ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
AEON MALL Raikan Tahun Baharu Cina dengan Inisiatif CSR Prosperity Blossom | Pada 7 Februari lepas AEON MALL telah menganjurkan kempen Prosperity Blossom yang penuh bermakna dengan menggabungkan warisan budaya dan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di AEON MALL Bukit Tinggi bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.
Antara acara utama yang mencuri tumpuan ialah Majlis Sumbangan Kepala Singa, di mana sebanyak sembilan (9) persatuan tarian singa sekolah menerima sumbangan kepala singa baharu. Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan AEON MALL dalam menyokong pembangunan belia serta pemeliharaan budaya tradisional.
Persatuan yang terlibat termasuk Jing Sun Welfare Society, Ti-Ratana Welfare Society Malaysia, Hin Hua High School, Kuen Cheng High School, Catholic High School Petaling Jaya, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Sekolah Menengah Kebangsaan Sinar Bintang Kuala Lumpur, Khuan Loke Dragon & Lion Dance Association Malaysia dan Hong Yi Dragon and Lion Dance Association.
Majlis dimulakan dengan Upacara Menyempurnakan Mata Kepala Singa (Lion Head Dotting Ceremony) yang membawa simbolik tuah dan kemakmuran. Upacara ini disempurnakan oleh AEON MALL bersama enam rakan penaja utama iaitu The Film Engine, Toy World Malaysia, Poh Kong, ITSU, Souper Tang dan Hock Kee, melambangkan semangat kerjasama serta nilai bersama dalam menyokong komuniti.
Sumbangan kepala singa ini bertujuan untuk:
- Meneruskan kelestarian amalan budaya tradisional
- Menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
- Mengurangkan beban kewangan persatuan sekolah
- Membentuk generasi muda melalui disiplin dan semangat kerja berpasukan
Inisiatif Prosperity Blossom ini mencerminkan peranan AEON MALL sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, yang sentiasa bekerjasama rapat dengan penyewa dan rakan niaga untuk memberi impak positif serta mampan kepada komuniti, terutamanya sempena musim perayaan utama.

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
Tiada ulasan