EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


EXPLORE THE FUTURE OF TIMEKEEPING AND BEYOND AT THE HUAWEI LAUNCH EVENT ON 5 OCTOBER
Pushing the boundaries between tech and fashion with the next generation of WATCH GT 4


KUALA LUMPUR, 28 SEPTEMBER 2023 – Huawei has announced an exciting lineup of cutting-edge technology set to launch on 5 October 2023. This impressive array of new products includes the HUAWEI WATCH GT 4, HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition, HUAWEI FreeBuds Pro 3 and more.




Embodying the "Fashion Forward" proposition, the HUAWEI WATCH GT 4 represents a significant milestone in Huawei's journey to unite technology and fashion expression. Designed to be the centerpiece of every conversation, it introduces inventive design elements while retaining the modern geometric aesthetics of its predecessors – creating statement pieces that complement each of the users’ style and preferences.




Available in 46mm and 41mm sizes, the HUAWEI WATCH GT 4 series reflects meticulous craftsmanship in every detail. The 46mm takes inspiration from brilliance diamond cuts and aerodynamic silhouettes found in performance cars while the 41mm exemplifies a harmonious blend of fashion forward elegance, with its intelligently designed pendant form elevating it to the status of statement jewelry.




The HUAWEI WATCH GT 4 is more than just a smartwatch; it's a fashion statement that seamlessly integrates technology into daily life, enhancing the overall look of its wearers.


SOMETHING REMARKABLE IS COMING AS WELL!


Following its recent successful launch in Europe and China, a new generation of Huawei devices is set to redefine wearable fashion and workspace to empower users to personalise their health, sports journey and workflow without compromising on style and functionality.




Along with this new generation of WATCH GT, Huawei will also be launching a line of products which is set to bring a new perspective not just on your look, but also your lifestyle. This upcoming launch will feature the latest HUAWEI MATEPAD series – HUAWEI MatePad 11” PaperMatte Edition, Huawei’s first PaperMatte Display Tablet that will provide users an unprecedented paper-like reading and writing experience. Moreover, Huawei will also be introducing the all-new HUAWEI FreeBuds Pro 3 – giving you an elevated crystal-clear listening experience.




Make sure to keep your eyes glued to the screen and stay tuned for the official announcement on Huawei Official Website and HUAWEI Official pages on Facebook or Instagram.
Baca Selanjutnya »

Jom Eksplore Putrajaya!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Jom Eksplore Putrajaya! | Bila sebut Putrajaya mesti ramai yang terfikirkan pejabat-pejabat Kerajaan dan bangunan ofis kan? Sebenarnya, Putrajaya ni ada banyak sangat tempat menarik untuk dilawati oleh seisi keluarga. Baru-baru ni kakak berpeluang eksplore sendiri kawasan dan tempat menarik di Putrajaya. Jom kakak bawak korang tengok sendiri keindahan dan keunikan Putrajaya.


Discover Putrajaya



Discover Putrajaya terletak di tengah-tengah Putrajaya dan bersebelahan dengan Dataran Putrajaya so senang untuk diakses oleh pengunjung. Discover Putrajaya berkonsepkan 3E (Education, Experience & Enjoyable). Kat sini korang akan didedahkan dengan fakta sejarah penubuhan Putrajaya, mercu tanda dan acara utama yang terdapat di Putrajaya. Kiranya, kalau nak kenal Putrajaya korang kena ke Discover Putrajaya dulu.



Di sini, korang boleh menikmati pemandangan serta bunyi-bunyian yang menakjubkan. Dalam ni juga ada sudut interaktif 3D yang membolehkan korang bergambar. Serius unik sangat dalam ni tau. Kakak rasa macam dah pusing 1 Putrajaya pulak.


Chocolate Souq Shopee




Berkeluasan 11,000 meter persegi, Souq Shopee merupakan kedai coklat terbesar di Lembah Klang. Kalay korang nak dapatkan coklat dengan harga yang berpatutan, korang boleh singgah di sini. Chocolate Souq Shopee bukan sahaja menawarkan coklat dari pelbagai jenama tempatan, malahan jenama antarabangsa juga. Tak payah susah-susah nak memborong coklat kat tempat lain, datang je kat Chocolate Souq Shopee. Semua ada. Hiasan dalaman dia pun cantik.




