Senarai Barangan Yang Perlu Dibawa Kala Percutian...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mood cuti dah tiba!!!!
Tak kisahlah bercuti dalam negara atau luar negara....
Jauh beribu batu atau sekangkang kera.....
Barang-barang penjagaan diri, perhiasan mesti kene bawak kan.....
Tak lengkap kot bercuti kalau ade terlupa bawak sesuatu....
Dah tak pasal bajet percutian tu, terpaksa dikeluarkan sikit untuk beli barang yang kita tinggal tu...


Berikut merupakan senarai barang yang perlu dibawa kala percutian...
(Versi cuti AJ)

1. Pakaian yang mencukupi
Kala bercuti, bawaklah bekalan pakaian yang mencukupi...
Janganlah cuti 2-3 hari, packing baju macam sebulan...
Begitu jugak sebaliknya.....
Tapi kekadang ade jugak sesekali terover bawak baju... Hahahhahha.....
Make sure bawak baju yang sesuai dengan tempat percutian.....
Takkan la cuti tepi pantai, bawak winter coat berpasang-pasang pulak... =P

2. Barangan keperluan peribadi
Mungkin nampak remeh, tapi tanpa barangan-barangan peribadi ni kurang lengkap rasanya perjalanan kita....
Yelah takkan setiap kali cuti, semua kene beli di kawasan percutian...
Buatnya produk yang sesuai dengan kita tu takde kat tempat percutian kita tu, tak ke haru nak mencari?
Kalau AJ sendiri, baik bawak dari rumah je... Takpelah beg berat sikit....
Lagi pulak kulit AJ jenis tak sesuai dengan semua produk.... Produk tertentu je...

3. Sunblock / Krim Tabir Suria
Ini wajib dibawa... Tak kiralah cuti dalam hutan ke, gunung-ganang ke, tepi tasik ke, laut ke...
Perubahan cuaca yang tak menentu ni lagilah kene bawak....
Sekurang-kurangnya kulit tak terlalu terdedah kepada cahaya UV yang berlebihan kan.....
AJ pulak pantang berpanas terik... Kulit immediately terus berbelak, pedih....

4. Aloe Vera Gel
Lepas seharian meneroka dan menikmati percutian, kulit mesti akan terselar dek panahan matahari...
So, lepas membersihkan diri dan kala merehatkan tubuh badan diwaktu malam tu, ape kata sapukan aloe vera gel di kawasan kulit yang duk berjemur siang hari tadi....
Selain menyejukkkan kulit, ianya juga membantu mengurangkan kesan selaran matahari tu....
Lepas tu kalau rajin, AJ akan bawak sekali aloe vera mask untuk muka....
Kalau tak, yang gel tu AJ tadahkan kat muke.... Kihkihkih... =P

5. Alat Solek / Mekap (ikut keperluan)
AJ tanpa peralatan mekap memang tak lengkap walaupun kadang tu takde rase nak bermekap....
Tapi berpada-padalah ye...
Cukup sekadar bedak padat, mascara, pemerah pipi dan lipgloss..
Jangan pulak duk angkut barangan mekap macam nak pegi show.....
Mekap senipis (nude make up) mungkin paling sesuai kala bercuti....
(Hakikatnya ade jugak selit-selit yang tak perlu contohnya lipstick merah mak ngah, eyeshadow bagai.. =P)

6. Kaca Mata dan Topi
Kaca mata itu adalah aksesori wajib bagi seorang AJ....
Bile bercuti, AJ akan pastikan bawa sekurang-kurangnya sepasang kaca mata.....
Kalau topi pulak, AJ ikut tempatlah...
Takdelah 24 jam bertopi kan..... Tapi kalau tepi pantai, harusssss bawa topi cam Fazura dalam filem pisau cukur ok.... =P

7. Kasut dan Sepatu 
AJ selalunya pakai jelly shoes je nak kemana-mana..
Macam tu jugak kalau bercuti....
AJ akan pakai siap-siap kasut jelly tu dari rumah dan bawak selipar extra...
Bukan 24 jam nak berkasut... Kaki pun nak bebas berlitup jugak sesekali tu....

8. Tuala Mandi
Ini penting! Ramai yang selalu lupa bawak tuala masa bercuti... AJ terkategori sekali la..
Semuanya bajet tuala disediakan di tempat penginapan...
Tapi itu ketika menginap kat hotel... Kalau tak? Nak pakai tuala ape.....
Macam AJ selalu cuti beramai-ramai dengan kengkawan....
So tuala tu macam limited walau disediakan...
So lebih elok bawak sendiri punya kan..... =D


Ape lagi ek....???
Rasenye ini je la yang perlu diusung dan diangkut kala percutian....

P/s : Tik tok tik tok....
Less than a week yowww!
Yeayyy!!! My vacay just around the corner =D


Baca Selanjutnya »

Misi Mencari Baju....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Menginjak ke musim cuti persekolahan, makanya banyaklah kenduri kendara yang perlu dihadiri......
Dan seorang AJ pun mulalah misi dia mencari baju....
Bukanlah untuk semua kenduri nak kene cari baju...
Kalau macam tu, tokey balak pun bankupt woooo...... =P


Awal disember nanti kenduri cousin AJ kat Kelantan....
Temanya warna hijau..... Jenuh AJ punggah almari cari yang warna hijau...
Ade tu memang ade.... Tapiiiii.... Tak sesuai nak dipakai kat sana...
AJ plan nak cari jubah dress je macam yang AJ beli kat nile dulu....
Bile tengok, takde pulak warna hijau yang menarik perhatian...
Minggu lepas AJ pegi butik kat Klang Lama... Unfortunately, size AJ takde....
AJ ni kategori petite... Baju ready made memang susah nak cari size....
Kalau ade pun limited.... Nak pulak baju kurung, jubah dress etc.....
Nak tempah memang tak sempat.... =(
Pegi TS aritu pun tak jumpe size.... Waaaaaaaaaaaaaaa......
Tengok kat zawara semua XS banyak dah out of stock.... S pun dah takde...
Kalau-kalau korang tau memane online shop or ig yang jual any jubah dress untuk petite, tolong bagitau AJ ye......

