Rileks Santai | Jentayu Spa & Salon, Taman Bukit Teratai Ampang


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA  

Ahad lepas, AJ dijemput oleh Team HaiBlogger! ke sesi Rileks Time Blogger di Jentayu Spa & Salon yang terletak di Taman Bukit Teratai, Ampang.....
Terima kasih AJ ucapkan atas kesudian jemput AJ....
Terima kasih juga kepada Puan Esma Azura, pemilik Jentayu Spa & Salon dan Kak Leny yang membuatkan kami menjejakkan kaki ke sana...

Cik Puan Tanah excited ke Spa!


Spa??? Siapa yang tak suka pegi spa kan??
Nak pulak  kite yang perempuan ni, mesti suka nak cantik-cantik kan....
Macam tu jugak AJ, sesekali mesti pegi spa....
Tapi..... Harga yang ditawarkan sesebuah spa tu selalunya mahal....
Kadang-kadang pakej basic je dah lebih dari RM200.....!!!
Memang kurang berkemampuanlah kan bagi sesetengah orang.... =(

Bagi mereka yang mencari kelainan, AJ sarankan korang berkunjung ke JENTAYU SPA & SALON....
Spa yang terletak di pinggir ibukota ni menjanjikan suasana yang tradisional dan damai....
Pelbagai perkhidmatan yang disediakan seperti sauna, mandi bunga, lulur, urutan tradisional serta pelbagai pakej lengkap dari hujunh rambut sehingga ke hujung kaki.....
Khidmat salon juga disediakan seperti menggunting rambut, cuci rambut dan juga rawatan kesihatan rambut.....


Di Jentayu Spa & Salon, korang akan dilayan bak puteri....
Haaaaaa.... Bukan senang tau, nak memanjakan diri bak puteri ni... =D

Selain itu, Jentayu Spa & Salon menyediakan pakej buat bakal pengantin dan juga mereka yang telah berkahwin... 
Kalau nak feeling-feeling honeymoon, pakej bulan madu memang sesuai sangat dan rawatan dibuat dalam bilik yang penuh privasi....


Menurut Puan Esma Azura, pemilik Jentayu Spa & Salon keselesaan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik merupakan sesuatu yang dititik beratkan...
Selain itu, Puan Esma mahukan semua golongan dapat merasai dan mampu ke spa untuk merehatkan dan memanjakan diri selepas seharian penat bekerja....
Harga yang ditawarkan pula sangat berpatutan dari serendah RM38 hingga ke RM299 mengikut kemampuan dan perkhidmatan yang pelanggan inginkan....


Kalau korang nak rasa sendiri bagaimana di belai bak puteri, jangan malu dan segan untuk mengunjungi Jentayu Spa & Salon!
AJ pasti korang pasti berpuas hati denga layanan 5 bintang dari Jentayu Spa & Salon... =D

Untuk keterangan lanjut hubungi :

Puan Esma Azura : +6018 2125978
Puan Manja : +6019 3353585

 Facebook : Jentayu Spa & Salon

Atau kunjungi :

JENTAYU SPA & SALON
80A, Jalan Teratai 1/2, Taman Bukit Teratai,
Ampang, Kuala Lumpur.

Terima kasih sekali lagi kepada Puan Esma Azura atas kesudian menjemput dan menerima kunjungan kami ke Jentayu Spa & Salon...
Tak sabar nak berspa lagi... Yeayyyyy!!!!!

Semasa kunjungan kami, Puan Esma dan staff bawak kami ronda sekitar spa...
Lepas tu ade demonstrasi urutan kaki dan juga cabutan bertuah....
Dan Alhamdulillah, AJ juga salah seorang yang bertuah dari 3 cabutan tu.. =D

Jom layan beberapa keping gambar yang sempat AJ snap sepanjang disana.... =D

Bersama pemilik spa Puan Esma Azura dan pengurus spa Cik Esrina Syahira...

Kak Leny Adam....

Penerangan mengenai Jentayu Spa & Salon dari Puan Esma Azura...

Produk kecantikan yang digunakan dan dijual di Jentayu Spa...

Antara blogger yang hadir.... HaiBlogger! =D

Doorgift dan hadiah cabutan bertuah.....
Ehem, ade voucher special tau untuk kami yang hadir.....

AJ dapat extra 3 treatment sebab cabutan bertuah tu....
Yelah, kami kene pilih rawatan yang kami nak.....
Tup-tup dapat pulak.... =D

P/s : Nak book appointment untuk esoklah! =D

7 ulasan

  1. Nice... lucky... Miera tak dapat pergi pasal ada hal keluarga lain... ruginyer... huhuhu

    BalasPadam
  2. wahhhh dekat giler dgn rumah ni!

    BalasPadam
  3. best kan sesekali g Spa...Sally pun rasa macam nak repeat g spa lagi..time ada duit :P

    BalasPadam
  4. Hye Ayu.
    Jemput Follow blog Buya.
    Hihihi


    http://theanwarsfamily.blogspot.com

    BalasPadam
  5. wah..best ni kalau nak manja2 kan diri..:)

    BalasPadam
  6. Nak cari spa di sekitar Malaysia, boleh pergi ke : https://www.lookp.com/malaysia/wellness-centre

    Terdapat banyak pilihan dan yang paling penting, menyeluruh sekitar Malaysia. Sabah dan Sarawak pun ada. Cuma kongsi informasi kepada yang memerlukan.

    BalasPadam