Terbang ke Penang dengan Firefly Airlines

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Minggu lepas AJ ke Pulau Pinang, selalunya kalau travel domestik melainkan ke Sabah dan Sarawak memang naik kereta je dari KL. Senang nak bawak barang semua. Tapi untuk trip dengan geng #KBBA9 aritu, AJ terbang ke Penang dengan Firefly Airlines buat pertama kali.



Sebabnya? AJ tak perlu nak ke KLIA sebab Firefly Airlines ada penerbangan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah ataupun orang lama kenal sebagai Subang Airport. Dah jimat jarak perjalanan dari rumah AJ dah. Dalam 20 minit je berbanding sejam nak ke KLIA. Nak kesana pun mudah, AJ boleh naik skypark link dari KL Sentral dengan harga RM10 sahaja. Tempat pulak strategik dan tak terlalu sesak dengan orabg ramai.


Lepas tu kalau korang betul-betul kenal AJ, korang tau yang AJ tak pandai langsung nak travel light, Even pegi trip singkat 3 hari 2 malam pun AJ bawak barang macam nak duduk seminggu. Kalau airlines lain, AJ kene beli baggage allowance, sebab 7kg cabin tu tak cukup untuk AJ. Sekarang ni kalau pegi mana-mana dengan Firefly kan, korang memang automatik akan dapat 20kg baggage allowance secara percuma! Dah jimat banyak kat situ!

Masa sebelum berlepas ke Penang aritu, nak check-in pun senang. Kisahnya, AJ terlupa nak buat web check-in, sampai airport barulah nak buat. Nasiblah ada check-in kiosk disediakan kat situ, cuma perlu key-in booking reference je, dah siap! Masa nak buat baggage drop pun tak banyak cerita, staff Firefly Airlines bagi layanan yang mesra je nak bantu korang. Semua proses lancar je dari check-in sampailah ke baggage drop.



Kalau korang tak sempat nak makan, nak beli pape lepas dah masuk boarding tu tak payah risau la. Kat Subang Airport ni ada banyak cafe-cafe dan kedai serbaneka. 

Alhamdulillah, masa nak pegi Penang tu penerbangan memang ikut masa yang dijadualkan. Masa kat dalam flight pulak, snack disediakan untuk para penumpang. Kapal terbang Firefly ni taklah besar mana kalau AJ tengok, tapi ruang kaki dia selesa dan banyak ruang. Even tempat letak barang bawah kerusi penumpang pun luas. Senang nak lurus-luruskan kaki masa dalam penerbangan tu.



Oh ya, kalau korang nak beli cenderamata dari Firefly, korang boleh buat pembelian secara online je tau kat http://store.fireflyz.com.my/. Mudah! Yelah, macam AJ cakap, kapal dia taklah besar. So agak tak sesuai nak tolak troli macam kapal besar-besar tu. AJ ada berkenan 1 t-shirt ni tau, nanti AJ nak beli. Kalau bosan-bosan dalam penerbangan tu, korang boleh la baca majalah Firefly dalam flight tu. Kurang-kurang dapat banyak jugak info perlancongan dalam dan luar negara kat situ.



So lepas ni AJ nak naik lagi tak Firefly Airlines? Ya, AJ dah jatuh cinta dengan penerbangan Firefly Airlines ni tau! AJ rasa semuanya mudah. Tak payah nak bersesak bagai dan boleh bawak 1 almari baju! Hahahahahahaha. Sekarang ni katanya Firefly tengah ada promosi. Tunggu apa? Pegi https://www.fireflyz.com.my sekarang!



Ni diorang ni, kemain siap amik peta Penang tau!

email signature

Tiada ulasan