20 Tahun Highland Tower Menyembah Bumi


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Arini 11 Disember 2013, genap 20 tahun Highland Tower menyembah bumi....
Highland Tower yang terletak di Taman Hillview, Ulu Klang Selangor ini mengorbankan 48 nyawa apabila 1 daripada 3 blok nya tumbang ada tahun 1993....


Kejadian ini merupakan kejadian runtuhan bangunan yang pertama di Malaysia dan terburuk pada masa itu...
Runtuhan ini dikatakan berlaku akibat hujan yang berterusan menyebabkan tanah runtuh selain sistem saliran yang tidak sempurna...
Bermula dari pergerakan tanah yang menghentam tembok tempat letak kereta, tanah runtuh yang berlumpur itu juga telah meruntuhkan blok 1 pangsapuri mewah Highland Tower pada pukul 1.35 petang....
Mangsa yang terkorban terdiri daripada rakyat Malaysia serta 12 orang warganegara asing...

Usaha menyelamat dijalankan dengan bantuan dari pasukan penyelamat dari negara luar seperti Singapura, Perancis, Jepun, United Kingdom dan United States...
Dalam kejadian tersebut, hanya 2 orang mangsa disahkan terselamat iaitu seorang bayi perempuan berusia 18 bulan dan pengasuhnya....
Rakyat Jepun yang ditemui masih hidup ketika itu pula, disahkan meninggal dunia di hospital pada pukul 12 tengah malam.....
Manakala penghuni blok 2 dan 3 diarahkan berpindah serta merta...

Semasa kejadian runtuhan Highland Tower

Kini 20 tahun sudah berlalu, Highland Tower yang dahulunya cukup gah hanya tinggal sejarah dan ditumbuhi semak samun.....

Kalau nak tau lebih lanjut mengenai tragedi ni, korang search je history channel Highland Tower..
Nanti ade 1 dokumentari penuh dan pengalaman penghuni blok lain....
Dah berkali-kali AJ tengok tau...

P/s : Sampai sekarang orang masih ingat Tragedi Highland Tower ye....


18 ulasan

  1. 20 tahun dah berlalu.. smpai skng org ingat lagi.. highland tower kini antara tmpt paling seram kat malaysia.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Deqla.....
      Maybe ramau yang masih ingat sebab bangunan pertama yang runtuh kat Malaysia ataupun pasal kisah2 seram yang diwar-warkan....

      Padam
  2. Lama betul kan..ngeri..sampai sekarang masih ada kesan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe kak.... Memang dah lame sangat...
      AJ masa kejadian ni, darjah 2...

      Padam
  3. sekejap je dah 20 tahun kan...teringat pasal cerita highland tower dulu..setiap masa berita pasal nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kisah Highland Tower ni paling dapat perhatian ramai pihak....

      Padam
  4. masa kejadian baru 4 thn..xtau apa lg..tp selalu dgr pasal kejadian mlg ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau 4tahun maybe susah sikit la nak recall kot....
      Tapi kisah ni meluas kan? Sampai sekarang disebut2...
      Yang belum lahir masa tu pun mesti tau kisah nye....

      Padam
  5. masa kejadian ni akak tinggal di Keramat.. dari balcony apartment akak boleh nampak jelas masa runtuhan ni.. subhanaAllah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mesti riuh rendah kan kak suasana kat area2 sane masa tu.....

      Padam
  6. Al-Fatihah untuk semua mangsa yang terkorban..

    BalasPadam
  7. DIAM TAK DIAM DAH PUN 20 TAHUN ERK.. SEMOGA IANYA MENJADI IKTIBAR KEPADA PEMAJU-PEMAJU YANG INGIN MEMBUAT PEMBANGUNAN DI LERENG BUKIT..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, tapi sekarang ni memang ramai suka beli property dekat lereng bukit....
      Dah macam trend pulak..
      Rumah mewah atas bukit ni kan....

      Padam
  8. time tu kita kecik lagikan..tp mmg dapat ingatla bila berita2 duk heboh pasal ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, kecik lagi..
      Tapi still boleh recall la.... =D

      Padam
  9. Kite darjah 3.. masa tu mmg heboh sgt.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pertama kali runtuh kat Malaysia kan....
      Memang heboh..

      Padam