Kejohanan Sukan Paintball Dibatalkan??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Pagi ni AJ terbaca berita yang Kejohanan Paintball yang sepatutnya berlangsung di Dataran Pahlawan, Melaka dibatalkan kerana dikatakan menyalahi Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960.....

Seriously, masa baca berita tu AJ terkedu sekejap.....
Sukan Paintball ni dah lama bertapak kat Malaysia ni.....
AJ sendiri pun dari tahun 2006 dah berkecimpung dalam industri sukan Paintball ni sebagai operation crew dan pemain....
Walaupun dah 4 tahun tak join mana-mana tournament, AJ still ikut perkembangan dunia sukan Paintball ni...
Yelah, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pulak tempat bermain.....
Dunia paintball dan AJ ni dah sebati.....
Paintball penah jadi sumber rezeki utama AJ kot.....

Tapi berita pagi ni buat AJ rase agak marah jugaklah......
Ini bukan kali pertama paintball ni dibuat kat Dataran Pahlawan.....
Dah bertahun-tahun pun....
Lepas tu kenapa dibatalkan bile barang dah transit, padang dah setup semua?
Kalau tak bagi buat kejohanan tu, bagitau je la awal-awal kan?
Lagipun nak anjurkan kejohanan tu confirmlah dah ikut prosedur semua kan?
Kesian kot..... Duit, tenaga nak buat keje tu semua sia-sia je.....
AJ faham macam mane perasaan penganjur dan peserta kejohanan......
Dahlah datang dari seluruh pelusuk negeri, tetibe bila dah sampai, dah ready nak bertarung kejohanan dibatalkan.......
Memang frust lah... Malahan lagi frust daripada kalah mase bertanding......

Mungkin ade salah faham yang berlaku menyebabkan kejohanan ini perlu dibatalkan.....
Apapun tunggu hasil perbincangan persatuan dengan pihak berwajib dulu....
AJ harap Sukan Paintball di Malaysia ni masih boleh diselamatkan.....
Paintball adalah sukan, jangan bunuh sukan paintball di Malaysia.......
Kepada rakan-rakan dari persatuan paintball, AJ doakan kejayaan kalian dalam menyelamatkan industri sukan Paintball kita.....

Sumber : Harian Metro Online

Antara kenangan AJ dalam dunia sukan paintball....


Sedar tak sedar 9 tahun dah AJ di dalam dan mengikuti perkembangan industri sukan paintball ni...

P/s : Kalau orang nak buat jenayah, pakai ape pun jadikan....
#JusySaying
Selamatkan Industri Sukan Paintball Malaysia....

5 ulasan

  1. Hebat mung joing tournameng

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mane ade hebatlah Al-Kisah....
      Biase2 je......
      Hehehehehe.....

      Padam
  2. moga semuanya selesai cara baik..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insyaallah...... Semuanya akan baik2 belaka......
      Harapnye ape saje isunya, dapat kate sepakat dari pihak berwajib den persatuan paintball..... =D

      Padam
  3. cian kat krew yg dah buat persiapan ...

    BalasPadam