KL Wangan : Bikin Gempak

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ berpeluang menonton filem KL Wangan : Bikin Gempak aritu dengan beberapa orang geng #kelabbloggerbenashaari. cerita ni pasal lumba kereta ala-ala FF. Cerita arahan Pekin Ibrahim ni berdurasi 90 minit ni merupakan filem arahan kedua beliau selepas Mat Moto. Menampilkan barisan pelakon seperti Pekin Ibrahim sendiri, Faizal Hussein, Kazuto Soon, Emily Lim, Jasmine Suraya, Kodi Rasheed, Kamarool Haji Yusof dan Donny Alamsyah.



Sinopsis KL Wangan : Bikin Gempak

Mengisahkan Hong dan Yudi yang ada sejarah yang panjang dalam perlumbaan drag. Mereka bermula dari bawah hinggalah mendapat kepercayaan memandu kereta berkuasa besar. Selepas sekian lama tidak menyertai sebarang perlumbaan berikutan sibuk dengan perniagaan masing masing, mereka bertemu di jalan raya. Ketika berlumba, Hong mengalami kemalangan. Hong cuba mencari pemilik kereta yang menyebabkan dia kemalangan tanpa menyedari kereta itu sebenarnya milik Yudi. Bermulalah pelbagai agenda dan pergelutan yang akhirnya menemukan mereka dengan Ejay. Siapakah Ejay? Apakah kaitan Ejay dengan Hong dan Yudi?


Pada AJ, Pekin ada idea dalam membuat filem berunsurkan aksi kereta ni, tapi apa yang buatkan AJ kurang faham mengenai cerita ni adalah terdapat beberapa watak yang tidak dikembangkan dan membuat penonton tertanya-tanya sampai ke akhir cerita. Contohnya siapakah bapa kepada Ejay yang disebut-sebut dalam cerita. Selepas tu terdapat watak yang kurang difokuskan seperti watak yag digalas oleh bintang kelahiran Indonesia Donny Alansyah dan kaitannya dengan bapa Ejay tadi.



Tapi dari segi sinematografi masih boleh diterima dan masih nampak logiknya kecuali masa kereta meletup di awal-awal tayangan. Kalau nak dibandingkan dengan filem luar Negara, memang tak sama la kan. But not bad. Tahniah kepada Pekin dan team. Bila tengok filem ni, barulah AJ tau sikit-sikit pasal enjin kereta semua kan. Hihihihi.

AJ nak ulas panjang lebar pun, AJ bukanlah orang industri. Tapi apa yang AJ boleh katakan mungkin Pekin boleh tumpukan pada 1 jalan cerita untuk filem aksi seterusnya. KL Wangan ni nampak macam 1 filem yang mempunyai banyak jalan cerita yang tak jelas. Nak kata AJ faham sangat mengenai cerita ni, tak jugak tapi takdelah tak faham langsung.

KL Wangan : Bikin Gempak telah ditayangkan pada 21 Disember 2017 lalu. So kalau korang nak tonton filem ni, jangan harapkan sesuatu yang terlalu gempak seperti filem Hollywood. Tapi tak salah pun untuk ditonton sebagai tanda sokongan kepada industri perfileman kita. AJ harap Pekin Ibrahim tak serik untuk membuat filem-filem lain lagi. Buat filem bukan murah, modalnya berjuta-juta pulak. Sayang kalau hasilnya tak seperti juta-juta.

Semoga segala komen dan kecaman yang diterima dari pelbagai pihak dapat diambil sebagai satu semangat lain buat Pekin pada masa hadapan. Kudos buat mereka yang menjayakan filem KL Wangan : Bikin Gempak ini.  Lagi 1 OST filem ni nyanyian Altimet best!



P/s : Nak tunggu Ayat-Ayat Cinta 2! Weeehuuu!


11 ulasan

  1. KL wangan ni macam best tapi tak tahu ramai tak minat. nak try jugak tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab ceritanya tak fokus pada 1 plot... Mungkin sebab tu la... Tapi kalau untuk tontonan ringan, takde masalah la...

      Padam
  2. Balasan
    1. Kalau kita jenis yang tak letak harapan tinggi ok je... Boleh tengok...

      Padam
  3. Huda minat cerita lumba-lumba ni, tapi suami pulak tak minat. tak dapat la nk tengok kat wayang.

    BalasPadam
  4. Mesti best ni...'Azroy' abang Gila-gila Remaja berlakon. Suka lakonan Faizal Hussein

    BalasPadam
  5. Dah 2 tahun xpat tgk wayang ahaha

    BalasPadam
  6. Satu usaha yang bagus dengan mempelbagaikan filem tempatan. Tahniah Pekin Ibrahim. Semoga dapat menghasilkan lebih banyak lagi filem-filem tempatan yang berkualiti dan setaraf dengan filem-filem antarabangsa

    BalasPadam
  7. hmm.. moga Pekin dpt idea lebih hebat.

    BalasPadam
  8. Pelakon pon okay okayy, ada pekin. Nanti boleh try tgoklaa.

    BalasPadam