Kedai Cermin Mata Viral, Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Siapa yang follow AJ kat facebook, mesti perasan pasal kes mata AJ tercucuk lalang masa pegi hiking beberapa minggu lepas. Sejak pada kes tu, mata AJ jadi cepat blur, berair dan jadi pening kepala bila pandang atau tengok sesuatu lama-lama. So AJ amik keputusan untuk ke kedai cermin mata viral, Eye Pro Vision kat Sungei Wang Plaza.



Ini merupakan kali kedua AJ pegi Eye Pro Vision ni. Sebelum ni AJ duk temankan Mr. JR buat cermin mata dia, sekarang ni turn AJ pulak nak kene pakai cermin mata. Hehehehehhe. Kalau dah 2 kali pegi kedai yang sama, maksudnya servis dan kualiti cermin mata dia mesti bagus. AJ ni kalau kata servis KO, memang takdelah nak repeat. Korang pun kalau pegi kedai yang servis tak memuaskan hati dan barangan pun tak berapa, mesti tak jejak kaki dah kan?

Kalau nak ke sini, AJ sarankan korang pegi weekdays. Kalau pegi weekend memang ramai orang. Tapi yang bagusnya, walaupun orang ramai, staff kat sini sangat friendly dan professional melayan setiap pelanggan yang datang. Sementara nak tunggu tu, korang boleh la pilih mana-mana bingkai yang berkenan dek pandangan mata dan yang berkenan kat hati tu!

Dari segi pilihan cermin mata, AJ rasa tak jadi masalah. Sebab kat sini memang banyak jenis dan semuanya ikut trend. Nak bingkai warna warni, nak size besar, kecik semuanya ada. Kalau korang tak tau nak pilih mana yang sesuai pun tak perlu risau. Staff kat Eye Pro Vision sedia membantu. Kejap je diorang boleh tau mana yang sesuai dengan bentuk muka korang.



Masa kat situ, William yang tolong AJ pilih kan cermin mata. Yelah, AJ ni tak penah pakai cermin mata so tak berapa pasti mana yang sesuai dengan bentuk muka. Kalau cermin mata nak jalan-jalan Pavilion, AJ tau la. Sebesar muka pun takde masalah! Hahahahhaha. Nasib baik ada William, kalau tak sampai keesokkan hari pun AJ tak abis try lagi cermin mata.

Lepas dah pilih mana berkenan, William check mata AJ dulu, nak tengok tahap rabun dan silau. Macam AJ power dia tak tinggi sangat pun, tapi memang AJ kene pakai spek. "Hai la lalang, nape la mata aku yang kau cucuk? Huhuhuhuhu"



Serius nau muka AJ oi! Padahal check mata je. Dia punya nervous lain macam! Hahahahhaha. Yelah, pestime kan nak buat cermin mata sendiri. Selalu duk teman orang je.


Lens Alpha Blue 420


Lens Alpha Blue 420 ni memang AJ sarankan korang amik. Menurut William, lens ni jenis anti-silau berbanding lens multi-coat biasa. Lens ni pun tahan lasak dan tak mudah bercalar. Lagi 1 kalau terkena kotoran ke, lens Alpha Blue 420 ni mudah dibersihkan. Masa kat situ William siap tunjuk demo lagi perbezaan antara Alpha Blue 420 dan multi-coat biasa. So korang boleh nilai sendiri lens macam mana yang korang nak.




Harga?

Dari segi harga pulak, bagi AJ memang berbaloi. Cermin mata yang AJ buat hanya RM125 sahaja! Harga bingkai RM65 dan AJ tambah lagi RM60 untuk lean Alpha Blue 420. Perlu ke amik lens Alpha Blue 420 tu? Pada AJ memang perlu, selain harga yang murah, lens dia pun bagus. AJ berani cakap sebab Mr. JR pun tambah untuk lens ni aritu. Berbaloi tau! Dia dah takde complain silau masa memandu dah!

Berapa lama SIAP?

Dalam masa 1 jam je, cermin mata korang dah siap! Sementara tunggu tu, pegilah makan dan shopping dulu. Hihihihi.

So kalau korang nak buat cermin mata, boleh la ke Kedai Cermin Mata Viral, Eye Pro Vision di Sungei Wang Plaza. Dah 2 kali pegi, servis tak mengecewakan. William masih lagi terangkan kebaikan cermin mata dan lens walaupun AJ penah dengar sebelum ni. Lagi 1 kan, dia tak kedekut bagi tips nak jaga cermin mata dan jaga mata. Tu yang best! AJ suka pegi kalau staff mesra dan professional macam ni. Tanya apa-apa pun, okay je diorang jawab.

Terima kasih William dan staff Eye Pro Vision. Servis terbaik wa baq ang!



Kat bawah ni, AJ sertakan alamat kedai. Jangan salah kedai tau. Kat Sungei Wang tu banyak yang tulis kedai viral. Pastikan korang ke alamat ni :

Lot G 111, Ground Floor, sungei Wang Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Kalau dah sampai sana tak jumpa kedai dan perlukan bantuan, boleh telefon William sendiri di talian : 016-377 1304.





Sape ingat kes tercucuk lalang masa hiking aritu? Start pada tu, bile tengok fon or tengok ape² lelame vision jadi blur... So kakak pegi ke @eyeprovision_g111 kat Level G111 Sungei Wang Plaza untuk buat cermin mata.. Kedai ni memang viral! Kat sini harganya murah dan staff diorang very helpful & proffesional.. Diorang akan bagi suggestion cermin mata mane yang sesuai dengan bentuk muka... Paling best, penerangan mengenai lens apa yang terbaik pun very details! . Kakak amik lens Alpha Blue 420, lens ni anti-silau dan tahan lasak.. Sesuai untuk seorang Ayue tang tahan lasak tu! Servis pun cepat, korang boleh dapat cermin mata korang dalam masa 1 jam je! . So sape nak buat cermin mata, kakak memang recommend kedai ni... Oh ya, kedai ni memang ramai tapi kakak sure korang tak menyesal kalau tunggu pun... . Terima kasih William Chai yang tolong suggest & bagi penerangan pasal cermin mata semua, puas hati buat cermin mata kat sini... . #kbba9 #eyevisionpro #g111 #sungeiwangplaza #kedaicerminmataviral . Background song : Senorita
A post shared by ayuejean (@ayuejean) on

Mesti nak tengok kan macam mana imej AJ bercermin mata kan? Comel tak? Hehehehehhehe.




Ingat cermin mata, ingat Eye Pro Vision!


email signature

1 ulasan

  1. Akak pun puashati buat spek kat sini. Nanti nak buat rayban lak!

    BalasPadam