Kembara KBBA9 Jepun bersama J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Siapa yang follow rapat AJ dekat laman sosial FB dan IG mesti tau yang AJ baru lepas balik dari Kembara KBBA9 Jepun kan? Sume ni takkan jadi realiti tanpa J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd tau.



Mengenai J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd

Mula bertapak di Malaysia pada tahun 1970, pengalaman mereka dalam bidang agensi pelancongan ni tak perlu dipertikaikan. Team J-Horizons memang pakar mengenai Jepun, sebut je ceruk mana nak pegi kat sana, Insyaallah boleh diuruskan. Tapi kalau nak ke destinasi lain selain Jepun pun ada.

So team Kembara KBBA9 berbesar hati bila kami diberi peluang menjelajah Jepun. Misi kami kesana, bukan suka-suka je tapi misi kami kali ni berkonsepkan Muslim tour, dimana kami mencari tempat yang menyediakan makanan yang halal.



Yelah, pegi negara luar terutamanya negara bukan Islam agak sukar nak dapatkan makanan halal kan? Kembara kami ni telah dibincangkan hampir setahun tau. Bukan mudah nak dapatkan kepercayaan penaja, Alhamdulillah hasil usaha Ben Ashaari, team KBBA9 segalanya dipermudahkan...

Hasil perbincangan J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd dan KBBA9, kami sepakat untuk menjelajah sendiri bumi Jepun dengan itirenary lengkap beserta penginapan dan transportation yang disediakan oleh pihak agensi. Cuak jugak, yelah 3 daripada kami baru pertama kali kot ke Jepun. Nak jalan sendiri tanpa ada pihak agensi bersama dengan kita, mencabar jugak kan.

Tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dengan adanya guidelines yang diberikan oleh pihak J-Horizons Travel (M) Sdn Bhd. 4 November 2018, AJ dan rakan KBBA9 lain dah pun berada di bumi Jepun.



So kalau korang nak merancang percutian boleh cari J-Horizons. Plan perjalanan dan bajet perjalanan tu pun korang boleh bincang dengan pihak agensi. Mereka memang pakar bab-bab menguruskan trip. Dan paling penting, agensi yang boleh dipercayai dan telus. Zaman sekarang kita kene pilih betul-betul agensi pelancongan yang okay dan jujur. Silap pilih melayang beribu-ribu tau!

Nak tau maklumat lanjut mengenai J-Horizons Travel (M) Sdn bhd dan pakej-pakej pelancongan yang disediakan boleh tengok info dibawah :

J-Horizons Travel (M) Sdn.Bhd.

Website : j-horizons.com.my


Alamat : Lot L4-C, Level 4, The Weld, No.76, Jalan Raja Chulan, 50200, Kuala Lumpur, Malaysia

Tel : +60 (03) 2161 0922

Emel : tour@j-horizons.com.my


P/s : Nak tau jelajah kami? Tunggu entri seterusnya...

5 ulasan

  1. bestlah tengok trip ni.. Memudahkan betul bagi yang tak tahu selok belok travel ni. Harap satu masa dapat juga travel bersama anak2

    BalasPadam
  2. Itinerari mmg pentingbila nak melancong atau bercuti.. baru lah ada hala tuju bila dah sampai destinasi😊

    BalasPadam
  3. Nanti kalau nak ke luar negara bolehlah cuba pakej J-Horizons ni.

    BalasPadam
  4. Syoknya dapat jenjalan di negara doraemon😀

    BalasPadam