MySejiran | Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman Bersama Alphacomp Solution Sdn Bhd

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

MySejiran | Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman Bersama Alphacomp Solution Sdn Bhd - Baru-baru ni kakak berkesempatan menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman antara Alphacomp Solution Sdn Bhd (ASSB) dengan Persatuan Peniaga dan Penjaja Kawasan Lembah Klang untuk memperkenalkan satu sistem iaitu MySejiran yang dicipta khas bagi menggabungkan semua industri untuk mendorong usahawan atau peniaga untuk meluaskan perniagaan.

Sekarang ni semua berada di hujung jari, nak order makan atau lain-lain perkhidmatan pun kita prefer untuk cari dalam mana-mana apps kan? Tapi selalunya apps yang digunakan akan mengenakan caj yang tinggi kepada para peniaga. Jadi Alphacomp Solution Sdn Bhd, telah memperkenalkan satu apps yang dinamakan MySejiran bagi membantu golongan B40 melebarkan sayap perniagaan. Tak kira sekecil mana pun bisnes anda.

Apakah tujuan dan kelebihan MySejiran kepada peniaga dan pengguna?

Tujuan MySejiran macam yang kakak dah cerita tadi, adalah untuk membantu para peniaga untuk meluaskan perniagaan secara lebih sistematik dan teratur. Zaman Covid ni, kita memang sangat-sangat menggalakkan contactless transaction.

Kelebihan MySejiran untuk peniaga :

Patuh S.O.P - MySejiran memperkenalkan Q-sistem dimana pelanggan tidak perlu berbaris ataupun bersesak di mana-mana kedai, restoran atau butik. Korang cuma perlu menggunakan apps untuk mengambil penggiliran dan hanya datang apabila giliran sampai. Senang kan? Tak payah beratur menunggu, sampai je turn korang, dah boleh masuk dine-in dan sebagainya.

Menjimatkan Tenaga Kerja dan Masa - MySejiran akan memperkenalkan smart menu dengan hanya menggunakan QR Code. Pelanggan cuma perlu membuat pesanan secara dalam talian. Kalau korang perasan, dah ada kedai mamak yang gunakan sistem order dalam talian. So sangat mudah dan takkan ada order yang missed. Selalu kalau order pakai mulut ni, kadang korang order lain, dia hantar lain. Hahaha. Lepas tu pulak, tak payah kejap-kejap nak panggil ane tu untuk tambah order.

Geran Kerajaan - Pihak pengurusan akan membantu para peniaga untuk mendapatkan Geran daripada badan-badan kerajaan dengan menggunakan database perniagaan peniaga (merchant) bagi memperluaskan perniagaan mereka.

Tiada sebarang CAJ TAMBAHAN! : MySejiran tidak mengenakan caj tambahan. Kesemua caj yang dikenakan oleh peniaga akan terus masuk ke akaun peniaga.

Kelebihan MySejiran untuk pengguna :

E-Voucher - Setiap kali korang menggunakan MySejiran, baucer akan diberikan secara berterusan melalui kaedah B2B (Belian atas belian / Purchase with purchase)

Pengguna bebas membuat pilihan terus untuk Dine In, Take Away or Delivery. Korang cuma perlu pilih didalam apps MySejiran sahaja.

Antara Persatuan Peniaga yang turut sama Majlis Menandatangani Memorandum Sefahaman ini ialah :

  • Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman
  • Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Sg. Besi Kuala Lumpur
  • Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil PPR Seri Alam Kuala Lumpur
  • Persatuan Penduduk PPR Seri Alam Fasa 2
  • Pesatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan - kawasan Cochrane
  • Persatuan Usahawan Wanita Bumiputera Cawangan Wilayah Persekutuan

Kini, seramai 10,000 peniaga berdaftar dengan MySejiran dan dianggarkan lebih 2.5 juta para usahawan B40 seluruh Malaysia akan turut serta dalam inisiatif MySejiran ini. Dengan adanya suntikan dana sebanyak 5 juta daripada Eutopis Equity Sdn Bhd, MySejiran akan memperluaskan lagi sistem ini ke tahap yang lebih tinggi sekaligus menjadikan sistem MySejiran lebih dikenali ramai.

Syarat Menyertai MySejiran

  • Terbuka kepada semua jenis perniagaan sama ada restoran, butik pakaian, bengkel kereta / motor dan apa sahaja jenis perkhidmatan perniagaan tak kira kecil ataupun besar.
  • Perniagaan mestilah berdaftar dengan SSM atau Majlis Perbandaran (PBT)
  • Yuran tahunan serendah RM600 bagi tujuan promosi, penyelengaraan dan lain-lain.

Untuk mendaftar layari : www.mysejiran.my

Manakala bagi korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai MySejiran boleh layari : www.mysejiran.com untuk melihat sendiri bagaimana sistem ini berfungsi. Ini adalah contoh sistem sahaja, sistem penuh MySejiran akan diperkenalkan pada hari pelancaran kelak.

Para peniaga rebut peluang dengan menyertai MySejiran sekarang, inilah masanya untuk para peniaga B40 melebarkan perniagaan dengan adanya platform perniagaan yang diperkenalkan oleh MySejiran.

Tahniah ASSB dan sistem MySejiran!

Info Alphacomp Solution Sdn Bhd

Alphacomp Solution Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran dalam bidang Teknologi Maklumat (IT) dan sistem perisian dan perkakasan (software and hardware).

1 ulasan