Nak Detoks? Minum Finesse D'Pro

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

AJ dari dulu memang ada masalah nak detoks ni tau, lagi-lagi bila tengah travel. Yelah, makan confirm makan macam-macam, tapi tak jugak membuang. So segala lemak makanan tu memang terus ada dalam tubuh badan dan boleh jadi lemak. Lagi 1 buat badan kita jadi bertoksin.



So AJ cari penyelesaian dengan minum Finesse D'Pro. Mulanya macam takut jugak nak minum. Bukan apa, ada jugak minuman detoks yang lepas je kita amik terus rasa nak membuang. Bila try Finesse D'Pro ni, AJ takdelah rasa serta-merta. Beberapa jam lepas tu barulah terasa. Hehehehhe.

Selain melawaskan perut, Finesse D'Pro membantu kita mengawal pemakanan. Takde lah rasa kejap-kejap lapar. Macam pegi Penang baru ni, balun tetap balun makanan tu. Tapi masa tengah beraktiviti, jalan-jalan kat Ghost Museum semua tu, tak terasa lapar dan badan pun tak rasa letih.



Bahan utama yang terdapat  pada Finesse D'Pro ialah :

  • Yogurt
  • Psyllium Husk
  • Mix Berries Extract
  • Green Apple Extract
  • Garcinia Cambogia
  • Mango Africa Extract
  • White Kidney Bean
  • Green Coffee
  • Lemon Extract 

Semua bahan-bahan utama yang digunakan memang lazimnya diketahui boleh membantu mengawal dan menurunkan berat badan kan? Selain tu, boleh membuatkan perut kita kenyang dalam masa yang agak panjang. Kalau tengah sibuk beraktiviti, sesuai sangat amalkan.

Antara kelebihan Finesse D'Pro :
  • Membantu melancarkan sistem penghadaman
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Nyah toksin dalam badan
  • Meningkatkan metabolisma
  • Menggalakan pertumbuhan bakteria baik dalam badan
  • Membantu usus utk proses penyahtinjaan
  • Mengawal dan mengurangkan kolestrol dalam badan
  • Meningkatkan daya tahan tubuh
  • Menstabilkan gula (kolestrol) dalam darah


Cara pengambilan pun senang je :
  • 1 atau 2 sachet setiap hari
  • 200ml air bagi setiap 1 sachet
  • Shake campuan Finesse D'Pro menggunakan air sejuk / biasa
  • Boleh diambil waktu malam sebelum tidur atau selepas sarapan pagi



Nota : Bagi mereka yang ada consume apa-apa ubat, make sure korang dapatkan nasihat pakar sebelum mencuba Finesse D'Pro.

Masa AJ cuba tu rasa da takde lah pahit sangat, dia ade macam rasa herba sikit, tapi very mild. AJ ni orangnya agak memilih bab rasa tau! So far AJ boleh minum Finesse D'Pro tanpa ada masalah. Lepas tu AJ ada perasan, kalau kita tinggal sekejap sebelum minum tu, dia akan jadi lebih likat dan berketul. Tapi tu sebab kandungan dia tau. Korang shake je balik. Patutlah bila minum rasa bertenaga je.



Harga pasaran :

RM 99 (Semenanjung Malaysia)
RM109 (Sabah/Sarawak)


Tapi jangan lupa untuk bersenam dan amik makanan yang seimbang jugak tau! Baru betul-betul dinamakan cara hidup sihat. pastikan korang minum air secukupnya setiap hari okay!

Terima kasih Finesse D'Pro.

email signature
Baca Selanjutnya »

ZV Beauty Collection Mudahnya Nak Bersolek!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masih belum move on nampaknya seorang AJ dari trip Penang dia sepanjang minggu lepas. Hahahhahha. Tapi kali ni AJ nak share dengan korang produk ZV Beauty Collection yang AJ pakai sepanjang trip ni.



Kalau pegi mana-mana, 1 benda yang AJ takkan tinggalkan ialah mekap. Sekalipun takde rasa nak bermekap, beg mekap tetap kene bawak. Tertinggal barang lain macam toiletries semua tu takpe, jangan barang mekap. Terus keyakinan diri tergugat sikit. Hahahhaha.