Cruise Tasik Putrajaya




Mula beroperasi sejak tahun 2003. Cruise Tasik Putrajaya ini membawa pengunjung menyelusuri Tasik Putrajaya dimana mereka boleh menikmati pemandangan menarik dari Tasik Putrajaya antaranya :

  • Masjid Putra
  • Istana Darul Ehsan
  • Jambatan wawasan
  • Monumen Alaf Baru
  • Jambatan Putrajaya



Bagi mereka yang ingin menikmati pelayaran selama 45 minit ni, pengunjung boleh memilih untuk menaiki 2 jenis feri berhawa dingin iaitu Double Deck (Sebarau dan Kelah) dan Single Deck (Belimbing dan Daun) yang boleh menampung sehingga 70 orang penumpang ataupun perahu gondola Dondang Sayang atau Love Boat yang boleh memuatkan 2 - 6 orang.




Masjid Putra


Masjid Putra atau dikenali sebagai Masjid Pink ini dibina di kawasan berkeluasan 10 ekar. Masjid ini boleh memuatkan sehingga 10,000 jemaah di ruang solat utama dan di tingkat satu dimana satu saf boleh memuatkan 5,000 orang jemaah.



Senibina Masjid Putra ni sangat unik dan menarik. Dikelilingi tasik Putrajaya menambahkan lagi keindahan masjid ini. Hiasan dalamannya juga berdasarkan senibina parsi di zaman Kerajaan Safawe. Di sebelah kiri masjid berdirinya sebuah menara setinggi 116 meter berbentuk bintang berujung lapan menonjolkan senibina dan rekabentuk Islam yang unggul.




Terdapat juga lima tingkat pemisah yang menggambarkan lima Rukun islam dan Lima Waktu Solat.




Kompleks Nasyrul Quran


Korang tau tak di Putrajaya ada pusat pencetakan Al-Quran kedua terbesar si dunia selepas Pusat Percetakan Al-Quran Al-Malik Fahd di Madinah? Yup, di Putrajaya ada Kompleks Nasyrul Quran yang terletak di Presint 14.



Nasyrul Quran diilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud penyebaran Al-Quran. Kompleks ini menyasarkan pencetakan sejuta naskhah AL-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik dan selebihnya untuk diwakaafkan kepada negara lain yang memerlukan.




Disini terdapat galeri pameran yang mempamerkan pelbagai jenis Al-Quran daripada serata dunia. Korang boleh melihat sendiri keunikan dan kebesaran Al-Quran. Korang juga boleh lihat sendiri cara Al-Quran ditulis daripada dahulu hinggalah menggunakan teknologi moden sekarang. Pengunjung juga berpeluang melihat sendiri kawasan pusat pencetakan Al-Quran dimana terdapat anjung tinjau yang membolehkan kita melihat sendiri proses pembuatan Al-Quran. Menarik sangat bila dapat merasai pengalaman ni sendiri.




Kalau korang nak dapatkan naskhah Al-Quran ataupun berniat untuk wakaf juga, boleh dapatkan di Kompleks Nasyrul Quran


Wetland Studios Putrajaya


Wetland Studios Putrajaya merupakan tarikan terbaru yang terdapat di Putrajaya dan telah dibuka secara rasmi sekitar Mei 2023 yang lalu. Wetland Studios Putrajaya merupakan taman tema indoor dengan usahasama KRU Studios Sdn Bhd.




Taman tema interaktif ini berkonsepkan pendidikan dengan menampilkan pelbagai jenis ruangan interakif sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa. Kat sini kakak paling teruja bila tengok ruang pameran dengan pelbagai jenis dinosaur yang bergerak-gerak. Terasa macam ada dekat Jurrasic World pulak.




Terdapat beberapa ruangan interaktif yang boleh korang eksplore disini iaitu :

  • Dinosaur Encounter
  • Insectopia
  • Caventure
  • Jungle Jive
  • Skydream VR
  • Artopia
  • Arviary Archive
  • Eduplay Center
  • Micration in Motion
  • Stegodon Big Break
  • Sky Sanctuary
  • Flamingo Parade



Wetland Studios Putrajaya akan membuka beberapa lagi ruangan interaktif sepenuhnya pada September ini merangkumi :

  • Lakes & Rivers
  • Majestic Oceon
  • Panorama

Menarik gila kat sini, kalau ke Putrajaya, wajib singgah sini okay!


Urban Birding Hotspot / Taman Wetlands Putrajaya


Berhampiran dengan Wetland Studios Putrajaya, korang boleh melakukan aktiviti "bird watching" di Taman Wetlands Putrajaya yang berkeluasan 3.35km dan digelar sebagai "Green Lung" bagi mengekalkan kehijauan dalam pembangunan Putrajaya. Kat sini terdapat pelbagai jenis burung migrasi. Difahamkan, ada sehingga 200 spesis burung dan juga 24 spesis ikan air tawar dan haiwan akuatik di sekitar kawasan ni.