Lepas tu, awal Januari pulak majlis my long lost bestfriend.....
Dah bertahun-tahun AJ tak jumpe dia......
Last week dia call jemput datang majlis dia....
Dan AJ diberi mandat jadi pengapit dia..... Haaaaaa.. Kemain ayat Mak Jemah kuar kan... =P
Tak sangka, dah lame gile tak jumpe dia bagi AJ jadi pengapit dia...
AJ cakap ingatkan ade kawan lain jadi pengapit.....
Dia cakap "kawan is kawan, but bestfriend is different... Nak pulak ko dah macam my sister..."
Terharu pulak AJ dengan ayat tu......
So dia provide kain, nanti AJ pegi tempah je.....
Ok still got time.... =D
Cuma sekarang ni misi mencari baju hijau je.....

P/s : Orang lain kawen, orang lain super duper excited kannnn...


Baca Selanjutnya »

Alhamdulillah.... Segalanya Dipermudahkan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Alhamdulillah....
Pukul 6 petang tadi, selepas lebih kurang 2 jam operation Abah dah masuk wad balik....
Tengok dia pun ok je.....
Terus minta makan, lapar katanya.... =D

Sekarang ni Abah dah kene banyak berehat.....
Tak boleh angkat tangan tinggi sangat untuk seketika sampai betul-betul okay...
Lepas tu tak boleh angkat barang berat lebih dari 5kg...
Mungkin tak boleh nak driving sangat untuk 3-6 bulan bergantung pada keadaan....
Pastu tak boleh terlalu terdedah dengan bende-bende elektronik, elektromagnet semua....
Fuhhhhh.... Banyak jugak pantang larang ni....

Pesakit yang buat ICD ni kan, ade 1 kad macam IC la.....
Kalau kate nak naik flight ke atau ape-ape bende yang kene mengena dengan elektronik ni contohnya bende yang cam sensor check badan kat airport tu kan, Abah kene tunjukkan  IC tu...
So diorang tak boleh buat scan tu kat badan pesakitlah.....
Sebab ICD ni sensitif dengan bende-bende gitu la...
Even henpon pun tak boleh letak dalam poket baju......

Selfie lepas kuar operation theatre pulak....
Tengah kebas katenye, kesan bius dah nak abis....

Tapi tak kisahlah...
Janji Abah AJ sihat sudahlah kan.....
If takde aral, esok lusa Abah dah boleh balik dah....
Sekarang ni dia ade kat wad biase....
Btw, thanks kat semua yang memdoakan operation abah thru blog, fb, whatsapp etc...
Alhamdulillah.... Segalanya dipermudahkan Allah swt.....

P/s : Bertambah-tambah lega hati....
Lepas ni nak hantar Mak pulak teman abah kat Spital.... =D


Baca Selanjutnya »

Abah Operation, Semoga Dipermudahkan...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Sekarang ni Abah AJ ade dalam bilik pembedahan untuk ICD tu....
Semoga segalanya dipermudahkan....

Abah sepatutnya admit semalam....
Tapi dah masuk wad, tetibe ade bende pulak yang tak settle...
Surat kelulusan dari pihak DBKL tak dapat lagi...
Abah AJ pesara kerajaan.... So kami pun baliklah....
Dan tarikh operation pulak mungkin akan ditunda......

Pagi tadi AJ pegi Jabatan Kesihatan DBKL tu, minta surat jaminan.....
Surat jaminan / kelulusan tu memang sangat penting sebab kos ICD tu berjumlah RM 57,000....
Kalau takde atau tak dapat kelulusan memang tak boleh nak buat....

Surat bernilai RM57k ni...

Lepas tu terus ke PPUM, submit surat tu....
Ingatkan doc nak reschedule ke tarikh lain, lepas check-check terus kene admit dan pembedahan akan dijalankan hari ni jugak.....
Alhamdulillah.... Lega hati AJ...
Yelah, dah 2 hari AJ turun naik nak settlekan pasal operation ni....
Ingatkan tak jadi operate, tu yang adik beradik AJ yang lain tak jadi amik cuti....
AJ pun kalau tak jadi, esok AJ akan cancel cuti jugak..... Cuma arini je la amik nak settlekan surat tadi tu je.....

Selfie dulu sebelum operate.... Pening doc tengok perangai memasing...
Abaikan muke dah serupa zombie AJ tu.... Huhuhuhu..

Now AJ dalam wad tengah tunggu Abah abis operation, dia dah bagi pesanan penaja suruh tunggu sampai dia abis operate.....
Tadi doc kate operation dalam sejam lebih je....
Semoga cepat sembuh Abah.... =D

P/s : Wifi free takde ke En. spital???
Hehehehhe....

Baca Selanjutnya »

Hanya kerana RM 1.....


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Arini AJ halfday.....
Abah kene masuk wad petang ni...
Tadi dari ofis AJ naik bas sampai Jalan Silang, pastu jalan sampai CM naik bas pulak sampai rumah....
Kebetulan pulak AJ naik bas yang dipandu oleh sorang pakcik ni.....
Pakcik memang kasar gile kalau cakap dengan penumpang.....
Last time AJ penah buat report pasal attitude dia.....
Bukan sekali tapi betkali-kali nampak dia herdik penumpang.....

