Pembukaan Semula OGAWA Concept Store di Mid Valley

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Pembukaan Semula OGAWA Concept Store di Mid Valley - Hi korang! Kakak ada berita baik untuk pelanggan setia OGAWA. Sekarang ni OGAWA Concept Store yang terletak di Mid Valley telah dibuka secara rasmi pada 8 Disember 2021 yang lepas! So korang dah boleh pegi mencuba dan merasai sendiri pengalaman duduk atas kerusi urut empuk dan pelbagai lagi produk OGAWA.

OGAWA bukan jenama asing lagi di Malaysia. Jenama ni sudah terkenal sejak sekian lama sampaikan kalau sebut pasal kerusi urut elektronik, mesti kita ingat OGAWA kan? Menuju ke tahun baru ni, OGAWA Malaysia mengembangkan perniagaan dengan menyediakan pengalaman dalam kedai yang baharu di OGAWA Concept Store di Mid Valley Megamall dengan memperkenalkan hibrid pintar teknologi dan pengalaman gaya hidup runcit yang dipertingkatkan.

Di bawah konsep baharu ini, OGAWA menawarkan pilihan teknologi, inovasi, kehidupan global, dan tawaran pengalaman yang sesuai dengan golongan sasaran yang serba moden. OGAWA Concept Store juga telah melakukan transformasi dalaman kedai untuk memberikan pengalaman "Gaya Hidup Pintar" kepada pengguna. Masuk je dalam OGAWA Concept Store ni, terasa macam masuk rumah sendiri tau! Lepas tu berpeluang mencuba pelbagai produk OGAWA supaya korang boleh sesuaikan untuk kegunaan dalam rumah sendiri kelak. Best kan?

Sakan kan Sally cuba produk OGAWA ni.

Masa kat sini hampir semua peralatan OGAWA yang kakak cuba termasuklah Master Drive AI 2.0 yang dibina dengan sehingga 5,184 kombinasi urutan untuk memberikan penyelesaian kesihatan yang lebih meluas, menampilkan Kecerdasan Buatan (AI) termaju termasuk pengecaman muka, Penjejak Kesihatan dan Pengimbas™, dengan kuasa automatik AI.

Kalau korang nak beli kerusi urut OGAWA ni kan, inilah masa yang sesuai sebabnya OGAWA Concept Store menawarkan jualan eksklusif Krismas bersempena pembukaan semula store di Mid Valley dengan diskaun sehingga 50% dengan pelan 0% hingga 68 bulan. So nak beli untuk diri sendiri atau keluarga tersayang boleh kunjungi OGAWA Concept Store sekarang!

Maklumat lanjut : www.ogawaworld.net



Baca Selanjutnya »

Cara Semak Jumlah Pembelian di Shopee

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Cara Semak Jumlah Pembelian di Shopee - Sekarang ni online shopping memang tak asing lagi, semua di hujung jari. Antara laman online shopping utama, Shopee. Kakak ni boleh dikatakan tetiap bulan ada je membeli kat Shopee. Kadang benda tak perlu pun kakak sakan beli. Tak tau nak nangis ke nak gelak. Hahahaha!

IKLAN : Sapa nak dapatkan tudung bawal Minaz atau Fareha boleh ke shopee kakak mytudungsister

So arini kakak nak ajar korang macam mana nak semak total pembelian korang kat Shopee. Senang je, dalam masa beberapa minit je dah boleh tau total spend korang kat Shopee. Ajommm!

Step 1 :

Copy code disini : https://github.com/epool86/calculateshopee/blob/main/calculate.js

Step 2 :

Pegi Shopee korang dan klik bahagian "My Purchase"

Step 3 :

Right click dan tekan Inspect

Step 4 :

Pegi bahagian console dan paste code yang korang copy di step pertama, di bawah sekali. (Yang highlight warna biru tu code kakak dah paste.)

ENTER!


Tadaaaaaa! Hasil pembelian kakak selama duk berShopee ni dah RM 6024.92 rupanya. Ingatkan dah puluh-puluh ribu. Yelah kalau shopping kat Shopee tu kadang macam orang hilang akal kot. Nampak sangat cheapskate! Hahahahaha.

So korang berani ke nak check tu?

Baca Selanjutnya »