Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gadjet?

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Meninggalkan Gadjet? - Sekarang ni zaman dah berubah. Kalau dulu kita tak terdedah dengan penggunaan gadjet, tapi anak-anak zaman sekarang lebih kerap menggunakan gadjet seperti telefon pintar, komputer dan peralatan elektronik lain. Nak pulak sejak PKP ni, banyak yang belajar dari rumah secara online. Jadi kekerapan penggunaan gadjet tu lebih kerap berbanding biasa.

Baru ni kakak berkesempatan join free talk bersama Dr Mohd Hafidz Ithnin iaitu Pakar Mata Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM anjuran Optom Eyecare Bangi. Walaupun takde anak lagi, kakak tetap join supaya boleh sama-sama kongsikan dengan korang, golongan ibubapa.

Macam yang kita semua sedia maklum, penggunaan gadjet yang tidak terkawal boleh memberikan kesan sampingan kepada anak-anak. Jadi sebagai ibu bapa, korang kena aware akan perkara ni. Antara kesan penggunaan gadjet yang tidak terkawal ialah :

Peningkatan power spek mata


Dari kita kecil, bola mata akan berkembang dan proses pemanjangan bola mata akan berlaku. Sekiranya anak-anak yang mula memakai cermin mata diusia muda, penggunaan mata yang terlalu fokus boleh mempercepatkan peningkatan power spek mata. Dan yang paling bahaya apabila proses pemanjangan bola mata terlalu cepat, boleh mengakibatkan urat bola mata terputus dan boleh membutakan mata.

Otot fokus mata yang tidak stabil


Kanta mata ibarat DSLR dan otot mata boleh mengawal kanta mata. Sekiranya tidak dikawal, fokus mata akan terganggu dan menyebabkan otot fokus mata menjadi tidak stabil. Yelah, macam DSLR pun kalau kita kerap guna tanpa henti, boleh jadi hilang auto-focus jugak kan. Macam tu juga mata kita, kalau tak dikawal atau dijaga boleh menyebabkan kerosakan mata.

Mata menjadi cepat penat

Selalu kalau mata kita rasa letih, mesti kita akan genyeh mata tu kan? Kadang sampai merah-merah biji mata tu. Kalau budak-budak, lagi sakan la diorang genyeh mata. Ini boleh menyebabkan mata luka dan rosak. Kalau nak tau, mata kita memang akan mengeluarkan cecair untuk melembabkan mata, tapi kalau kita terlalu fokus menggunakan gadjet, mata akan menjadi cepat letih dan kita kurang mengerdipkan mata, membuatkan mata cepat kering.

Masalah Juling

Penggunaan gadjet yang tidak terkawal juga boleh menyebabkan masalah juling kerana otot yang mengawal mata terlalu aktif dan terlalu fokus terhadap sesuatu imej. Keadaan ini akan menyebabkan otot mata hilang kawalan sekaligus menyebabkan mata alignment bola mata beralih. Untuk memulihkan masalah mata juling, rawatan terapi dan susulan perlu dilakukan dan akan mengambil masa enam bulan ke setahun. Tapi sekiranya masalah juling ini sudah terlalu lama, proses pnyembuhan akan mengambil masa yang lebih panjang.

Kesukaran untuk tidur



Anak-anak ni, kalau dah bagi gadjet memang sanggup tahan mata dari tidur. Nak tengok youtube la, main games la dan macam-macam lagi. Situasi ini bukan sahaja boleh menyebabkann kerosakan mata, tapi boleh menggangu kesihatan juga.

Jadi, macam mana nak menjaga mata anak tanpa menginggalkan gadjet?

Menurut Dr Mohamad Hafidz Ithnin, memang sukar nak buatkan anak-anak meninggalkan gadjet. Tapi masih ada cara lain yang boleh dipraktikkan dalam menjaga mata anak-anak.

