Review - L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Minggu lepas, AJ dan beberapa orang gadis cantik dari The Butterfly Project mendapat jemputan dari L'Occitane The Gardens Mall untuk melihat demo dan mencuba sendiri L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil.


Bila sebut pasal produk yang berasaskan minyak ni mesti korang yang ada kulit berminyak ataupun kulit kombinasi macam AJ tak rasa teruja nak mencuba. Sebab pada kita, produk ni akan membuatkan kulit kita jadi makin berminyak. Kan? Sebenarnya, produk berasakan minyak ni boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Kita cuma perlu tau amaun yang diperlukan untuk kulit kita je.


Masa kat outlet L'Occitane, kami semua diberikan penerangan yang ringkas dan padat mengenai L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil. Selain tu, ada demo 1 to 1 dengan beauty consultant L'Occatine untuk tunjukkkan kepada kami macam mana produk ni berfungsi dan kesannya pada kulit.


1 tape test yang similar dengan kulit kita telah diletakkan pada kedua-dua belah tangan, Salah 1 diletakkan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil. Kesannya korang boleh tengok  sendiri macam mana produk ni menyerap masuk ke dalam kulit. Bila tengok demo tu, AJ sendiri jadi tak sabar nak try kat kulit muka AJ pulak. So jom tengok macam mana hasilnya selepas hampir 2 minggu penggunaan. sebelum tu AJ terangkan sera sedikit mengenai produk ni.


L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil

L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil 100% dari bahan semulajadi. Teksturnya sangat halus dan ringan pada kulit. Produk ni juga takkan membuatkan pori muka kita tersumbat.

Mengandungi 7 jenis Plant Oil iaitu :

  • Rose Hip Oil
  • Apricot Oil
  • Sea Buckthorn
  • Borage Oil
  • Echium
  • Evening Primrose
  • Camelina Oil


Dan juga, terdapat 8 kebaikan dari Plant Oil iaitu :

  • Anti-oksidan
  • Anti Keradangan
  • Menseimbangkan kulit
  • Melembutkan kulit
  • Menhidrasikan kulit
  • Memperbaiki struktur kulit
  • Menyuburkan kulit
  • Melindungi kulit dari kerosakan


Kebaikan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil untuk semua jenis kulit.

Jika kulit korang berminyak atau berjerawat, L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil akan membuat kulit korang lebih licin dan lembut.

Jika kulit korang kering, L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil akan menyerap masuk kedalam kulit tanpa membuatkan kulit jadi berjerawat. Ianya juga membantu kulit tampil lebih cerah

Jika kulit korang jenis sensitif, L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil boleh membantu mengurangkan kesan kemerah-merahan pada kulit.

Review AJ

Okay, masa AJ mula guna L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil kulit AJ memang tengah kering dan sedikit menggelupas. Bila AJ pakai foundation ataupun mekap, kulit nampak sangat tengah merekah. Bende ni memang buat AJ tak selesa dan agak mencacatkan penampilan. Korang boleh tengok kulit AJ sebelum gunakan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil.




Nampak tak betapa kering dan tak sekatanya kulit AJ masa ni? Stress tau! Rasa macam bile mekap tu serba serbi tak kena.

Bila AJ mula pakai titisan pertama, AJ boleh rasa yang produk ni memang betul-betul menyerap dalam kulit. Tekstur dia ringan dan tak buat kulit AJ rasa melekit ataupun terlalu berminyak. Senang je nak ratakan pada kulit. Macam kulit kering AJ ni, 2-3 titik je dah mencukupi. Lepas pakai L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil, AJ akan pakai pelembab kegemaran AJ dan boleh rasa yang kadar penyerapan produk tu pun menjadi lebih baik!

AJ pakai L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil 2 kali sehari, pagi dan juga malam. Hasilnya, kulit AJ tak lagi kering. Tona kulit pun jadi lebih sekata. Korang boleh rujuk gambar selepas kat bawah ni.




Nampak tak perbezaannya, kalau dibandingkan sebelum AJ gunakan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil? Oh ya! Bila dah mula tak kering, AJ cuma perlu 1-2 titis je setiap kali penggunaan.

Cara pengunaan

Selepas membersihkan kulit wajah dan menggunakan toner, ratakan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil pada tapak tangan dan apply pada kulit. Amaun minyak tu bergantung pada jenis kulit macam AJ cakap awal tadi. Korang pandai-pandailah agak kan?

