Kyut Skin Melancarkan Produk Terbaru dan Showroom Di Wisma Nini Comel

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kyut Skin Melancarkan Produk Terbaru dan Showroom Di Wisma Nini Comel | Kyut Skin merupakan jenama produk penjagaan kulit terbaru milik Fabulove Sisters Empire yang telah diusahakan oleh dua orang adik beradik dan usahawan muda iaitu Nur Fathini Khalilah dan Nur Fathin Zulaikha.


Sejujurnya, ini merupakan pertama kali kakak mengenali jenama Kyut Skin ini sendiri. Baru-baru ni, kakak berpeluang untuk menghadiri majlis pelancaran produk Kyut Skin dan juga pembukaan rasmi showroom Kyut Skin yang terletak di Wisma Nini Comel, Ampang. Majlis ini berlangsung meriah bertemakan Enchanted dan dihadiri lebih 150 orang tetamu yang terdiri daripada pakar kecantikan, influencer, selebriti tempatan, pihak media dan ramai lagi.


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Fabulove Sister Empire, Nur Fathini Khalilah,



Kyut Skin diwujudkan dengan komitmen untuk menyediakan penyelesaian yang mudah bagi keperluan penjagaan kulit harian. Ini termasuklah dengan mengintegrasikan kemajuan teknologi ke dalam prduk keluaran mereka.


Produk Terbaru Keluaran Kyut Skin


Semasa majlis tersebut, Kyut Skin telah memperkenalkan produk Kyut Skin termasuk produk terbaru yang terdiri daripada :


  • Sunscreen Stick

  • Oil Face Cleansing Sheet

  • Glowy Face Mist
  • Moist Moisturiser


Selain tu, terdapat juga merchandise ekslusif dari Kyut Skin tau!




Kerjasama dalam Penghasilan Produk Keluaran Kyut Skin


Setiap produk keluaran Kyut Skin dihasilkan dengan teliti dan diformulasikan dengan bahan-bahan yang berkualiti. Difahamkan, mereka turut terbang ke Korea bagi memastikan produk ini betul-betul mengikut piawaian. Pihak Kyut Skin juga telah berkolaborasi dengan pasukan ahli kimia dan pakar-pakar yang terlatih dalam bidang kecantikan demi menghasilkan prduk yang memberi manfaat kepada pengguna.


Kerjasama antara Kyut Skin dan pakar-pakar ini membuatkan produk Kyut Skin memenuhi standart kualiti dan tahap keberkesanan yang tinggi. Dengan menumpukan kepada inovasi, Kyut Skin membawakan produk yang efektif dan berkesan dalam meningkatkan kecantikan semulajadi dan memenuhi keperluan penjagaan kulit untuk semua jenis kulit.


Pengiktirafan Produk Kyut Skin


Sejak dari penubuhannya, Kyut Skin telah menerima pengiktirafan dan anugerah seperti :

  • Anugerah Keunggulan Peniagaan Bumiputera
  • Anugerah Penjagaan Kulit Terbaik 2023 oleh Beauty Insider (bagi produk Sunscreen Stick)
  • Inovasi penjagaan Kulit Terbaik di Malaysia Best Business Awards 2023

Sehubungan dengan ini, tak hairanlah banyak testimoni yang positif diterima daripada pelanggan dan pengguna Kyut Skin itu sendiri. So kalau korang nak cuba sendiri produk Kyut Skin, korang boleh layari :


Website : www.kyutskin.com


Harga yang ditawarkan serendah RM15 hingga RM79.90.


Produk Kyut Skin juga boleh didapati daripada pengedar sah yang diiktiraf seperti The pastel Shop, United Care Pharmacy dan Valent Skin. Kalau nak cuba sendiri, boleh je singgah di showroom Kyut Skin yang terletak di Wisma Nini Comel, Ampang. Lagi puas hati! Hehehehehhe.




Bersempena dengan majlis pelancaran produk Kyut Skin, mereka membuka peluang untuk orang ramai menyertai keluarga Kyut Skin dengan menjadi usahawan melalui program penjualan semula jenama Kyut Skin. Nak tau lebih lanjut, korang boleh menghubungi pihak Kyut Skin okay.




Sepanjang majlis ni kan, kakak terasa macam princess sangat tau sebab pihak Kyut Skin telah mencipta satu tunnel khas dengan tema Enchanted khas untuk pengunjung showroom Kyut Skin bersempena majlis. Seronok gila dapat peluang menerokai tunnel tu sambil melihat sendiri sejarah perjalanan penjenamaan dan produk Kyut Skin sendiri. Terima kasih Kyut Skin atas jemputan untuk sama-sama memeriahkan majlis pelancaran produk terbaru dan showroom Kyut Skin.




Tiada ulasan