Tadi kat 1 perhentian ni, naiklah sorang makhluk Allah memang dari negara India....
Dari pakaian dia, nampaknya dia pekerja pembersihan camtu....
AJ tak tau mane dia nak pegi... Tapi nampak dia bayar tambang RM 1....
Pakcik driver bas ni tak tau ape dia duk sok sek sok sek depan tu, tak jalan-jalan pulak....
Tetibe AJ dengar dia halau orang yang naik bas tu turun....
Berkali-kali dia suruh orang tu turun....
Dari butir bicara dia, AJ dengar macam dia minta orang tu bayar lagi RM 1....
Orang tu pun diam je.... Dia duduk seluk-seluk poket....
Lepas tu bile bas dah jalan, orang tu pun duduk....
Tetibe pakcik bas tu panggil dia balik...
"Ei.. Ane sini!" dengan nada kasar...
Terpinga-pinga dia bangun balik.....
Entah ape pakcik driver tu marah-marah dia.....
Dia diam je... Nasib dalam bas tu memang tak ramai orang...


Tetibe sorang pakcik ni panggil....
"Ane, mari sini.... Nak pegi mane?"
Orang tu pun tunjuk tiket.....
Pakcik tu terus bukak wallet hulurkan beberapa keping note warna biru.....
"Nah ambik ni... Pegi bayar lagi RM 1 tu.... Lain tu u simpan.."
Time tu sebaknya dalam hati AJ....
Mulia sungguh hati pakcik tu.....
Entah kenapa AJ sendiri macam tak amik pusing dari mula orang tu naik bas.....
Tapi bile pakcik tu hulur duit kat dia, terasa insaf dalam diri....
Semuanya hanya kerana RM 1...

P/s : Jangan terlalu bersikap tak ambil tau dan jangan terlalu bersikap menyibuk nak tau...


Baca Selanjutnya »

Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Abah merupakan salah seorang pesakit jantung sejak lebih 10 tahun yang lepas tak salah AJ....
Hari Rabu atau Khamis ni Abah AJ akan menjalani ICD di PPUM.... 
So AJ pun cari info serba sedikit mengenai proses ICD ni dan share dengan korang...
Penulisan AJ ni mungkin kurang bertepatan dengan terma-terma atau bahasa perubatan ni...
Apa yang AJ faham, AJ cuba kongsi dengan korang ye.....
Pape nanti hari Rabu atau Khamis AJ edit mana yang kurang tepat tu ye... =D


Apa itu ICD (Implantable Cardioverter Defibrilator) atau AICD (Automated ICD)?

ICD ialah sebuah alat sebesar pager yang diimplan di bawah kulit bagi memantau jantung untuk mengesan apa-apa denyutan luar biasa dan menyampaikan kejutan elektrik bagi mengembalikan denyutan jantung.
Menerusi ICD, pesakit boleh dielak daripada SCA atau mati secara mengejut.. 

Siapa Yang Memerlukan ICD?

ICD ini akan diberikan kepada pesakit yang pernah ada (serangan jantung) dan terselamat.
Ianya juga digunakan oleh mereka yang mempunyai masalah ventricular tachycardia (denyutan jantung cepat yang berbahaya) atau ventricular febrile (denyutan jantung cepat dan tidak teratur).

 Bagaiman ICD Dilakukan?

ICD tidak memerlukan pesakit membuat pembedahan besar.
Sebelum ICD dilakukan biasanya pesakit dibius dan kira-kira 2 inci panjang akan ditebuk di atas bahagian dada sebelah kiri.
Satu atau dua wayar nipis berpenebat akan dimasukkan melalui saluran vena ke jantung dan kemudiannya peranti akan disambungkan dan diprogra menguikut keperluan pesakit.
1 kantung akan dibuat di bawah lapisan kulit bagi menempatkan peranti dan kesan tebukan tadi akan dijahit..
Selepas itu doktor akan menguji peranti tersebut bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik...
Pesakit biasanya akan debenarkan pulang dalam masa 24-48 jam selepas proses ICD dijalankan....

Risiko ICD

ICD merupakan cara paling selamat dan efektif....
Hanya 1% bagi mereka yang melakukan ICD akan mengalami pendarahan pada tempat yang ditebuk, pneumotoraks (kebocoran udara dari paru-paru) , risiko infeksi jangka panjang dan malfungsi pada peranti... Pendek kata takde risiko sangatlah ICD ni....
So bagi mereka yang perlu menjalani ICD, tak perlu risau....
Sebab dah ramai yang jalani proses ini....

Itu sahaja yang dapat AJ kongsikan dengan korang......
Nanti AJ cuba betulkan dan tambah mana yang perlu lepas cakap lebih lanjut dengan doktor Abah nanti.....
Jangan lupa doakan kesihatan Abah AJ selalu ye korang....
Oh ya, kesihatan Mak AJ jugak tau... =D
 AJ pun mendoakan kesejahteraaan kalian semua...
Aminnn... =D

P/s : Mula-mula risau jugak...
Tapi bila baca pasal ICD ni tak bahaya dan efektif, lega sikit hati AJ....



Baca Selanjutnya »

Review : Rosken Skin Repair, Krim Untuk Kulit Kering Terbaik!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Masalah kulit kering, menggelupas memang dah sinonim dengan AJ....
Nak pulak kulit bahagian badan......
Kalau AJ pakai produk macam shower cream atau losyen yang tak sesuai dengan kulit memang tak lame lepas tu kulit AJ jadi ular nak bersalin kulit dan bersisik-sisik lebih lagi kat bahagian kaki AJ.....
Memang teruk gila kot....
Sampaikan kadang diri sendiri yang segan walaupun orang tak nampak.....

