#JagaHati Workshop X The Butterfly Project Malaysia di Taman Hati Studio & Cafe

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


#JagaHati Workshop X The Butterfly Project Malaysia di Taman Hati Studio & Cafe | 5 Ogos yang lepas, kakak berkesempatan menyertai #JagaHati Workshop bersama The Butterfly Project Malaysia. Teruja sangat bila kakak dapat join event pertama selepas PKP dengan Butterfly tau! Terima kasih kepada Mamasan yang tak penah jemu invite kakak.


 

#JagaHati Workshop


Event kali ni dinamakan #JagaHati Workshop yang bertemakan self-love dan spritual untuk reflek kembali diri kita lepas setiap dugaan. Kalau korang memang follow kakak, mesti korang tau betapa struggle nya kakak dalam kehidupan bermula daripada kesihatan Abah yang semakin merundum dan yang paling memberikan impak paling besar, bila kakak kehilangan sosok yang bergelar Abah Oktober tahun lalu. Sampai hari ni pun, kakak masih lagi terasa akan kehilangan Arwah Abah. So kakak memang looking forward untuk #JagaHati Workshop ni untuk bounce back, ambil masa untuk healing selain daripada berjumpa dengan Butterflies yang lain.



Taman Hati Studio & Cafe



#JagaHati Workshop diadakan di Taman Hati Studio & Cafe yang terletak di SS2, Petaling Jaya. Tempat ni memang unik, masuk je dalam tu terus korang rasa tenang sebab Taman Hati yang terletak di tingkat satu ni dikelilingi dengan pelbagai jenis tanaman yang menghijau dan saujana mata memandang.



Betullah orang kata, kehijauan ni buat kita lebih tenang dan rasa lebih fresh! Yang lagi best kan, kat sini ada 3 ekor kucing sebagai penyeri Taman Hati Studio & Cafe. Geram ye tengok 3 ketul tu, memang kakak gomol-gomol je! Hahahahhaha.




Kat sini, selain daripada ngopi dan menikmati pelbagai jenis dessert, kami semua buat aktiviti yang melibatkan kitar semula. Masa dapat jemputan tu, Mamasan dah remind untuk bawak jar kosong dan totebag sendiri. Jar yang kami bawak tu kan, untuk aktiviti DIY succulent plant. Serius seronok betul aktiviti ni. Kitorang diajar step by step cara-cara nak menanam dan menghias sendiri pokok masing-masing. Kemain fokus lagi semua orang tau masa aktiviti ni, Lepas pada ni, bolehlah kitar semula jar kosong kat rumah dengan menanam succulent plant. Selain tu, kami juga diberikan tips penjagaan pokok ni tau. Barulah kakak tau, kalau tak asik layu di tasik madu je pokok kakak. Kalau tak layu, kena gigit dengan kucing kat rumah! Hehehehehehe.



Taman Hati (SS2), 43a, Jalan SS 2/30, 47300 Petaling Jaya
Waktu operasi: Setiap hari (10am-6pm)


Penaja Bersama #JagaHati Workshop


Kalau apa-apa event dengan The Butterfly Project Malaysia ni kan, tak penah lagi Butterflies balik dengan tangan kosong tau. Kali ni, Mamasan telah mendapatkan beberapa penaja bersama untuk #JagaHati Workshop. Semuanya best-best tau! Thank you so much Mamasan. Love!




Yves Rocher Malaysia


Kakak paling suka dengan shower gel Yves Rocher tau. Walaupun kecik, tapi power! Kakak sendiri dah ada beberapa botol kat rumah tau. Pakai Yves Rocher ni memang jimat, guna satu pam je dah cukup. Buih dia tu berkepok-kepok dan memberikan kepuasan setiap kali mandi guna shower gel dia. Kali ni, kakak amik yang bau mango. Fresh dan wangi gila tau!


The Wood Place


Sesuai sangat dengan konsep kitar semula, The Wood Place telah menaja coaster yang diperbuat daripada sisa kayu. Coaster ni memang unik dan cantik. rasa sayang pulak nak guna, penyudahnya kakak buat perhiasan je. Lepas tu setiap coaster ni ada cop logo The Butterfly Project Malaysia tau! Eksklusif untuk kami yang join #JagaHati Workshop.


MONIN Asia


Korang yang selalu ngopi mesti perasan kebanyakkan kafe menggunakan produk syrup MONIN kan? Syrup daripada MONIN ni memang sedap. Lepas tu ada macam-macam flavor yang boleh korang pilih, daripada kopi sehinggalah ke perasa buah-buahan. Semuanya sedap!


Iberica Spirit


Tak lengkap pulak kalau takde kudap-kudapan kan? Ni pestime kakak tau pasal Iberica Spirit ni tau. Chip kentang ni sedap gila didatangkan dengan beberapa perisa iaitu Himalayan Salt, Honey Mustard dan Black Truffle Flavor. Kerepek kentang dia fresh dan rangup. Favourite kakak? Honey Mustard! So, kalau korang jumpa brand ni kat pasaraya kan, kena grab okay!


Pudu Ria Florist Trading Sdn Bhd


Last but not least, bunga daripada Pudu Ria Florist! Bunga dia cantik dan macam-macam warna tau! Lepas tu diletakkan dalam pasu comel sesuai nak letak dekat desk ofis korang ataupun meja solek. Nak jaga bunga ni pun senang je, so tak risau la kalau bunganya layu.




Lucky Draw!


Sebelum acara berakhir seperti biasa, mesti ada lucky draw. Tapi macam biasa la, kakak kau ni kalau bab lucky draw memang tak penah bertuah! Apapun, tahniah kakak ucapkan kepada Butterflies yang bertuah. Best gila hadiah yang diorang bawak balik tau. I'm so jealous! Heheheheheh.





Terima kasih lagi sekali kepada The Butterfly Project Malaysia dan para penaja untuk #JagaHati Workshop yang awesome ni. I feel so alive that day, dapat jumpa dengan kawan-kawan dan terasa diri lebih disayangi! Agiitewwwww! Jumpa lagi di lain acara.


Much love,
Ayue Rejaluddin


#JagaHati #butterflyprojectmy #butterflymsia #TamanHati #monin #ibericaspiritmalaysia #pudufloristkl #thewoodplace #yvesrocher


Tiada ulasan