LuLu Super Friday | Tawaran Hebat dan Menarik, Jom Serbu!

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

LuLu Super Friday | Tawaran Hebat dan Menarik, Jom Serbu! - Kalau nak beli grocceries atau barang-barang keperluan lain, kakak memang selalu pegi LuLu Hypermarket. Kat sini macam-macam ada dari barangan dapur, keperluan harian, barangan elektrik dan pakaian.

Bermula 23 November sehingga 5 Disember 2021 ni korang kena serbu LuLu Hypermarket cepat-cepat sebab ada jualan LuLu Super Friday menawarkan pelbagai TAWARAN HEBAT SEHINGGA 70% untuk pelbagai barangan terpilih. Yup, 70% okay!

Bila dengar je pasal #LuLuSuperFriday, terus kakak pegi LuLu Hypermarket KL yang terletak berdekatan Menara Capsquare tu. Mujur dekat je dengan rumah, risau kalau pegi lambat-lambat nanti stok barang yang kakak nak takde pulak.

Benda pertama yang kakak cari kat LuLu, barangan elektrik dan elektronik. Kat sini terdapat pelbagai jenama yang boleh korang pilih. Lepas tu pulak, ada diskaun sehingga 70%. Kalau korang nak beli barang rumah, ni la masanya! Sekarang kan ramai dah mula buat majlis perkahwinan, nak cari hadiah kawen kengkawan pegi je LuLu. Oven, kipas angin, vacuum cleaner, air fryer, mesin pengisar dan sebagainya banyak offer tau!

Kalau nak cari gadjet pun boleh datang sini, pelbagai telefon pintar dan laptop berjenama ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Kakak ada plan nak beli telefon baru untuk Abah, tengok price range dia memang dalam bajet kakak. Lepas tu barangan dia memang berkualiti, powerbank yang kakak beli dulu pun masih berfungsi dengan baik sampai sekarang.


Selain dari barangan elektrik dan elektronik, LuLu Super Friday menawarkan diskaun untuk barangan lain juga. Kalau korang ada plan nak travel boleh cari luggage kat sini, pelbagai size ada. Macam yang kakak pegang tu, harga asalnya RM569, lepas diskaun 70% jadi RM170.70 je. Memang berbaloi dan jimat sangat!

Mentang-mentang ada LuLu Super Friday, kakak round semua seksyen yang ada, masuk kat area household pun jadi rambang mata. Perkakasan dapur yang ditawarkan pun murah gila, set cawan 12 unit ni pun jadi serendah RM9.99 je. Memang kakak beli terus, tak payah nak fikir 2 kali. Kalau fikir memang habislah cerita dia.


Kalau korang ke bahagian fesyen, kasut, beg tangan wanita, sari dan churidar pula, korang boleh dapatkan POTONGAN HARGA SEPARUH. Buat pembelian RM100 dan dapatkan kembali shopping voucher bernilai RM50. Kiranya korang dapat bayaran balik separuh je dari harga yang korang beli.

Kalau sape kenal kakak, memang sedia maklum kakak suka sangat benda-benda yang ada elemen Bollywood. Terus kakak tengok kain sari. Kain sari ni kalau nak beli, boleh tahan juga harganya. Nak pulak kalau detailing dia tu banyak, boleh cecah sehingga RM500 keatas. Dah alang-alang ada LuLu Super Friday ni, bolehlah kakak grab sehelai 2 dengan harga berpatutan. Cantik betul kain sari yang warna merah ni tau!

Seterusnya kakak pusing kat bahagian LuLu Grocer. Ni memang all time favourite section kakak! Buah-buahan, sayur-sayuran dan barangan basah kat sini dijamin segar. Lepas tu harga pun murah. Ada pulak jualan LuLu Super Friday, ada certain products jadi lagi super duper murah. Korang tengok sendiri, beras basmathi Sunflower ni dari RM70 jadi RM35 je!

Kalau korang nak tau, LuLu sangat menyokong Kempen Beli Barangan Malaysia bagi menyokong sektor IKS dengan memberikan potongan menarik ke atas Barangan Buatan Malaysia. Siapa lagi nak sokong produk buatan sendiri kalau bukan kita kan?

Tak sempat nak ke LuLu Hypermarket? Jangan sedih-sedih okay, korang boleh berbelanja secara online di luluhypermarket.com. Korang cuma perlu berbelanja RM100 keatas dan boleh dapatkan khidmat PENGHANTARAN PERCUMA! Berbaloi ke tidak?

Apa tunggu lagi? Jom serbu LuLu Hypermarket sekarang! Kalau baca je tapi tak pegi, rugi tau. Weekend ni kakak nak repeat balik, aritu pegi naik motor dapat shopping 1 bag je. Hujung minggu ni kakak nak datang naik kereta pulak. Hehehee.


1 ulasan