Berfesyen!!! Bukan "Mangsa Fesyen"




ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Cuba korang tengok sekeliling korang....
Apa yang korang nampak???
Mestilah kawan-kawan dan orang sekeliling kita kan....
Cuba tengok pakaian mereka pulak...
Macam mana????
Haaaaaaaa... Pasti ada yang menarik, kurang menarik dan juga pelik-pelik.....
Inilah yang dinamakan FESYEN....

Sekarang ni macam-macam fesyen yang ada kan....
Cakap je nak gaya macam mana dan macam siapa...
Bersepah-sepah dalam pasaran... =D
Tak salah nak berfesyen... Tapi mestilah kena dengan tempat dan keadaan...
Jangan main redah je kawan...
Silap-silap haribulan, pakaian yang cantik dan fashionable pun boleh nampak janggal...

Sedikit tips supaya tak menjadi "Mangsa Fesyen"

1. Berpakaianlah mengikut kesesuaian majlis.
Jangan pulak pegi Majlis bertemakan Traditional tapi pakaian kita terlampau Moden sangat pulak.....
Tak ke nampak sangat lainnya tu......
Walau macam mana cantik pun pakaian yang digayakan, tetap menampakkan kita seperti mangsa fesyen....

2. Pakai bersesuaian dengan bentuk tubuh kita.
Bukannya suruh pakai yang "fit" gila sampai nampak susuk tubuh tu.....
Tapi biarlah kena dengan tubuh badan..
Ini tak, badannya kecik tapi baju yang dipakai besar ya amat...
Dah nampak macam baju pinjam pula....
Macam tu jugak sebaliknya bagi mereka yag bertubuh besar...

3. Memilih pakaian yang tepat dan sesuai dengan warna kulit.
Bagi mereka yang berkulit agak cerah, masalah warna bukanlah isu yang besar buat mereka....
Untung ada kulit yang gebu kan..... =D
Tapi bagi mereka yang berkulit gelap tu, pandai-pandailah bermain dengan warna...
Tersalah pilih warna, nampak macam baju bergerak pula nanti....

4. Pilih aksessori yang kena dengan pakaian.
Dalam berfesyen, tidak lengkap sekiranya tidak dipadankan dengan aksessori kan?
Contohnya rantai, cincin dan sebagainya...
Pastikan anda memilih aksessori yang sesuai dengan pakaian yang dipakai....
Dan jangan pula berlebihan kalau tak nak nampak macam "Pokok Krismas"

Ini saja lah kot tips yang dapat saya kongsi......
Selamat BERFESYEN.... Jangan sampai jadi MANGSA FESYEN..... =P


P/s : Kadang apa yang CANTIK pada mata kita,
tak semestinya nampak CANTIK kalau tak kena dengan kita.... =D

5 ulasan

  1. berfesyen x salah..asalkan tutup aurat right ? :)

    BalasPadam
  2. betul2. sokong sangat2 entry ni. hehehe.

    From,

    Nasz

    MOHD NASER.COM

    BalasPadam
  3. realiti hari ini perempuan ramai btudung kerana fesyen :(

    BalasPadam
  4. kadang kadang mai takut gak jadi mangsa fesyen . tp kadang2 mai redah je pkai asalkan pakaian tu buat mai rasa yakin :)

    BalasPadam
  5. sy nie kurang keyakinan bab fesyen . tp suke org berfesyen !

    BalasPadam