So kalau korag berminat nak cuba sendiri L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil, korang boleh kunjungi outlet L'Occitane yang berhampiran. AJ pasti, korang akan jatuh cinta dengan L'Occitane Immortelle Divine Youth Oil!

#DivineYouthOil #SayYesToFaceOil #LOccitaneMalaysia #ButterflyMsia


Baca Selanjutnya »

Istana Budaya Dihantui The Phantom of The Opera

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Istana Budaya dihantui The Phantom of The Opera bermula pada 15 Jun yang lepas sehingga 7 Julai 2019. Siapa yang tak kenal karya agung klasik penulis Perancis, Gaston Leruox kan? Bahkan masa zaman AJ sekolah dulu pun karya ni dimasukkan dalam silibus pembelajaran.

Bila dengar pasal persembahan The Phantom of The Opera akan diadakan di Malaysia, AJ jadi teruja sebab ianya mengimbau kembali zaman persekolahan dan juga merupakan persembahan muzikal yang AJ nanti-nantikan.


Sebagai pengenalan, The Phantom of The Opera diadaptasi ke pentas muzikal West End oleh Andrew Lloyd Webber pada tahun 1986 dan kemudiannya dibawa ke pentas Broadway. Merupakan persembahan yang paling lama di dalam sejarah Broadway apabila ianya menjayakan persembahan ke 7,486 pada 9 Januari 2006 diikuti oleh persembahan ke 13,000 pada 1 Januari 2018.

Berpeluang menjadi salah seorang penonton teater muzikal The Phantom of The Opera pada 18 Jun 2019 yang lalu merupakan suatu pengalaman yang berharga. AJ bukan sahaja dapat menonton persembahan, malahan dapat menyaksikan sendiri suasana belakang pentas dan juga melihat pakaian yang dipakai oleh pelakon teater dengan lebih dekat. Bayangkan kostum para pelakon ada yang beratnya mencecah 15 - 20kg!




The Phantom of The Opera merupakan sebuah kisah romantik dan seram yang membabitkan 3 watak utama iaitu The Phantom, Christine dan Raoul. Kisah cinta 3 segi ini mengisahkan lagenda dimana susuk lelaki yang memakai topeng dan mempunyai wajah mengerikan yang menghantui Gedung Opera di Paris. Susuk lelaki ini telah jatuh cinta kepada watak utama pementasan Opera iaitu Christine. The Phantom telah menakluki pemikiran Christine yang merupakan kekasih kepada Raoul. Pelbagai konflik dan kejadian yang telah berlaku di Gedung Opera tersebut. Untuk mengetahui  kisah ini dengan lebih lanjut, korang kene menonton sendiri The Phantom of The Opera yang sedang dipentaskan di Istana Budaya.


Pementasan ini diarahkan oleh Andrew Lloyd Webber dibantu oleh Rainer Fried dijayakan oleh para pelakon yang berbakat seperti Jonathan Roxmouth, Meghan Picerno, Matt Leisy dan diringi oleh pemuzik yang hebat diketuai oleh pengarah muzik David Andrews Rogers dan Jee Hyun Noh sebagai Kareografer serta dibantu oleh krew terbaik. Mereka baharu sahaja menjayakan persembahan di Singapura dan Filipina. Semasa persembahan, AJ terpegun dengan penataan cahaya dan pentas teater. Setiap pertukaran "scene" dan pentas juga nampak sangat pantas dan lancar. The Phantom of The Opera buat AJ rasa tak nak mengerdipkan mata supaya tak terlepas setiap plot cerita.

Jonathan Roxmouth sebagai The Phantom
Meghan Picerno sebagai Christine Daae
Matt Leisy sebagai Raoul, Vicomte De Chagne

Dari segi suara dan alunan muzik, AJ tak nafikan mereka memang hebat! Lontaran soprano memenuhi setiap ruang di Istana Budaya buat AJ rasa macam turut berada diatas pentas bersama-sama para pelakon.

Apa yang boleh AJ rumuskan, persembahan The Phantom of The Opera memang rugi kalau tak ditonton! Bukan senang nak dapat pengalaman tengok sendiri karya agung ni di pentas teater. AJ bagi 10 bintang untuk para pelakon, pemuzik serta krew yang menjayakan pementasan ni.


Terima kasih juga kepada Base Entertainment yang membawakan The Phantom of The Opera di Malaysia.

Korang boleh dapatkan tiket The Phantom of The Opera di : ticketcharge.com.my. harga tiket bermula dari RM 200*.

P/s : AJ memang peminat teater muzikal dan Opera!

Baca Selanjutnya »