ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Buffet Ramadan 2026 | Klana Beach Resort, Port Dickson | Tahun ini, Bufet Ramadan Klana Beach Resort Port Dickson menampilkan tema Senja Seri Warisan yang penuh dengan juadah klasik dan semestinya Kibas Golek!
Kalau korang masih mencari pakej bufet Ramadan 2026 di Port Dickson yang benar-benar mengekalkan rasa tradisi dan tepi pantai, Klana Beach Resort Port Dickson la jawapannya!
Tema Senja Seri Warisan ni diinspirasikan daripada keindahan waktu senja serta resipi turun-temurun yang sering menjadi pelengkap meja berbuka puasa rakyat Malaysia.
Kibas Golek Jadi Tarikan Utama Bufet Ramadan 2026
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Kibas Golek kembali menjadi menu signature yang paling dinanti-nantikan. Tak lengkap la kalau berbuka di Klana Beach Resort Port Dickson tanpa Kibas Golek. Yang ni kakak memang tak boleh tak makan! Hidangan ini cukup terkenal dalam kalangan pengunjung dan sering dianggap sebagai antara Kibas Golek terbaik di Port Dickson.
Hidangan Klasik Berbuka Puasa di Klana Beach Resort Port Dickson.
Selain kibas golek, tetamu turut disajikan dengan pelbagai lagi hidangan klasik yang pasti membuka selera, antaranya :
Gulai Kawah Batang Pisang
Sup Kibas yang kaya rasa dan rempah
Tidak ketinggalan menu Warisan Tanah Beradat Negeri Sembilan yang mengetengahkan masakan tradisi Negeri Sembilan seperti :
Rendang Minang Ayam Tua & Maman
Sambal Daun Kayu Tempoyak
Rendang Kepayo (Rendang Betik)
Masak Lemak Kuning Cendawan Hitam dan Ikan Bilis
Turut melengkapkan juadah berbuka puasa kali ini ialah 4 menu putaran harian seperti Rendang Tok, Daging Kerutup, Ayam Opor dan Ayam Ungkep yang menjadikan setiap kunjungan terasa berbeza.
Pelbagai Stall Live dan Pencuci Mulut Tradisional
Seperti biasa, bufet Ramadan ini juga menawarkan pelbagai stall masakan secara langsung yang sentiasa menjadi kegemaran pengunjung dengan pelbagai juadah yang menyelerakan antaranya :
Roti Jala Serawa
Pulut Mangga
Somtam
Popia Basah
Keropok Lekor Picit
Untuk pencuci mulut, pilihan klasik seperti Nekbat, Puding Diraja dan Butir Nangka pasti menggamit kenangan berbuka puasa zaman dulu.
Kids Stall Khas Untuk Anak-anak
Bagi keluarga yang membawa anak kecil, Kids Stall khas disediakan dengan menu ringkas dan digemari kanak-kanak seperti Makaroni Bakar, Nugget Ayam dan pelbagai jajan. Menu ni sangat sesuai untuk anak-anak untuk berbuka puasa bersama keluarga. Yelah, macam yang kita tau, menu-menu Negeri Sembilan ni podeh-podeh! So bila ada kids stall, takde la risau anak-anak kepedasan.
Banyak lagi menu menarik yang boleh korang nikmati kat sini tau, nak tau kenalah berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson!
Kesemua menu ini disediakan oleh pasukan dapur Klana Beach Resort yang diketuai oleh Chef Sarimah, dengan penekanan kepada rasa asli dan kualiti bahan.
Harga Bufet Ramadan 2026 Klana Beach Resort Port Dickson
RM70 (Dewasa)
RM38 (Kanak-kanak, Warga Emas (60+) dan OKU)
Bermula dari 21 Februari 2026 hingga 18 Mac 2026 / 3 - 28 Ramadan 1447H.
PROMOSI Early Bird RM60 (Pembelian sebelum Ramadan)
Untuk tempahan :
06-648 7888
016-661 9030 (Puan Amalina)
016-661 9050 (Encik Misraini)
016-661 6089 (Puan Ayu)
Pakej Penginapan dan Seminar Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson
Bagi korang yang berhajat nak staycation Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson, mereka ada menawarkan pakej menarik untuk korang tau! Harga yang ditawarkan pastinya berbaloi lengkap dengan penginapan, berbuka puasa dan sahur.
Pakej seminar pun ada untuk mana-mana syarikat yang nak buat seminar masa bulan Ramadan nanti.
Kakak dah 4 kali menginap kat sini tau, memang best sangat. Bilik yang selesa sesuai untuk kakak 4 sekeluarga. Dah ada anak-anak ni memang kakak lebih prefer untuk menginap. Lepas berbuka boleh terus berehat dalam bilik, anak-anak pun tak penat sangat.
Klana Beach Resort Port Dickson memang terkenal sebagai salah satu hotel Mesra Muslim, so dekat setiap bilik memang tersedia kain pelikat, telekung, sejadah dan Al-Quran terjemahan untuk kegunaan para tetamu.
Ada 4 jenis bilik yang boleh korang pilih iaitu Deluxe, Deluxe Queen dan Deluxe Family.
Haa, lagi 1 kalau korang datang pada hari Jumaat atau Sabtu korang boleh naik ke Balai Cerap untuk tengok planet di waktu malam. Seronok tau!
So, jangan lepaskan peluang untuk menginap dan berbuka puasa di Klana Beach Resort Port Dickson. Jumpa korang kat sini okay!
Info lanjut :
📍Klana Beach Resort PD
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia
Kompleks Baitul Hilal
Lot 4506 Batu 8, Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan, Malaysia




































Tiada ulasan