Macam-macam produk AJ dah cuba... Pendek kata, asal ade produk baru mesti AJ akan cuba....
Sampailah AJ terjumpa produk Rosken Skin Repair Cream ni.....
Memula memang AJ agak ragu jugaklah...... Yelah, produk tu memang agak mahal sikitlah.....
Kang buatnya tak sesuai, dah membazir pulak....
Lepas tu, AJ google sikit pasal produk ni... Ramai yang cakap memang bagus...
So AJ decide nak cuba yang kecik dulu....


Balik tu, terus AJ cuba dan amalkan sapu setiap kali lepas mandi ataupun bila-bila yang AJ rasa kulit kering...
Kesan dia memang sangat-sangat menakjubkan...
Dalam masa beberapa hari je AJ dah nampak kesan....
Kulit AJ yang menggelupas dan bersisik tu dah jadi semakin licin.....
Sekarang ni pegi mana-mana je AJ akan pastikan Rosken Skin Repair Cream ni ade je dalam beg AJ tau....

Gambar diambil selepas 3-4 hari menggunakan Rosken Skin Repair Cream

Rosken skin repair ade beberapa jenis antaranya :
Rosken Skin Repair Dry Skin Lotion untuk kulit normal sehingga kulit kering, 
Rosken Skin Repair Dry Skin Cream untuk kulit kering sehingga kulit yang terlalu kering (Ini yang AJ guna), 
Rosken Skin Repair Sensitive Skin Cream untuk kulit sensitif,
Rosken Skin Repair High Potency Vitamin E Cream,
Rosken Skin Repair Feet & Heel Balm untuk tumit kaki yang merekah dan banyak lagi....
Produk ni PH balanced so sesuai digunakan untuk badan, tangan dan juga muka!

So apa lagi, kalau korang nak cuba sendiri keberkesanan produk Rosken Skin Repair boleh ke farmasi atau pasaraya yang berhampiran....
Harga yang kecik 75ml macam AJ ni RM14.90, kalau botol besar pulak RM43.90 untuk 550ml kalau tak salah...

P/s : Berbaloi keluar duit untuk produk macam ni.... =D


Baca Selanjutnya »

Spontaneous Thursday : Holiday!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Secara spontan dalam kepala otak ni berlegar-legar 1 perkataan
H.O.L.I.D.A.Y!
Yes holiday!!!!!
I need holiday so badly lorrr..... 

Tak lama je lagi...... Sabar-sabar.....
Dah terasa dah ni angin-angin sepoi bahasa, bunyi ombak, bahang laut semua...
Jauh dari kesibukan kerja.... Jauh dari kesesakan lalulintas....
Jauh dari bende-bende yang menyesakkan.....
Pendek kata tempat yang AJ pegi nanti memang untuk totally relax lah...
Bukan destinasi shopping-shopping bagai.... =D
Dalam Malaysia je pun... Nak pi oversea, lain kali je la kalau ade rezeki lebih.....
Hehehheheheh....

P/s : Tik tok! Tik tok! =D

Baca Selanjutnya »

First Time Pakai Sari, Bollywood Sangat!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sabtu lepas 1 November 2014, AJ sempat menghadiri majlis tunang ofismate AJ....
Majlis dia kat Aum Siva Muneewarar Temple, Batu Caves....
Ini first time AJ hadiri majlis tunang penganut agama lain....
Sebelum-sebelum ni tengok dalam cerita hindustan je.....

I'm Rani Mukherjee WannaBe! =P

Memang meriah majlis diorang.....
Paling AJ suka pakaian tradisional diorang....
Haaaaa... Pengaruh Bollywood memang kuat kat AJ ni...
Dah kate kaki tengok hindustan kannn.......
Dari malam sebelum tu AJ duk plan nak pakai ape...
Actually, hati ni macam berat nak pakai sari....
AJ dah memang ade sepasang sari dari tahun 2009.... Tapi tak penah pakai lagi sebabnya dulu tak jadi pegi majlis kawan tu....
Tapi AJ tak suka sari tu... Sebab material dia keras, susah nak bentuk....
Yelah, mase tu first time kan beli sari.......
Ingatkan yang keras lagi senang bentuk... Rupanya AJ silap daaaaaa...
Lagi susah nak bentuk... So AJ plan nak buat baju kurung je sari tu nanti....

Hari jumaat tu, balik keje terus AJ pegi Brickfields...
Semangat waja nak beli sari baru....
Abis 1 Little India tu AJ tawaf..... Akhirnya kedai yang hujung dan last sekali AJ pegi, ade sepasang sari menarik minat AJ....
Nak pulak warne sari tu memang kene dengan sari blouse AJ sebelum ni pulak....
Bagi yang tak tau dari blouse tu baju yang pendek kite pakai kat dalam tu...
Tu pun AJ main agak je la warna dia... Nasib match.. =D

Siang sabtu tu pulak AJ carikan kurta untuk Mr.JR...
Dia ade sepasang kurta, tapi katenye cari-cari tak jumpe....
So dah AJ pun keluar, dia minta tolong belikan yang baru...
Pusing 1 Masjid India, kedai last sekali baru jumpe pulak kurta yang menarik hati.....


Malam majlis tu, AJ ngan Mr.JR memang Bollywood sangatlah cite dia....
Segan nak pakai sari in public ni sebenarnya....
Tapi nasib kawan AJ yang Indian tu sudi nak pakai sari...
Teman AJ katanya... so takdelah segan sangat....
Rasenya macam mate orang memandang je AJ pakai sari.....
Yelah, AJ pun belajar pakai sari dari Youtube je kot...
Manelah tau kot salah ikat ke kan....
So far kawan AJ cakap ok.... Kire luluslah tu kan!
So korang tengok macam mana???
OK ke KO??? Ade macam Rani Mukherjee tak??? =P
*Verangan!*

Meh la layan seketul pic lagi....

