ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
AEON MALL Bersedia untuk “Active Beat 3.0” Menampilkan Lagenda Manchester United, Edwin van der Sar | Mana dia peminat pasukan bolasepak Manchester United? GGMU! Mesti korang tak asing lagi dengan nama goal keeper Edwin van der Sar yang kini berusia 54 tahun ni. Korang tau tak, korang berpeluang untuk bertemu lagenda bolasepak ni bersempena AEON MALL “Active Beat 3.0”?
Yup betul! AEON MALL dengan bangganya mengumumkan kembalinya acara yang dinanti-nantikan iaitu “Active Beat 3.0”, yang akan memeriahkan pengunjung dan peminat bola sepak dari 15 Julai hingga 31 Ogos 2025. Acara tahun ini menampilkan sesi eksklusif “Meet & Greet” bersama lagenda penjaga gol Manchester United, Edwin van der Sar.
Macam mana untuk menyertai sesi eksklusif “Meet & Greet” ni?
**Tertakluk kepada terma dan syarat. Slot adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat, dia dapat.
Jom ke sesi “Meet & Greet” bersama Edwin van der Sar!
Sesi “Meet & Greet” bersama Edwin van der Sar akan diadakan di beberapa lokasi AEON MALL seluruh Malaysia:
1 Ogos 2025 (Jumaat):
• 2:00 PM – AEON MALL Bukit Mertajam
• 6:30 PM – AEON MALL Ipoh Station 18
2 Ogos 2025 (Sabtu):
• 2:00 PM – AEON MALL Bukit Tinggi
• 5:30 PM – AEON Taman Maluri Shopping Centre
3 Ogos 2025 (Ahad):
• 12:00 PM – AEON MALL Tebrau City
• 6:00 PM – AEON MALL Nilai
Sempena “Active Beat 3.0”, AEON MALL dengan kerjasama Al-Ikhsan Sports juga melancarkan peraduan menarik “Beli dan Menang” dan berpeluang memenangi sebahagian daripada hadiah bernilai RM10,000.00, termasuk 41 barangan eksklusif Al-Ikhsan yang ditandatangani oleh Edwin van der Sar.
Cara penyertaan :
• Berbelanja minimum RM100 di Al-Ikhsan Sports dalam satu resit.
• Hantar butiran dengan mengimbas kod QR, isi borang dan muat naik resit pembelian.
Dan korang berpeluang untuk menjadi salah seorang pemenang bertuah!
AEON MALL juga sangat berbangga dapat bekerjasama dengan Maybank, Al-Ikhsan Sports, OPPO, Focus Point, Nando’s, Tim Hortons, Toy World, LokalTeez dan Inner Casual (IC) untuk “Active Beat 3.0”.
So tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada “Active Beat 3.0” dan bertemu dengan lagenda bola sepak Edwin van der Sar! Kakak kena pegi ni, lama dah tak sarung jersi MU. 😂
Tiada ulasan