144, 013-9214144 & 019-5611984

Banyak pakej yang ditawarkan oleh kedua-dua houseboat ni, kalau korang ada plan nak buat family day ke, company event ke, minta je quotation dari mereka melalui contact kat atas ni okay.

P/s : Insyaallah1 hari AJ nak plan bermalam lagi kat houseboat dengan kawan-kawan AJ pulak.



Baca Selanjutnya »

Ekspresi Media Kenyir 2019 | Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Hari keempat Ekspresi Media Kenyir 2019, merupakan hari terakhir eksplorasi kami kat bumi Terengganu. Sambil sarapan, houseboat bergerak menuju ke jeti Pengkalan Gawi untuk ke destinasi seterusnya. Terima kasih orang-orang Kenyir yang sambut baik kedatangan kitorang  kat sana. Tasik Kenyir memang best!


Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Terletak tak jauh dari jeti Pengkalan Gawi dalam 5 minit je dah sampai. KECV yang berkeluasan 260 hektar ni terdapat 18 ekor gajah yang mesra dengan manusia. Kalau korang teringin nak bermanja dengan gajah, sini je la yang patut korang tuju! Dibina pada tahun 2012 dengan sebahagian besar kawasan ni mengikut habitat asal gajah dan dibuka pada 9 Mei 2014. KECV berkerjasama dengan Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) dalam usaha konservasi gajah.



Apa yang menarik di KECV?

Yang bestnya kat sini gajah-gajah yang ada bukanlah gajah liar yang sengaja ditangkap untuk dijadikan produk industri pelancongan. Tapi gajah yang sesat, nak gajah yang kemtian ibu dan mengganggu kebun ataupun orang. Kat sini tiada aktiviti menunggang gajah sama sekali! Tu yang AJ rasa seronok. Gajah-gajah ini dimiliki oleh pihak perhilitan dan diuruskan oleh pihak KECV. Dilatih oleh penjaga yang berpengalaman untuk mengendalikan gajah. Majoriti kakitangan yang berada di KECV merupakan anak-anak tempatan yang berasal dari kampung berhampiran dan telah diberi latihan dan kemahiran.

Sebelum kami meneruskan eksplorasi di KECV, kami diberi taklimat mengenai kawasan dan juga peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi oleh pengunjung. Seterusnya kami dibawa masuk ke kawasan konservasi. Nak kesana kami perlu berjalan melalui beberapa jambatan gantung. Dibawah jambatan gantung tu korang boleh tengok sendiri cara kehidupan gajah-gajah di habitat asal mereka.



Sampai je kat sana, kami disambut oleh 3 ekor anak gajah yang berusia 5 tahun. Comel sangat! Rasa nak bawak balik sekor je. Setiap gajah kat sini ada nama masing-masing yang AJ ingat Gawi dan Abby. Hihihi. Faham bahasa pulak tu bila dipanggil. Aktiviti pertama kami ialah memberikan gajah-gajah ni makan. Lepas je makan, bila penjaga suruh ucap terima kasih, laju je mereka angkat belalai sebagai tanda ucapan. Terhibur AJ tengok gelagat gajah ni.



Selepas itu, kami dibawa menonton persembahan gajah. Gajah kat sini memang dilatih untuk melakukan beberapa aksi antaranya menari, bermain bola dan sebagainya. Sebanyak 6 ekor gajah yang menghiburkan penonton. Di awal persembahan, ada cerita sedih pasal Gawi, ibunya telah mati diracun dan Gawi sendiri telah melakonkan kejadian cuba mengejutkan ibunya yang telah mati sebelum diselamatkan oleh KECV. Sedihnyaaaa!

Selain tu ada demo cara-cara gajah mengangkat kayu dan mencari makan. Tujuan persembahan-persembahan ini diadakan untuk memberikan ilmu dan pelajaran kepada pengunjung mengenai cara kehidupan gajah di dalam habitatnya sendiri.

Ada yang lagi best tau! AJ diberi peluang dicium gajah! Hahaha. Rasa macam kene sedut vacum pulak pipi ni. Pengalaman yang indah untuk diabadikan.

Kredit : Amazing Terengganu




Selesai persembahan, pengunjung dibawa ke sungai untuk aktiviti mandi bersama gajah. Aktiviti ni tak wajib pun, kalau korang sekadar nak tengok boleh je. Kalau nak join pun boleh jugak, tapi sediakan baju untuk tukarlah. Sebabnya memang confirm kene sembur air dengan gajah-gajah ni!