Congrats Govin dan Guna!

Ehem... Mr.JR, ade jodoh nanti kan majlis malam berinai kite tema Bollywood ye....
*Sambil kelip-kelip mata...* =P

P/s : Panjang pulak entri ni...
Nampak nau eksited! Hahahahhaha....

Baca Selanjutnya »

Alahai..... Salah Tren Lagi??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Arini memang AJ buat lawak lagi......
Boleh pulak untuk kesekian kalinya, AJ ulang Kejadian Hari Isnin....
Boleh pulak salah tren lagi sekali...
Dah kenapanya Cik AJ oiii???

Nak kate tak penah naik tren tu, tidak.....
Tapi entah ape la yang ade dalam kepala otak AJ ni tak tau lah...
Minggu ni dah 2 kali AJ salah tren....


Al-kisahnya, tadi AJ nak pegi Times Square...
Sepatutnya AJ beli token dan turun kat stesen Hang Tuah...
Tapi tadi AJ confident pegi beli token ke Pudu......
Sampai Pudu, turun tangga gi keluar dari stesen tu rase pelik je.....
Sebab tak nampak jalan ke arah monorail tu....
Lepas tepuk dahi la AJ.... Baru sedar yang AJ dah salah stesen......
Stesen yang patut AJ turun tu depan lagi......
Tak pasal, patah balik dan beli token baru....
Malunyaaaa... Rasenye staff kat stesen tu perasan kot AJ....
Hahahhahahahaha.....

Tu lah... Degil lagi..
Tadi Mr.JR suruh tunggu kat ofis je takmo....
Degil nak pegi jugak Times Square.... Penyudahnya.........
SALAH TREN LAGI!
Nasib bukan salah arah, cuma salah stesen je..... Huhuhuhuh...

AJ pun tak tau kenapa minggu ni AJ macam banyak berangan je.....
Mungkin dah agak lama kot tak naik kenderaan awam....

P/s : Lepas ni takmo naik tren dah...
Merajuk dengan kenderaan awam....
Ehhh????! =P



Baca Selanjutnya »

Alamak!!! Salah Tren Pulak!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Al-kisahnya Isnin lepas punya cerita la ni......
AJ ni jarang-jarang naik kenderaan awam sebenarnya.....
Nak pulak pegi balik keje, memang berhantar-berambil je la cite dia....
Pegi Abah AJ hantar, balik kakak AJ ambik.... Sejak seofis dengan Mr.JR, dialah yang hantar AJ balik...
Adelah sekali je balik sendiri..... =D
Hehehheheh.. Manja sangat nih!

Isnin lepas Mr.JR cuti.....
AJ pulak memang taknak menunggu kat ofis... "BOSAN!" katanya....
Lepas tu memang dah plan nak ke rumah kawan...
AJ pun decide nak pegi sendiri ke Batu Caves dan minta Mr.JR pick up kat situ je.....
Niatnya nak memudahkan dan mempercepatkan perjalanan.....

Dari ofis, AJ naik Star LRT sampai Bandaraya....
Dari Bandaraya, AJ transit pulak KTM ke Batu Caves...
Makanya, KTM pun sampai.... Baca papan kenyataan tu Batu Caves, sekilas pandang tren tu okay Batu Caves.. So AJ pun naiklah "coach wanita".....
Sampai Putra, biaselah... Lepas tu terperasan ade landasan ke arah lain....
Okay lagi terus sambung perhati gelagat manusia-manusia dalam tren.. (Ini memang habit AJ bila duduk dalam kenderaan awam)
Then sampai stesen Segambut.... AJ still tak notice sesuatu yang pelik....
Tetibe sampai stesen Kepong... Pap! Dalam hati terdetik... "Lepas Kepong, stesen Kepong Sentral.... Lepas tu mesti Sg Buluh..... Eh!!!"...
Terus mata AJ pandang stesen nye navigation tu.....
Sah! Memang AJ dah salah naik tren...
Menyumpah sekejap dengan diri sendiri....
Entah macam mana pulak seorang AJ boleh terbaca RAWANG tu adalah BATU CAVES.....
Haaaaa... Amik kaw! Berangan lebih lettew...
Terus AJ keluar kat stesen Kepong tu, tunggu tren patah balik....
AJ call Mr.JR dia boleh bantai gelakkan AJ pulak.... Hampagas kau en.BF! T_T
Penyudahnya, dia suruh AJ tunggu kat stesen Putra je, dia pick up kat situ.....


Moral of the story.... PADAN MUKA AJ!
Berangan lagi...... Hahahahahhahahhaha.....
Elok nak cepat terus jadi lagi lambat...
Sabarlah je la kan... =P

Esoknya tu, terus Mr.JR bagi pesanan penaja... "Tunggu je kat ofis!"
Alahai.. Baru plan nak tunggu kat Times Square.. Punah harapan.....
Kihkihkih......

P/s : Bukan first time naik KTM....
Entah macam mana Isnin lepas gen #Sengal AJ naik mendadak pulak... =P
 
Baca Selanjutnya »

Nota Terbuka Buat Seorang Yang Pernah Bergelar "KAWAN"


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Nota buat kamu......
Pertama dan terakhir dari aku.....

Kini, berakhir sudah segalanya...
Jalan kau, jalan aku takkan sama.....
Aku takkan lupa yang suatu ketika dulu, dalam hidup aku kau penah hadir sebagai kawan aku....