Korang penah dengar tak pasal ZV Beauty tak? Ditubuhkan pada tahun 2018 oleh pasangan adik beradik Zihan dan Vian selaku pengasas produk. Kat situ la wujudnya nama ZV Beauty ni, bersempena dengan pangkal nama mereka.

Terdapat 4 jenis produk dibawah label ni yang diformulasikan dari Argan Oil dan Marula Oil yang diketahui secara lazimnya membantu mencantikkan iaitu :

❀ Precision Face Base Primer
❀ Precision Treatment Foundation
❀ Precision Loose Powder
❀ Precision Eyeshadow

Masa kat Penang baru ni AJ dah cuba koleksi Precision ZV Beauty ni tau. Memang AJ rasa puas hati sangat dengan kualiti mekap ZV Beauty yang boleh dikatakan hampir setanding dengan produk antarabangsa. Kulit AJ jenis yang normal dan sedikit kering tapi dengan koleksi Precision ZV Beauty, AJ tak perlu risau pasal nak kejap-kejap touch-up sebab ianya sangat tahan lama. Mekap yang pakai dari pagi tu helok lekat kat muka ni walaupun dah berjalan-jalan tengah panas bagai.



Precision Face Base Primer

Diformulasikan dari minyak Argan dan Marula serta mengandungi kandungan Vitamin E. Primer ini  digunakan sebagai asas kepada solekan yang membantu mengekalkan solekan sehingga 24 jam. Terdapat "glitter" yang menjadikan kulit nampak lebih glowing. Teksturnya tak tebal dan membuatkan kulit lebih bebas bernafas. Selain tu kan, kulit akan jadi lebih lembut dan dilindungi dari radikal bebas. Boleh membantu merawat jerawat dan tona kulit tak sekata.



Ini merupakan produk yang paling AJ suka diantara keempat-empat produk ni. Bila AJ apply kat muka, terasa macam liang-liang pori tu jadi lebih sekata dan halus. Lepas tu, pakai dalam 2 pam je dah cukup. Mudah meresap pada kulit dan tak melekit. Lepas tu efek glitter tu buat kulit AJ nampak lebih fresh dan glowing. 

Precision Treatment Foundation

Sama seperti primer, foundation juga diformulasikan dengan minyak Argan dan Marula serta mengandungi Vitamin C untuk mencerahkan wajah dan Vitamin E. Tekstur liquid dia just nice, tak terlalu cair dan tak terlalu likat. Dari segi coverage pulak, AJ rasa Precision Treatment Foundation sangat full coverage, AJ tak perlu nak ratakan tebal-tebal dan juga ada SPF35 untuk melindungi kulit dari sinaran matahari. Pengunaan foundation ni dapat melembabkan kulit muka, dan melindungi kulit dari radikal bebas. Sesuai digunakan untuk kulir berjerawat dan pigmentasi.



AJ suka sangat dengan tekstur foundation ni, kulit tak rasa kering dan tak buatkan kulit oxidation (gelap dari masa ke semasa). Bila dah sapu kat kulit, tak rasa macam tepung melekat kat muka, ringan je!

Precision Loose Powder

Diformulasikan dari minyak Argan dan Marula serta mengandungi kandungan Vitamin C. Sangat natural pada kulit dan buatkan mekap tampak lebih matte. Tekstur bedak yang halus boleh mengurangkan kesan garis halus, mengecilkan liang roma. Memang kalau ratakan atas foundation tu rasa halus je kulit!



Precision Eyeshadow

Warna-warna eyeshadow ni sesuai untuk mereka yang gemarkan solekan natural. Eyeshadow pun sangat high-pigmented dan tak rasa berdebu bila kita apply kat kelopak mata. Nak bawak travel pun mudah sebab senang nak sumbat dalam handbag je.



So far, AJ memang suka sangat dengan koleksi Precision dari ZV Beauty ni tau! Untuk maklumat lanjut boleh follow ZV Beauty kat bawah ni okay.

