Eat.Travel.Write 8 | Malam Gala Tema Tradisional di Terra Pong, Hulu Langat

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Untuk pertama kalinya Malam Gala Eat.Travel.Write 8 ada tema iaitu Tradisional. Yang tak boleh blahnya AJ memang tak tau ada tema, nasib baiklah Mr.JR tak keje. Makanya dia la kena belikan baju. Hahahaha. Kali ni, makan malam memang istimewa sebabnya dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu YAB Dato’ Menteri Besar Selangor; YAB Tuan Amirudin B Shaari dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Kebudayaan, Peradaban Melayu dan Warisan YB Datuk Abdul Rashid Asari di Restoran Terra Pong yang terletak di Batu 21, Hulu Langat.



Restoran ini dimiliki oleh Mantan Datuk Bandar KL, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail memang bertepatan dengan tema makan malam gala ni sebab restoran ni dibuat daripada kayu dan nampak sangat klasik. Masa majlis ni juga kami diiringi persembahan Caklempong dan tarian Inang, membuatkan suasananya macam berada di zaman Melayu Asli. Gituuh!



Kalau korang nak tau, ini penyertaan pertama AJ dengan program Eat.Travel.Write 8 anjuran Gaya Travel dan Unit Pembangunan Ekonomi Negeri Selangor (UPEN). Sebelum ni penah la dapat jemputan, tapi AJ tak dapat ikut serta sebab masa tu kan keje. So masa makan malam ni, selain menikmati hidangan makanan yang best-best, AJ amik peluang untuk berkenalan dengan peserta lain jugak, Ada yang AJ penah jumpa dan ada juga yang AJ jumpa buat  pertama kali.




Masa malam tu banyak yang dikongsikan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, pihak UPEN dan Gaya Travel. Ada juga sesi nyanyian daripada tetamu yang hadir tau, meriah sungguh malam gala Eat.Travel.Write 8 ni. Selain dari perkongsian, ada hadiah untuk pakaian terbaik lelaki dan wanita. Tak sangka AJ menang sebabnya baju pun beli last minute sangat! Apapun terima kasih yang AFUNDI AJ ye! Hahahahahahaha.


Sebelum majlis makan malam berakhir, ada joget lambak! Time ni keluar tarian masing-masing. memang seronok! Balik je resort terus tidur, esoknya ada lagi tempat untuk kami kunjungi. Nak tau kat mana, tunggu entri AJ yang seterusnya okay!

Alamat Restoran Terra Pong : Lot 679, Pekan Batu 18, 43100 Hulu Langat, Selangor
No. Tel : 03-9021 3399

P/s : Banyak nak cerita ni! Hehehehhe.

Tiada ulasan