P/s: Aku tak kenal button "UNFRIEND" macam yang mudah kau tekan tu,
Aku cuma kenal button "BLOCK" je... Kalau taknak nampak, biar tak nampak terus kan...
Itu pilihan kau, aku hanya melaksanakan permintaan..... ;)


Baca Selanjutnya »

Henna Deepavali...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Esok mereka yang beragama Hindu akan menyambut Deepavali....
Kat sini AJ nak amik kesempatan mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada rakan-rakan dan juga sesiapa sahaja yang menyambutnya.....


So sempena Deepavali ni, AJ pun nak raya jugak..... Tapi raya versi lukis henna je....
AJ lukis sendiri je...
Conteng-conteng dan buat-buat pandai lukis je la cerita dia.....
Hehehheheheh.....
Nak pegi jalan-jalan malam raya Deepavali, takde sape nak bawak...
Mr.JR pulak keje 9 hari straight sebab ade staff yang cuti kan.....

Ok balik cerita henna...
Ade ke yang nak tengok hasil kerja conteng-conteng AJ ni??
Tengok pic kat bawah ni...


Amacam??? OK ke KO?...
Agak-agak boleh ke nak inai pengantin??
Kahkahkah....
Alamatnya jahanamlah tangan pengantin woiiii.... =P

P/s : Insyaallah ade rezeki nak join kelas melukis henna...
Manalah tau boleh dijadikan side income ke kan......
HAPPY DIWALI EVERYONE!


Baca Selanjutnya »

Takziah Buat Blogger Bachtiar Hidayah Sekeluarga



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

 Takziah AJ ucapkan buat blogger Bachtiar Hidayah sekeluarga atas musibah yang melanda mereka...
Difahamkan malam Sabtu lepas, lebih kurang 11.50 malam rumahnya telah hangus dijilat api....
Allahuakbar.... Besar sungguh dugaan yang melanda mereka...
Seluruh rumah dijilat api.... Tiada apa lagi yang tinggal......

AJ dapat tau berita ni melalui rakan-rakan blogger yang lain pagi semalam dan dari facebook beliau..
AJ doakan semoga keluarga kak Dayah diberikan ketabahan hati dalam menghadapi ujian dari Allah s.w.t..... 

 Sedikit butir-butir mengenai kebaran rumah beliau...


 

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan buat mereka sekeluarga bolehlah, bawah ni AJ sertakan nombor akaun kak Dayah dan nombor telefon untuk menghubungi beliau...
Jom sama-sama kita ringankan beban buat keluarga ini....
Fairuz Hidayah binti Tah
Maybank 1628 3415 5035

Tel: 0123203035 Hidayah
  
Facebook :  Bachtiar Hidayah

Semoga bantuan kecil kita dapat membantu keluarga ini.....

P/s : Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.....

Baca Selanjutnya »

Karatnya Air!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Sejak malam semalam air kat kawasan rumah AJ ni berkarat gile...
Keruhnya dah macam air dalam cerita dark water kot....
Pagi tadi nak pegi keje lagilah berkarat.....
Ngeri betul AJ... Semalam basuh baju, habis kene karat...
Sah kene cuci balik bile air dah jernih nanti......

AJ pun tak tau punca air jadi karat gitu...
Takde pulak dapat notis dari Syabas kate cuci kolah, selenggara ke ape kan...
Tapi tak taulah kot memang diorang cuci kolah....
Ataupun ade paip bocor kat memane.....

Kulit AJ pulak jenis yang sensitif sikit....
Nak mandi air karat tu punyalah bercinta....
Fikir nak berkumur dan cuci muka lagi dengan air tu....
Euwww... memang tak boleh nak hadam ko.....
Hehehehhehe...
Pegi keje pagi tadi, AJ dah bedal 2 botol air mineral buat berkumur, gosok gigi dengan cuci muke....
Lepas tu bersiram pulak AJ buat-buat tak nampak je....
Hakikatnya... Aduhai... Gatal badan wehh...
Tapi nak buat macam mane kan... Tak kan takmo mandi pulak gi keje??
Hahhahahhaaha..
So nak taknak pejamkan mate....
Gedebushhh!!! Siram je la labuuuu.....

Malam ni air masih lagi keruh... Tapi kuranglah sikit keruhnya compared dengan pagi tadi...
Harapnya esok air kembali jernih...
Tak sanggup AJ tengok air gitu...
Putus selera tau... Tak feel nak mandi... =P

P/s : Air oh Air!

Baca Selanjutnya »

Lidah itu Tajam...


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

"Lidah Itu ibarat sebuah mata pisau yang sangat tajam"
Memang tajam menikam sampai satu saat, orang tak sedar ada hati yang terluka dengan kata-kata kita...
Yup, hari ini AJ terluka dengan lidah yang tajam...
Bukan sekali, tapi dua...
Seronok sangat ye berbicara...
Hati orang sikit kau tak ambil kira....


Hari ini AJ terhiris dengan ketajaman lidah manusia....
Sakitnya buka kepalang...
AJ tak kisah bila ditanya "Bila nak kawen?"
Itu soalan biase yang diajukan bila diusia 28 tahun tapi masih "single not available".... :)
Tapi soalan yang diiringi dengan sesuatu yang peribadi memang AJ tak boleh terima pakai...!
Tak sangka ade jugak lagi radio dan internet bergerak kat kejiranan AJ ni....

Tak salah kalau bertanya... Tapi biarlah berpada-pada....
Sampaikan sesuatu yang bukan urusan manusia pun dipersoalkan...
Bila bf AJ nak convert, ajak pegi kelas la... Etc....
Hidayah tu milik Allah swt bukan urusan kita sebagai manusia....
Kalau kate jadi, jadilah ia...
Kalau tidak? Macam mana kita buat pun tetap takkan jadi......
Cuba kalau AJ tanye soalan "Makcik tau tak bila makcik nak mati??"
Yup, soalan kurang ajar mintak penampar name dia.... Boleh tak makcik tu jawab??
Mestilah tidakkan.... (Jangan risau, soalan mati tu AJ tak luahkan pun...)