Website : http://www.zvbc.my
Instagram : https://www.instagram.com/zvbeautycollection/
Facebook : https://www.facebook.com/zvbeautycollection

Macam mana nak dapatkan produk ni? Haaa, kalau nak tau sekarang ZV Beauty Collection dah boleh dibeli secara online kat Watson's.  Ataupun whatsapp je ZV Beauty (011) 2870 3549


Serius best!

email signature
Baca Selanjutnya »

Terbang ke Penang dengan Firefly Airlines

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu lepas AJ ke Pulau Pinang, selalunya kalau travel domestik melainkan ke Sabah dan Sarawak memang naik kereta je dari KL. Senang nak bawak barang semua. Tapi untuk trip dengan geng #KBBA9 aritu, AJ terbang ke Penang dengan Firefly Airlines buat pertama kali.



Sebabnya? AJ tak perlu nak ke KLIA sebab Firefly Airlines ada penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ataupun orang lama kenal sebagai Subang Airport. Dah jimat jarak perjalanan dari rumah AJ dah. Dalam 20 minit je berbanding sejam nak ke KLIA. Nak kesana pun mudah, AJ boleh naik skypark link dari KL Sentral dengan harga RM10 sahaja. Tempat pulak strategik dan tak terlalu sesak dengan orabg ramai.


Lepas tu kalau korang betul-betul kenal AJ, korang tau yang AJ tak pandai langsung nak travel light, Even pegi trip singkat 3 hari 2 malam pun AJ bawak barang macam nak duduk seminggu. Kalau airlines lain, AJ kene beli baggage allowance, sebab 7kg cabin tu tak cukup untuk AJ. Sekarang ni kalau pegi mana-mana dengan Firefly kan, korang memang automatik akan dapat 20kg baggage allowance secara percuma! Dah jimat banyak kat situ!

Masa sebelum berlepas ke Penang aritu, nak check-in pun senang. Kisahnya, AJ terlupa nak buat web check-in, sampai airport barulah nak buat. Nasiblah ada check-in kiosk disediakan kat situ, cuma perlu key-in booking reference je, dah siap! Masa nak buat baggage drop pun tak banyak cerita, staff Firefly Airlines bagi layanan yang mesra je nak bantu korang. Semua proses lancar je dari check-in sampailah ke baggage drop.



Kalau korang tak sempat nak makan, nak beli pape lepas dah masuk boarding tu tak payah risau la. Kat Subang Airport ni ada banyak cafe-cafe dan kedai serbaneka. 

Alhamdulillah, masa nak pegi Penang tu penerbangan memang ikut masa yang dijadualkan. Masa kat dalam flight pulak, snack disediakan untuk para penumpang. Kapal terbang Firefly ni taklah besar mana kalau AJ tengok, tapi ruang kaki dia selesa dan banyak ruang. Even tempat letak barang bawah kerusi penumpang pun luas. Senang nak lurus-luruskan kaki masa dalam penerbangan tu.



Oh ya, kalau korang nak beli cenderamata dari Firefly, korang boleh buat pembelian secara online je tau kat http://store.fireflyz.com.my/. Mudah! Yelah, macam AJ cakap, kapal dia taklah besar. So agak tak sesuai nak tolak troli macam kapal besar-besar tu. AJ ada berkenan 1 t-shirt ni tau, nanti AJ nak beli. Kalau bosan-bosan dalam penerbangan tu, korang boleh la baca majalah Firefly dalam flight tu. Kurang-kurang dapat banyak jugak info perlancongan dalam dan luar negara kat situ.



So lepas ni AJ nak naik lagi tak Firefly Airlines? Ya, AJ dah jatuh cinta dengan penerbangan Firefly Airlines ni tau! AJ rasa semuanya mudah. Tak payah nak bersesak bagai dan boleh bawak 1 almari baju! Hahahahahahaha. Sekarang ni katanya Firefly tengah ada promosi. Tunggu apa? Pegi https://www.fireflyz.com.my sekarang!



Ni diorang ni, kemain siap amik peta Penang tau!

email signature
Baca Selanjutnya »