Pengertian Puasa



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Saya nak share sedikit info mengenai Pengertian Puasa...

Pengertian Puasa
 Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta dengan niat puasa.

"Maksudnya, bukan puasa makan dan minum...
Mata kita, mulut, perbuatan dan pertuturan kita semua kena kawal dan kena jaga......
Nanti silap-silap, free-free je kena berbuka puasa sebelum waktunya.... =D"


Dalil Wajib Puasa 
Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut;

Al-Quran : Maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan keatas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah mudahan kamu bertakwa"

Hadis : Maksudnya, daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda "Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al Quran dan Hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpuasa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)


Syarat Wajib Puasa
Ada 4 perkara iaitu;
-Islam 
-Baligh
-Berakal
-Berkemampuan

Syarat Sah Puasa 
Ada 6 perkara iaitu;
-Islam
-Berakal
-Suci dari nifas dan haid
-Masuk waktu puasa

Berniat pada setiap malam 
Mengikut mazhab Imam Malik, memadai dengan sekali niat iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan
Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Ingat tak niat puasa???
Ini Dia


Rukun Puasa 
Ada 3 iaitu;
-Orang yang Berpuasa
-Niat
-Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa

Hikmah Puasa 
-Puasa mempunyai pelbagai hikmah, antaranya;
-Menandakan kesyukuran kepada Allah
-Melatih diri dengan sifat2 mahmudah (terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya)
-Melatih sikap tolong menolong di antara satu sama lain
-Meningkatkan kesihatan diri
-Mendapat 2 kegembiraan iaitu ketika berbuka (hari raya) dan ketika berjumpa dengan Tuhannya pada hari Kiamat
-Menjauhkan diri dari sifat2 mazmumah (keji seperti tamak, sombong, hasad dengki dan sebagainya)

Ini sajalah yang dapat saya kongsikan dengan korang...
Kalau ada lagi atau apa-apa yang tertinggal, tolong share dengan saya....

P/s : Semoga Ibadah Puasa Di Bulan Ramadhan Kita Mendapat Keberkatan Allah S.w.t...


Tiada ulasan