Berpeluang bermesra dengan gajah memang 1 pengalaman yang AJ tak dapat nak lupakan. Yelah kalau kat negara lain, AJ memang takkan masuk sebab penah nampak sendiri cara diorang kendalikan gajah tu. Apa yang  boleh AJ katakan sangat jauh beza dengan keadaan kat sini. Gajah kat KECV pun nampak happy je.



Harga tiket KECV :

Warganegara :
RM 5 (1 tahun ke 6 tahun)
RM 20 (7 tahun ke 12 tahun)
RM 40 (13 tahun keatas)

Bukan Warganegara :
RM 10 (1 tahun ke 6 tahun)
RM 50 (7 tahun ke 12 tahun)
RM 100 (13 tahun keatas)

**Bayi berusia 11 bulan kebawah masuk percuma

Waktu operasi : 9 pagi hingga 6 petang
** Ditutup pada hari Jumaat jam 12.30 tengahari hingga 2.30 petang

Info lanjut :

Website : http://www.kecv.com.my/
Facebook : Kenyir Elephant Village KEV
Alamat : Pengkalan Gawi, Sungai Telemong, Tasik Kenyir,
Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia.
Nombor Telefon : 09-858 5588


Terdapat pelbagai fasiliti lain disediakan disini antaranya, surau, cafe, tandas awam dan kedai cenderamata untuk korang bawa pulang sebagai kenangan.

Tamatlah sudah FAM Trip AJ di sekitar Kuala Terengganu dan Tasik Kenyir. Terima kasih kepada pihak Tourism Malaysia, pihak Ketengah dan sema yang terlibat dalam program ni atas kesudian menjemput AJ untuk turut sama dalam program Ekspresi Media Kenyir 2019. Semoga berjumpa lagi di trip yang akan datang.

Sebelum balik, kami singgah di Kuala Berang membeli keropok lekor. Tapi maaflah, tak sempat pulak AJ nak snap gambar. Hihihihihih. Ada lagi 1 entri AJ nak share tau nanti. Pasal houseboat yang AJ duduk tu.. Tunggu okay!

P/s : Bila nak repeat Kenyir lagi ni?




Baca Selanjutnya »

Ekspresi Media Kenyir 2019 | Taman Herba, Taman Orkid dan Aktiviti di Air Terjun Saok

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lepas ke Santuari Kelah, team Ekspresi Media Kenyir 2019 meneruskan aktiviti ke Taman Herba, Taman Orkid dan beraktiviti di Air Terjun Saok.

Taman Herba, Tasik Kenyir.



Taman Herba terletak di Pulau Sah Kecil lebih kurang 7 KM dari Pengkalan Gawi. Di Taman Herba ni, AJ difahamkan terdapat 16 ribu pokok dari 230 spesis. Banyak kan? Antara herba yang terdapat kat Taman Herba, Tasik Kenyir ni adalah Tongkat Ali semestinya, Kacip Fatimah, Daun Mas Cotek dan Mahkota Dewa.

Macam yang kita sedia maklum penggunaan tumbuhan sebagai bahan perubatan tradisional dah lama diamalkan oleh pelbagai  kaum kat Malaysia ni. Cumanya bahan-bahan asli perubatan ni dah susah nak jumpa kat bandar-bandar melainkan korang sanggup nak meredah hutan. So kat sini spesis herba memang dijaga dan ditanam untuk diperkenalkan kepada pengunjung. AJ percaya, bukan semua orang penah tengok herba-herba yang pelbagai tu kan? Sekadar tau nama je.


Kat Taman Herba ni korang bukan setakat boleh mengenali pokok-pokok herba dan khasiat yang terdapat dari sesuatu herba, malahan korang boleh mencuba sendiri beberapa jenis herba yang disediakan dengan cara tradisional menggunakan dapur kayu api. Kami semua berpeluang merasa sendiri air rebusan tongkat ali putih dan hitam, air rebusan kacip fatimah dan daun mas cotek serta air rebusan mahkota dewa. Setiap herba ni rasa dia lain-lain. Bila sebut herba je, AJ terbayang rasa yang pahit, tapi sebenarnya, bahan herba tradisional ni takdelah pahit. Macam mahkota dewa tu pun rasa dia payau macam minum air masak je. Dan setiap herba bukan khusus untuk gender tertentu. Macam tongkat Ali la, sapa kata perempuan tak boleh minum?


