Hello Osaka!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Alhamdulillah, malam tadi AJ dan geng #KelabBloggerBenAshaari, Abang Ben, Shehan dan Afiq selamat sampai kat bumi Osaka. Dari KL kami berlepas pukul 2.15 petang. Terima kasih J-Horizons Travel yang bawak kami kesini. Kalau tak, tak tau bila AJ dapat peluang sampai Jepun ni.



Sebenarnya plan Kembara Kbba9 ke Jepun ni dah lama dah. Rasanya dari tahun lepas dah start plan dengan pihak J-Horizons. Yelah, bukan mudah nak buat kembara ni. Nak pulak ianya melibatkan beberapa pihak. Antara yang utama semestinya Cosmoderm, salah 1 pelopor produk halal kat Malaysia.

Kembara Kbba9 ke Jepun ni tujuannya untuk mengetengahkan dan mewar-warkan antara hotel dan tempat yang mementingkan isu halal di negara luar Malaysia. Bukan senang tau! Kalau kite pentingkan halal dalam produk penjagaan harian, makan apatah lagi kan?

Tapi tempat-tempat tu semua AJ akan sambung cerita pada entri seterusnya laaaa. Nak tau kat mana boleh intai dulu update Instagram dan Facebook AJ. Nanti baru story lagi panjang. Hehehee..

So sebelum tu jom AJ cerita pengalaman nak kesana dari KL dulu.

Pagi sebelum tu, ada tragedi sikit tau. Masa nak check in flight, baru AJ perasan Afiq tak bagi nama penuh untuk tiket tu. Alhamdulillah la lepas tanya kawan-kawan, masalah selesai. Nanfi AJ cerita macam mana tu.



Masa sampai Airport Kansai, kitorang memang tak plan amik pass mana-mana pun sebab nak try naik tren. Memula terkial-kial jugak sebab kat sini banyak sangat line. Ada Nankai, Kintetsu, JR. Last-last AJ google baru tau mana nak tuju. Tapi mudah je sebenarnya, as long korang tau mana nak tuju. Insyaallah tak sesat!



Dalam 12.40 malam, kami sampai kat tempat penginapan pertama iaitu Sheraton Miyako Hotel Osaka. Lepas letak beg semua, kitorang turun cari makan. Lapar wehhhh! Dalam flight tak puas makan. Hahahahaha. Nasib Family Mart berlambak-lambak kat sini. So turun bawah makan.


Bile perut dah kenyang, barulah boleh tidur. So nanti AJ cerita lagi apa aktiviti kitorang okay. Tungguuuu....

P/s : Banyak tempat best nak melawat!


4 ulasan