Lagi satu yang menariknya kat sini kan. korang boleh bawa anak-anak melihat sendiri pihak Taman Wetlands Putrajaya bagi makan kepada beberapa spesis burung. Terdapat 2 sesi setiap hari iaitu jam 11 pagi dan 4 petang. Seronok betul tengok burung-burung ni makan tau. rasa tenang je.




Selain tu, korang juga boleh melihat kawasan sekitar dari atas menara tinjau sepanjang 18 meter atau berjalan di Taman Wetlands Putrajaya, Taman Botani dan Taman Rimba Alam. Memang boleh dikatakan salah satu port healing juga tau.


Glamping @ Wetland Putrajaya (GLOW)


Glamping @ Wetland Putrajaya (GLOW) merupakan salah satu tarikan yang terdapat di Putrajaya. Kalau korang suka camping tapi nak rasa sedikit gah dan mewah, korang boleh pilih untuk menginap di sini. Konsep glamping yang diketengahkan oleh Glamping @ Wetland Putrajaya (GLOW) ni memang best tau. Sekarang ni ramai yang memilih konsep glamping ni sebab ianya mudah dan senang. Korang tak perlu lagi nak bawak segala peralatan perkhemahan sebab kat sini tent dah sedia ada serta dilengkapi dengan tilam, kipas angin dan juga penghawa dingin bagi keselesaan penginap.




Terdapat 3 jenis tent yang disediakan disini iaitu :

  • Double Tent (Queen Bed untuk kapasiti 2 orang)
  • Triple Tent (1 Queen, 1 Single Bed untuk kapasiti 3 orang)
  • Quad Tent (2 Queen Bed untuk kapasiti 4 orang)



Pakej yang ditawarkan juga sangat menarik termasuk buffet makan 4 kali sehari (sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam).


Kemudahan lain yang disediakan disini juga termasuklah tandas, tempat mandi, surau yang luas dan selesa serta ruangan makan.


Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini seperti menaiki basikal mengeliingi kawasan sekitar, memanah, trampoline, indoor games,  ATV,  Flying Fox, Night Trail dan sebagainya.




Banyak lagi tempat menarik yang kakak nak kongsikan dengan korang. Untuk entri lepas ni, kakak nak share pulak port ootd dan aktiviti lain yang boleh dilakukan sekitar Putrajaya. Stay tuned!




Baca Selanjutnya »

Rawatan Smile Line di Klinik Dr Bazilah

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Rawatan Smile Line di Klinik Dr Bazilah | Korang penah dengar tak pasal smile line atau garis senyum? 


Apa itu Smile Line?


Smile line merupakan suatu garis atau kedutan di sekitar tepi bibir. Smile line akan mudah kelihatan sebab kita akan selalu senyum dan ketawa. Garis senyum juga akan jelas kelihatan walaupun kita tak senyum atau ketawa. Kadangkala, garis senyum ni membuatkan sisi tepi bibir kita tu nampak lebih berusia.


Penyebab Smile Line


Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab smile line antaranya :


  • Pertambahan usia yang membuatkan tulang pipi lebih rata dan kulit semakin kendur akibat pengurangan kolagen dan elastin pada kulit.
  • Tabiat merokok.
  • Sinaran matahari yang merosakkan kolagen dan elastin kulit.
  • Pertambahan dan pengurangan berat badan.
  • Stress
  • Kurang tidur



Klinik Dr Bazilah


Klinik Dr Bazilah merupakan salah satu tempat yang dipercayai untuk merawat atau meremajakan kulit korang. Klinik Dr Bazilah merupakan Klinik Kulit dan Estetik dipercayai serta diperakui Oleh KKM.


Dr Bazilah sendiri merupakan seorang pengamal kesihatan bertauliah dan mempunyai lesen di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan menawarkan pelbagai rawatan daripada penyakit biasa secara umum sehinggalah kepada masalah kulit dan rambut.




Perkhidmatan rawatan yang disediakan termasuk :

  • Rawatan jerawat
  • Rawatan parut jerawat
  • Ekzema
  • Psoriasis
  • Alahan
  • Pigmentasi Kulit
  • Penyingkiran rambut
  • Masalah rambut/rambut gugur
  • Estetik
  • Kulat
  • Pembedahan Kecil - penyingkiran tag kulit, penyingkiran ketuat, kalus, penyingkiran tahi lalat, penyingkiran granuloma piogenik
  • Penyakit Menular Seksual - Sifilis, jangkitan herpes, gonorea, klamidia

Rawatan Smile Line di Klinik Dr Bazilah


Boleh ke smile line ini dirawat? Haaa, korang jangan risau sekiranya korang mempunyai garis senyum yang ketara sebab ianya boleh dirawat dengan beberapa jenis rawatan yang terdapat di Klinik Dr Bazilah.