Rasa tak puas AJ pusing taman herba tu, banyak lagi rupanya spesis herba yang AJ tak kenal. Hihihihi. Sebelum bertolak ke destinasi seterusnya sesapa yang nak beli cenderamata ataupun herba boleh dapatkan dari kedai yang terdapat disitu.



Taman Orkid, Tasik Kenyir.

Destinasi berikutnya kami ke Taman Orkid yang merangkumi Pulau Selimbar Hulu, Pulau Selimbar Hilir dan Pulau Belit. Kat sini terdapat pelbagai spesis orkid yang pelbagai warna. Sapa yang berminat dengan pokok orkid tu memang elok sangat kalau datang sini. Saujana mata memandang tengok orkid-orkid tu. Rasa gatal je tangan nak petik! Hahahahahaha.



Masa kat Taman Orkid tu jugak, En. Iskandar dari Tourism Malaysia ada menanam pokok orkid yang dilabel dengan tanda Ekspresi Media Kenyir 2019 sebagai simbolik kedatangan kami kat sane.



Selain daripada orkid, kat sini juga terdapat tanaman strawberry tau, Tapi masa kami datang tu, strawberry dia baru nak berbuah. Adalah nampak seketul dua. Caj yang dikenakan untuk melawat Taman Orkid ialah RM 20 sahaja.



Bagi mereka yang gemar memancing, kat sini juga terdapat rumah / chalet terapung. Korang boleh bermalam disini. Terdapat beberapa buah bilik dan kemudahan asas seperti tandas dan tempat makan juga disediakan. Bagi korang yang nak tau lebih lanjut boleh hubungi : 09-666 8498.




Air Terjun Saok, Tasik Kenyir.

Malam terakhir di Tasik Kenyir, houseboat kami berlabuh di sekitar kawasan Air Terjun Saok. Kat sini macam-macam aktiviti yang boleh dibuat oleh pengunjung selain bermandi-manda. AJ sendiri tak lepaskan peluang cuba aktiviti fly drop / water drop dan waterfall abseiling. Best tau dedua aktiviti ni. Rugi kalau dah sampai sini tapi tak cabar diri cuba aktiviti yang ada.


Kalau korang jenis takut air, tak payah risau kat sini trainer semua berpengalaman. Sebelum korang buat aktiviti korang kene buat water confident dulu untuk ilangkan rasa gugup dalam air tu. Lepas dah yakin barulah korang boleh buat aktiviti.

Bagi AJ aktiviti fly drop or water drop tu biasa je. Tapi masa buat waterfall abseiling tu kan, AJ macam nervous sikit sebabnya AJ macam tak berapa confident dengan kasut yang AJ pakai. Batu kat waterfall tu agak licin dan berlumut so dalam kepala AJ pulak duk fikir kalau slipped camne? Hahahahahaha. Berani-berani seorang AJ ni pun, ada jugak cuak dia sikit tau!

Kredit : #MM
Kredit : #MM


Tapi overall semua aktviti yang AJ buat sepanjang kat sini, BEST! Nak cuba? Hubungi :

Go Nature Travel & Tour Sdn Bhd
Facebook : GoNature.Travel
Instagram : @gonature.travel
Tel : 013-932 1321
Email : my.gonature@gmail.com

Sebelah malam pula, kami dihidangkan dengan BBQ untuk makan malam. Ada ayam bakar, kambing, ikan, sosej dan nasi goreng. Kenyang gila wehhh. AJ sampai tak lalu dah nak makan. Hahahahaha. Lepas tu pulak sesi sembang santai kedua.


Untuk sesi sembang santai kali ni, En. Rushdi dari HMC dan Mr. Cliff dari Canon kongsikan sedikit ilmu fotografi dengan para peserta. Gambar diorang tu nampak simple je, tapi ada jalan cerita. Jeles AJ tengok hasil karya diorang. Sangat kreatif. Paling AJ bila Mr. Cliff kongsikan gambar Milky Way yang dia amik awal agi kat Air Terjun Lasir. Memang fotografi ni perlukan kesabaran yang tinggi kan? Huhuhuhuh. Apapun terima kasih sebab sudi kongsikan sedikit ilmu fotografi kat kami.



Abis je sembang santai. Kitorang sambung lagi karaoke sampai pagi. Macam biasa, tak payah share la pasal ni. Mau 10 minggu kemurungan! Hahahahahaha.

P/s : Pejam celik dah malam terakhir kat situ, rasa kejap je kat Tasik Kenyir, tak puas duduk kat sana.

Baca Selanjutnya »