Kekal Cantik dengan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Kekal Cantik dengan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen - Perempuan ni bila sebut cantik sape yang tak suka kan? Tipulah kalau ada yang kata dia tak nak cantik. Tapi cantik ni subjektif, bagi kakak semua ada kecantikan masing-masing. Dan cantik pun tak semestinya kena luaran je, dalaman pun mesti nak cantik juga barulah seimbang.


Bila dah pertengahan 30-an ni kakak memang lebih concern mengenai kulit. Yelah, usia makin meningkatkan, badan dan kulit kita pun mesti ikut sama. Masa ni, keanjalan kulit pun dah mulai berkurangan dan nampak makin kertu! Lepas tu dah nak raya ni, walaupun KL kena PKP kenalah tampil cantik jugak. Takkan nak sememeh je di pagi raya. Jadi, untuk mengekalkan kecantikan kakak cuba BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen.

Apa itu BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen

BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen ataupun BEAU C+ Collagen merupakan salah satu produk keluaran DEMI HEALTHCARE. Produk ini mendapat pensijilan HALAL, mendapat pengiktirafan GMP dan memperolehi pensijilan MeSTI. Produk ni dijamin selamat untuk korang consume. Kakak ni kalau takde semua ni, mesti was-was nak amik dan share dengan korang tau!


Bahan Utama BEAU C+ Collagen

Diformulasikan dengan bahan semulajadi terutamanya Delima dan Madu yang dipercayai baik untuk kecantikan dari zaman tok nenek kita dulu. Selain tu, ianya mengandungi ekstrak Vitamin C yang kaya dengan pelbagai kebaikan. Antara bahan lain yang terdapat dalam BEAU C+ Collagen ialah Air RO, Xylo-oligosakarida, Fruktosa, Kolagen dari ikan, Ekstrak Kulat Putih, Ekstrak Torula Yis, Astaxanthin dan Sukralosa. Mengandungi perisa dan bahan pengawet yang dibenarkan serta mengandungi pemekat dan pengawal asid sebagai kondisioner makanan.


Kelebihan BEAU C+ Collagen

Kita ni orang perempuan bila nak cantik mesti nak amik tau kelebihan dia kan? Haaa, selain mencantikkan kulit,banyak lagi kelebihan lain yang terdapat dalam BEAU C+ Collagen, antaranya :
  • Mengandungi Vitamin K dan Vitamin B
  • Mengandungi Vitamin C yang tinggi
  • Mengekalkan Awet Muda
  • Memulihkan Kulit Kering
  • Melambatkan Proses Penuaan
  • Melindungi Kesihatan

Cara pengambilan BEAU C+ Collagen

Dalam sekotak BEAU C+ Collagen ni ada 15 sachet, cara pengambilan produk pun mudah sangat. Korang tak payah nak bancuh-bancuh macam sesetengah produk tau, amik 1 sachet (20ml) koyakkan dan terus minum. Dan korang cuma perlu amik sekali je sehari seeloknya waktu pagi. Senang kan? Bulan puasa ni, kakak amik pada waktu sahur je.


Kakak suka jenis yang sachet gini sebab senang nak bawak kemana-mana. Kalau kata masa sahur lupa nak amik dan petang tu nak berbuka kat luar, korang bawak je dalam beg.

Dari segi rasa pulak, memang sedap! Ada masam-masam manis gitu. Cecair dia pulak tak terlalu likat, kalau minum tu tak rasa melekat kat tekak. So far kakak memang suka. Kakak ni pulak memang agak memilih, kalau tak kena ngan tekak memang tak amik la, nak pulak kalau dia ade rasa macam ubat tu. Lagilah payah tekak nak terima! Hahahahahaha.


Kesan pengambilan BEAU C+ Collagen

Lepas beberapa hari mengamalkan BEAU C+ Collagen, kakak rasa kulit jadi lebih anjal. Lepas tu pulak, kulit nampak lebih glowing dan tak kusam. Kulit kakak ni pulak jenis kering tau, bila minum ni boleh rasa kulit dah makin berkelembapan. Paling best, bila kuar tak mekap pun rasa lebih yakin. Sumpah seronok!

Lagi 1 kan, kalau korang amik apa-apa produk atau suplimen, pastikan korang banyakkan minum air masak untuk kesan yang lebih baik! Kalau korang masih ragu, banyak je lagi testimoni dari mereka yang dah amalkan BEAU C+ Collagen. Boleh tengok kat bawah ni.



Macam mana nak dapatkan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen?

Pembelian boleh dibuat melalui : https://linktr.ee/demihealthcare_.

Untuk maklumat lanjut mengenai DEMI HEALTHCARE dan produk-produk lain boleh layari :

Instagram: demihealthcare_
Facebook: Hero Idaman Malaya


P/s : Cepat dapatkan BEAU C+ Mix Pomegranate & Collagen korang sekarang!

email signature

Tiada ulasan