Beri masa untuk berehat sebentar


Budak-budak ni, kalau dah hadap gadjet memang tak pandang menda lain dah. Kadang nak ajak makan pun susah. Kalau ada kelas online dan homework, lagilah extra penggunaan mata tu. Sebagai ibu bapa, korang boleh ajak anak-anak buat aktiviti lain sekejap untuk merehatkan mata mereka dari tenung gadjet je. Ajak tengok pemandangan dalam 5 ke 10 minit atau ajak main dengan kucing kejap ke bagi tujuan merehatkan otot mata. Lepas pada tu, anak-anak boleh meneruskan penggunaan gadjet untuk sambung balik buat homework yang cikgu bagi.

Melakukan aktiviti di luar rumah

Kalau anak dah terlalu attach dengan gadjet, apa kata ajak anak-anak melakukan aktiviti di luar rumah dan beriadah bersama-sama untuk distract diorang dari kerap menggunakan teknologi ni. Korang boleh ajak diorang bercucuk tanam ke, pegi taman untuk berjogging ataupun ajak je mandi sungai. Kalau duduk kat kawasan bandar tu, ajak je pegi jalan-jalan kat mall. So masa ni, anak-anak dah tak terfikir pun nak tengok gadjet. Hehehehe.

Menggunakan kanta khas dan kanta penapis berwarna biru untuk gadjet


Tau tak ada kanta khas untuk gadjet? Kalau tak tau, korang boleh ke Optom Eyecare bangi untuk mendapatkan khidmat nasihat dan info lanjut mengenai kanta khas ini. Penggunaan kanta khas ni dapat melindungi mata anak kita. Selain kanta khas ni, korang juga boleh mendapatkan kanta penapis berwarna biru yang dapat membantu menghalang cahaya biru menembusi mata.

Memberikan ganjaran

Ganjaran yang kakak maksudkan ni, bukanlah wang ringgit semata. Ibu bapa kenalah bijak tackle minat anak selain daripada gadjet. Belanja makanan kesukaan diorang ke ataupun berika permainan atau barang yang disukai oleh anak-anak selain gadjet.

JOM JUMPA DR MOHD HAFIDZ ITHNIN PAKAR MATA DI OPTOM EYECARE!

Haaaa, dah tau kan macam mana nak menjaga mata anak ni? Kalau korang nak tau lebih lanjut, satu sesi perjumpaan dengan Dr Mohd Hafidz Ithnin akan diakan pada 11 Disember 2021 di Optom Eyecare bangi. bagi ibu bapa yang berminat, korang boleh menghubungi talian 011-1147 9093 untuk membuat janji temu dan mengesahkan kehadiran.

Optom Eyecare Bangi telah menperkenalkan satu perkhidmatan terbaru khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare yang lebih memfokuskan kepada penjagaan mata untuk anak-anak. jangan lepaskan peluang ni tau.




Untuk maklumat lanjut :

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor (Berdekatan Marrybrown).

Waktu Operasi : 9.00 am – 8.00pm (Setiap Hari)

Instagram: @optombangi

Facebook: Optom Eyecare


Baca Selanjutnya »

MySejiran | Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman Bersama Alphacomp Solution Sdn Bhd

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

MySejiran | Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman Bersama Alphacomp Solution Sdn Bhd - Baru-baru ni kakak berkesempatan menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman antara Alphacomp Solution Sdn Bhd (ASSB) dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kawasan Lembah Klang untuk memperkenalkan satu sistem iaitu MySejiran yang dicipta khas bagi menggabungkan semua industri untuk mendorong usahawan atau peniaga untuk meluaskan perniagaan.

Sekarang ni semua berada di hujung jari, nak order makan atau lain-lain perkhidmatan pun kita prefer untuk cari dalam mana-mana apps kan? Tapi selalunya apps yang digunakan akan mengenakan caj yang tinggi kepada para peniaga. Jadi Alphacomp Solution Sdn Bhd, telah memperkenalkan satu apps yang dinamakan MySejiran bagi membantu golongan B40 melebarkan sayap perniagaan. Tak kira sekecil mana pun bisnes anda.

Apakah tujuan dan kelebihan MySejiran kepada peniaga dan pengguna?