Rawatan HIFU


HIFU ialah singkatan kepada High-intensity-focused ultrasound dan rawatan HIFU pula merupakan suatu kaedah yang menggunakan tenaga ultrasound bagi menipiskan lemak, detoks wajah dan memperbetulkan jaringan kulit. Rawatan aesthetic ini tidak menyakitkan kerana ianya tidak menggunakan jarum atau laser yang kuat tetapi mampu membakar lemak, menegangkan kulit, menganjalkan lapisan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen.


Rawatan HIFU ini tidak menggunakan sebarang jarum dan tiada kesan sampingan, bagi korang yang takut dengan jarum, bolehlah dapatkan rawatan HIFU ni. Dalam masa yang singkat je, kesan smileline tu akan semakin berkurangan. Kalau nakkan result yang lebih baik, korang disarankan untuk mengulangi rawatan dalam masa 3-6 bulan.



Rawatan Filler


Salah satu cara paling popular untuk menghilangkan smile line ialah dengan menyuntikkan filler. Cara ini tidak memerlukan pembedahan. Proses rawatan hanyalah dengan menyuntik Hyaluronic acid ke dalam kedutan. Rawatan filler ini juga tiada downtime dan korang boleh mengurangkan kesan smile line dalam waktu yang singkat.





MERDEKA Sale di Klinik Dr Bazilah


Bersempena bulan kemerdekaan ni kan, Klinik Dr Bazilah menawarkan Merdeka Sale bagi mereka yang ingin mendapatkan apa-apa rawatan. So inilah peluang korang untuk mendapatkan rawatan Smile Line dengan harga yang berpatutan.




Untuk maklumat lanjut mengenai rawatan yang terdapat di Klinik Dr Bazilah  ataupun membuat temujanji :





Cawangan Klinik Dr Bazilah


Klinik Dr Bazilah Bangi
C 10 G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan
Pusat Bandar 5 Seksyen 9, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor
No Tel : 03-8922 9681 / 0111-590 5931


Klinik Dr Bazilah Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A,
Seksyen 13, Shah Alam,
40100, Selangor.
No Tel : 03-5035 7359


Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
(Klinik Kulit / Aesthetik / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1 Puncak Sentul,
8, Jalan Sentul Pasar,
51000 Kuala Lumpur.
No Tel : 013-817 7005


Klinik Dr Bazilah Damansara
R-01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
No Tel : 03-7661 3950


Tunggu apa lagi? Jom dapatkan rawatan Smile Line di Klinik Dr Bazilah, book appointment korang sekarang okay!
Baca Selanjutnya »

#JagaHati Workshop X The Butterfly Project Malaysia di Taman Hati Studio & Cafe

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


#JagaHati Workshop X The Butterfly Project Malaysia di Taman Hati Studio & Cafe | 5 Ogos yang lepas, kakak berkesempatan menyertai #JagaHati Workshop bersama The Butterfly Project Malaysia. Teruja sangat bila kakak dapat join event pertama selepas PKP dengan Butterfly tau! Terima kasih kepada Mamasan yang tak penah jemu invite kakak.


 

#JagaHati Workshop


Event kali ni dinamakan #JagaHati Workshop yang bertemakan self-love dan spritual untuk reflek kembali diri kita lepas setiap dugaan. Kalau korang memang follow kakak, mesti korang tau betapa struggle nya kakak dalam kehidupan bermula daripada kesihatan Abah yang semakin merundum dan yang paling memberikan impak paling besar, bila kakak kehilangan sosok yang bergelar Abah Oktober tahun lalu. Sampai hari ni pun, kakak masih lagi terasa akan kehilangan Arwah Abah. So kakak memang looking forward untuk #JagaHati Workshop ni untuk bounce back, ambil masa untuk healing selain daripada berjumpa dengan Butterflies yang lain.



Taman Hati Studio & Cafe



#JagaHati Workshop diadakan di Taman Hati Studio & Cafe yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Tempat ni memang unik, masuk je dalam tu terus korang rasa tenang sebab Taman Hati yang terletak di tingkat satu ni dikelilingi dengan pelbagai jenis tanaman yang menghijau dan saujana mata memandang.