Dan paling AJ tak boleh tahan bile dia senang-senang hati pulak cakap dia dah cakap dengan parents AJ "kalau dia dah suka, redha/terima je la..."
Menyirap darah wehhhh.....
Ingat parents AJ ni takde perasaan? Tak reti apa-apa ke..
Untuk pengetahuan, kedua ibubapa AJ tau dengan siapa AJ berkawan, apa agama yang dianuti sekarang.....
Yup, mak abah ade bertanya... Tapi tidak mendesak sebab mereka juga sedia maklum itu ketentuan Allah swt...
Tapi kenapa orang luar yang tiada setitis darah pun dengan keluarga AJ menyibuk!!!?

Buat Makcik T (bukan name sebenar), AJ terluka dengan kelancangan mulut makcik tu...
AJ harap makcik bertaubatlah...
Usia bukan makin muda, cukup-cukuplah pukul canang cerita anak orang dan sibuk urusan keluarga orang lain....
Makcik pun bukan takde sejarah yang anak makcik dah palit kat muka makcik kan?
Fikirlah sendiri ye...
AJ tak jawab pape siang tadi sebab AJ hormat dan fikirkan mak abah ade kat situ....
Time aku tengah hadap rezeki ko cari pasal...
Mak perasan muka AJ dah keruh, terus dia suruh naik lepas makan tu...
Inilah salah 1 sebab AJ tak suka hadiri kenduri kat kejiranan AJ ni....
Banyak yang menyakitkan hati dari yang mententeramkan jiwa.....

"Kalau kita tak tau nak buat atau cakap sesuatu yang menyenangkan, cubalah untuk berdiam atau berbicara sesuatu yang tidak menyakitkan....."

P/s : Keluar airmata sakit hati AJ!

Baca Selanjutnya »

Bila Kesibukan Melanda....

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Lamanya "kakak" AJ tak hadap blog ni.....
Sekarang ni busy nye mengalahkan pak PM nak bentang bajet kau....
Hehehheheh....
Ini pun intai kejap sementara lunch time dan tunggu kawan AJ tapaukan makanan....
Kesian awak bersawang-sawang ye en blog....

AJ banyak story nak cerita ni... Cerita makan, cerita jimba-jimba......
Aritu sempat gi karaoke jap.... Tempat dia not bad la...
Ade masa sikit AJ cerita ye....
Mesti ramai kaki karok kan kat sini..???
Sabaq naaa..... Nanti AJ bagitau ok... :)
Lepas tu AJ berkesempatan pegi makan-makan kat restoran si kecik molek Mila AF 5 tu...
Makanan dia pun sedap-sedap, harga berpatutan.....
Kire ini AJ bagi hint-hint je la dulu.....
Heehhehehe...
Okaylah , perut dah bernyanyi-nyanyi ni....
Nak makan dulu, sambung keje, balik karang AJ cite dengan korang...

P/s : Busy... Busy... Busy Bee....
Takpelah, itu punca rezeki.... =D
Alhamdulillah....

Baca Selanjutnya »

2 Oktober : Happy Birthday Amirah!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

2 Oktober setiap tahun ialah birthday anak buah AJ yang sulung tu....
Siapa birthday dia jatuh pada harini jugak?? Angkat tangan!
Tahun ni genap 8 tahun umurnya......

"Buat Amirah,
Maksu yang Mira cakap garang macam singa ni doakan Mira panjang umur, murah rezeki, jadi anak yang bijak, pelajar yang rajin dan cemerlang dan segala yang baik-baik belaka.....
Kejap je ek, dah besar anak buah Maksu ni.....
How time flies!"

Rajin pulak Maksu edit kan...
Hehehhehee...

Arini plannya macam nak gi sambut birthday dia....
Tapi tengoklah keadaan macam mana....
Kalau tak mungkin postponed on weekend ke kan.... :)
Maksu ni dah tak tau nak fikir dah nak gi makan kat mana..
Yelah everyone punya birthday Maksu kene fikir nak gi mana kan...
Hehehehehehhe...

P/s : AJ ni tulis entri ni macamlah anak buah AJ tu baca...
Dia pun tak tau AJ ade blog kot...
Korang layankan je la ek.... :p

Baca Selanjutnya »

Google Street View + Harga Minyak Naik = Tragedi Oktober


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

Semalam dan harini ade 2 perkara yang menarik perhatian AJ.....
Pertama : Google Street View
Kedua : Kenaikan Harga Minyak

Semalam lepas baca pasal google street view, sajalah AJ duk skodeng ape yang best....
Haaaaa... Hambek kau....
Clear view dia bagi bile cari kawasan tempat tinggal kita tu....
Ade yang dapat view depan pintu rumah lagi......
AJ rase macam tak secure pulak mende alah ni....
Yelah, senang-senang je kot orang nak tau rumah kita.....
Nak pulak yang duduk landed house kannn...
Kalau duduk flat macam AJ, takdelah dapat sampai depan pintu dia captured....
Takat kat luar blok je..... Tak taulah esok luse kot boleh pulak....

Zoom in sikit... Kihkihkih...

Yang paling epic sekali bila AJ duk skodeng blok AJ tu, boleh pulak nampak kelibat Abah dalam tu.... Tergelak-gelak AJ....
Kebetulannya pulak semalam Abah memang pakai baju yang sama masa visual tu diambil....
Chehhh... Memati AJ ingat google street view ni adalah live view....
Rupanya tidak.... Tipah tertipu bang! :P

Dannn.....