Tujuan MySejiran macam yang kakak dah cerita tadi, adalah untuk membantu para peniaga untuk meluaskan perniagaan secara lebih sistematik dan teratur. Zaman Covid ni, kita memang sangat-sangat menggalakkan contactless transaction.

Kelebihan MySejiran untuk peniaga :

Patuh S.O.P - MySejiran memperkenalkan Q-sistem dimana pelanggan tidak perlu berbaris ataupun bersesak di mana-mana kedai, restoran atau butik. Korang cuma perlu menggunakan apps untuk mengambil penggiliran dan hanya datang apabila giliran sampai. Senang kan? Tak payah beratur menunggu, sampai je turn korang, dah boleh masuk dine-in dan sebagainya.

Menjimatkan Tenaga Kerja dan Masa - MySejiran akan memperkenalkan smart menu dengan hanya menggunakan QR Code. Pelanggan cuma perlu membuat pesanan secara dalam talian. Kalau korang perasan, dah ada kedai mamak yang gunakan sistem order dalam talian. So sangat mudah dan takkan ada order yang missed. Selalu kalau order pakai mulut ni, kadang korang order lain, dia hantar lain. Hahaha. Lepas tu pulak, tak payah kejap-kejap nak panggil ane tu untuk tambah order.

Geran Kerajaan - Pihak pengurusan akan membantu para peniaga untuk mendapatkan Geran daripada badan-badan kerajaan dengan menggunakan database perniagaan peniaga (merchant) bagi memperluaskan perniagaan mereka.

Tiada sebarang CAJ TAMBAHAN! : MySejiran tidak mengenakan caj tambahan. Kesemua caj yang dikenakan oleh peniaga akan terus masuk ke akaun peniaga.

Kelebihan MySejiran untuk pengguna :

E-Voucher - Setiap kali korang menggunakan MySejiran, baucer akan diberikan secara berterusan melalui kaedah B2B (Belian atas belian / Purchase with purchase)

Pengguna bebas membuat pilihan terus untuk Dine In, Take Away or Delivery. Korang cuma perlu pilih didalam apps MySejiran sahaja.

Antara Persatuan Peniaga yang turut sama Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman ini ialah :

  • Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sg. Besi Kuala Lumpur
  • Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil PPR Seri Alam Kuala Lumpur
  • Persatuan Penduduk PPR Seri Alam Fasa 2
  • Pesatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan - kawasan Cochrane
  • Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Cawangan Wilayah Persekutuan

Kini, seramai 10,000 peniaga berdaftar dengan MySejiran dan dianggarkan lebih 2.5 juta para usahawan B40 seluruh Malaysia akan turut serta dalam inisiatif MySejiran ini. Dengan adanya suntikan dana sebanyak 5 juta daripada Eutopis Equity Sdn Bhd, MySejiran akan memperluaskan lagi sistem ini ke tahap yang lebih tinggi sekaligus menjadikan sistem MySejiran lebih dikenali ramai.

Syarat Menyertai MySejiran

  • Terbuka kepada semua jenis perniagaan sama ada restoran, butik pakaian, bengkel kereta / motor dan apa sahaja jenis perkhidmatan perniagaan tak kira kecil ataupun besar.
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan SSM atau Majlis Perbandaran (PBT)
  • Yuran tahunan serendah RM600 bagi tujuan promosi, penyelengaraan dan lain-lain.

Untuk mendaftar layari : www.mysejiran.my

Manakala bagi korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MySejiran boleh layari : www.mysejiran.com untuk melihat sendiri bagaimana sistem ini berfungsi. Ini adalah contoh sistem sahaja, sistem penuh MySejiran akan diperkenalkan pada hari pelancaran kelak.

Para peniaga rebut peluang dengan menyertai MySejiran sekarang, inilah masanya untuk para peniaga B40 melebarkan perniagaan dengan adanya platform perniagaan yang diperkenalkan oleh MySejiran.

Tahniah ASSB dan sistem MySejiran!

Info Alphacomp Solution Sdn Bhd

Alphacomp Solution Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan sistem perisian dan perkakasan (software and hardware).

Baca Selanjutnya »