Betullah orang kata, kehijauan ni buat kita lebih tenang dan rasa lebih fresh! Yang lagi best kan, kat sini ada 3 ekor kucing sebagai penyeri Taman Hati Studio & Cafe. Geram ye tengok 3 ketul tu, memang kakak gomol-gomol je! Hahahahhaha.




Kat sini, selain daripada ngopi dan menikmati pelbagai jenis dessert, kami semua buat aktiviti yang melibatkan kitar semula. Masa dapat jemputan tu, Mamasan dah remind untuk bawak jar kosong dan totebag sendiri. Jar yang kami bawak tu kan, untuk aktiviti DIY succulent plant. Serius seronok betul aktiviti ni. Kitorang diajar step by step cara-cara nak menanam dan menghias sendiri pokok masing-masing. Kemain fokus lagi semua orang tau masa aktiviti ni, Lepas pada ni, bolehlah kitar semula jar kosong kat rumah dengan menanam succulent plant. Selain tu, kami juga diberikan tips penjagaan pokok ni tau. Barulah kakak tau, kalau tak asik layu di tasik madu je pokok kakak. Kalau tak layu, kena gigit dengan kucing kat rumah! Hehehehehehe.



Taman Hati (SS2), 43a, Jalan SS 2/30, 47300 Petaling Jaya
Waktu operasi: Setiap hari (10am-6pm)


Penaja Bersama #JagaHati Workshop


Kalau apa-apa event dengan The Butterfly Project Malaysia ni kan, tak penah lagi Butterflies balik dengan tangan kosong tau. Kali ni, Mamasan telah mendapatkan beberapa penaja bersama untuk #JagaHati Workshop. Semuanya best-best tau! Thank you so much Mamasan. Love!




Yves Rocher Malaysia


Kakak paling suka dengan shower gel Yves Rocher tau. Walaupun kecik, tapi power! Kakak sendiri dah ada beberapa botol kat rumah tau. Pakai Yves Rocher ni memang jimat, guna satu pam je dah cukup. Buih dia tu berkepok-kepok dan memberikan kepuasan setiap kali mandi guna shower gel dia. Kali ni, kakak amik yang bau mango. Fresh dan wangi gila tau!


The Wood Place


Sesuai sangat dengan konsep kitar semula, The Wood Place telah menaja coaster yang diperbuat daripada sisa kayu. Coaster ni memang unik dan cantik. rasa sayang pulak nak guna, penyudahnya kakak buat perhiasan je. Lepas tu setiap coaster ni ada cop logo The Butterfly Project Malaysia tau! Eksklusif untuk kami yang join #JagaHati Workshop.


MONIN Asia


Korang yang selalu ngopi mesti perasan kebanyakkan kafe menggunakan produk syrup MONIN kan? Syrup daripada MONIN ni memang sedap. Lepas tu ada macam-macam flavor yang boleh korang pilih, daripada kopi sehinggalah ke perasa buah-buahan. Semuanya sedap!


Iberica Spirit


Tak lengkap pulak kalau takde kudap-kudapan kan? Ni pestime kakak tau pasal Iberica Spirit ni tau. Chip kentang ni sedap gila didatangkan dengan beberapa perisa iaitu Himalayan Salt, Honey Mustard dan Black Truffle Flavor. Kerepek kentang dia fresh dan rangup. Favourite kakak? Honey Mustard! So, kalau korang jumpa brand ni kat pasaraya kan, kena grab okay!


Pudu Ria Florist Trading Sdn Bhd


Last but not least, bunga daripada Pudu Ria Florist! Bunga dia cantik dan macam-macam warna tau! Lepas tu diletakkan dalam pasu comel sesuai nak letak dekat desk ofis korang ataupun meja solek. Nak jaga bunga ni pun senang je, so tak risau la kalau bunganya layu.




Lucky Draw!


Sebelum acara berakhir seperti biasa, mesti ada lucky draw. Tapi macam biasa la, kakak kau ni kalau bab lucky draw memang tak penah bertuah! Apapun, tahniah kakak ucapkan kepada Butterflies yang bertuah. Best gila hadiah yang diorang bawak balik tau. I'm so jealous! Heheheheheh.





Terima kasih lagi sekali kepada The Butterfly Project Malaysia dan para penaja untuk #JagaHati Workshop yang awesome ni. I feel so alive that day, dapat jumpa dengan kawan-kawan dan terasa diri lebih disayangi! Agiitewwwww! Jumpa lagi di lain acara.


Much love,
Ayue Rejaluddin


#JagaHati #butterflyprojectmy #butterflymsia #TamanHati #monin #ibericaspiritmalaysia #pudufloristkl #thewoodplace #yvesrocher


Baca Selanjutnya »