Sejak malam tadi dan arini pulak kecoh pasal harga minyak naik 20 sen seliter
Dushhhhh... Makanya mereka-mereka yang naik kenderaan yang minyaknya perlu diisi bertambahlah bebannya....
20 sen memang nampak remeh.... Itu seliter tau....
Isi minyak kurang-kurang pun beberapa liter.... Ko ghase???
Baru AJ plan nak beli kereta... Nampak gayanya postponed dulu la sampai AJ betul-betul stabil...
Kang keluar je kereta, minyak jarang-jarang pulak berisi....
Yelah gaji AJ takdelah mewah mana....
Setakat cukup makan pakai.... Itupun kekadang termiss jugak....
Ini baru betul-betul "Tragedi Oktober" nama dia.....

Ini baru betul : Ayuuuueeeeeeeeee..... 20 sen!
Hahahhahah....

Oh ya, 2 Oktober iaitu arini birthday anak buah sulung AJ yang ke-8...
Ape ek hadiah yang sesuai untuk budak 8 tahun selain barang permainan...?
Ingat nak belikan kasut, since anak buah AJ tu mewarisi sifat gila kasut AJ....
Tapi size dia AJ tak berapa pasti... Kang main agak kang, terkecik pulak.....

P/s : Entri sebelum tidur... =P

Baca Selanjutnya »

Laptop atau Komputer???



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Setelah sekian lama laptop AJ rosak, arini AJ terfikir....
"Nak beli laptop baru ataupun beli komputer (PC) je?"
Dah agak lama sebenarnya AJ update blog pakai gadget je....
Kepuasan dalam berblog tu macam tak berapa ade....
Lepas tu pulak kan, kalau nak edit apa-apa widget ke, banner ke, bloglist ke terhad sangat.....
Bukan tak boleh nak edit, boleh je.... Makan masa sikit la...
Kalau pakai laptop atau PC laju dan pantas je rasenya... Hehehheeh...

Laptop AJ yang rosak tu, ade je lagi....
Skrin dia macam blank, tapi lampu yang wifi ke ape ke kat tepi tu still blinking.....
AJ tak pasti ape penyakit sebenar dia sejak dikencing oleh kucing AJ tu.. Skrin ke, motherboard ke...
Kalau motherboard lebih baik beli lain kata orang kan......
  Haaaaa..... Mampu kucing kau jadikan laptop sebagai tandas dia.....?
Sakit jiwa tuan kau dibuatnya kucing oiiii... Hahahahahahha......

Tapi nak buat pilihan ni la yang macam dilema sikit...
Laptop ke PC????


Dalam kepala otak AJ nak beli PC letak kat rumah je.....
Senang AJ nak simpan, upload, download segala gambar, dokumen ke ape tanpa hang dan penuhkan storage gadget AJ kan.....
Tapi dalam masa sama terfikir jugak la, PC tu tak portable.....



Kalau laptop pulak memang portable....
Tapi AJ tak pakai broadband yang boleh dibawa kehulu kehilir.....
Nak labur untuk broadband, i've to think first... Itu menambah komitmen sedia ada AJ lagi....
Unless kalau AJ boleh pastikan every month ade income dari sini yang bolehlah backup.... (Long way to go la cite dia...)
Dan AJ pun dah ade Ipad, so kalau nak update on the go tu takde masalah sangat....
Guna khidmat data je la...

So pada pendapat korang la kan...
Kalau korang sendiri la kat tempat AJ, mana 1 yang korang akan pilih...
Laptop atau Komputer (PC)?

P/s : Tengah survey-survey nih....
Harga dan internal laptop/PC tu....
Brand tak kisah pun.... As long dia ok....



Baca Selanjutnya »

Harapnya Awak Selamat.....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA   

Balik keje petang tadi hujan memang lebat.....
AJ benti tepi jalan nak pakai baju hujan....
Turun je motor nampak sekor kucing dalam lingkungan 5-6 bulan kat tepi highway tu....
AJ panggil, dia datang dengan terkedek-kedek......
Comel dan manja..... Bile AJ usap-usap, pegang dia elok je dia mengiau.....

Time tu, dalam kepala duk fikir.....
Mane datangnya kucing kat highway....
Situ mane ade kawasan kediaman..... Memang jalanraya semata......
Kesian tengok dia....
AJ dah terfikir cara nak bawak dia keluar dari situ....
Plannye nak kendong dia dalam baju hujan AJ tu....
Masukkan dia, bukak zip sikit untuk dia bernafas kan.... Kalau zip abis, takut dia tak bernafas....
Kalau zip sikit je, takut dia melompat pulak.....

Tetiba.......... Lalu sebuah lori, brek mencicit kat tepi jalan tu...
Terus kucing tu lari menyorok entah kemana....
AJ tak sempat nak kejar or ikut... :(
Ralatnya rasa....... AJ dah niat nak selamatkan dia...
Tapi nampaknya, tak dapat... Dia pun dah lari......
Now, AJ hanya mampu berdoa kucing tu jaga diri dan pandai cari tempat berlindung je la.....


Bila bende melibatkan haiwan ni, hati AJ mudah sangatlah tersentuh...
Even tengok rancangan TV pun, if haiwan dalam tu mati AJ boleh menangis...
Contohnya cerita king kong..... Ending dia mase king kong jatuh dari menara tu pun dah teresak-esak nangis.... Huhuhuhuhu.....

P/s : Awak yang comel dan manja tadi, saya harap awak baik-baik je....
Jangan melintas jalan besar tau... Kereta banyak......
Maaf ye, saya dah cuba nak selamatkan awak.....
Tapi mase lori tu brek, awak lari.... Maaf ye awak...... :(

Baca Selanjutnya »