ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
AEON MALL Cerita Raya 2026: Sambutan Raya Penuh Warna Inspirasi Budaya Malaysia | Musim perayaan kali ini, AEON MALL menghidupkan semangat Aidilfitri menerusi kempen istimewa “Cerita Raya”, satu sambutan yang diinspirasikan daripada keindahan budaya, warisan serta flora tropika Malaysia. Kempen ini turut diadakan dengan kolaborasi bersama Tourism Malaysia bagi menonjolkan keunikan budaya tempatan kepada para pengunjung.
Di seluruh rangkaian AEON MALL di Malaysia, para pengunjung akan disambut dengan dekorasi Raya yang memukau, menggabungkan elemen tradisional Malaysia dengan sentuhan moden. Inspirasi bunga tropika, seni warisan tempatan dan estetika Raya yang unik menjadikan pengalaman membeli-belah lebih meriah dan imersif.
Bertemu Maskot Comel WIRA dan MANJA di AEON MALL
Menambah kemeriahan suasana, pengunjung juga berpeluang bertemu maskot kesayangan AEON MALL, iaitu Wira dan Manja. Kedua-dua maskot ini akan membuat penampilan khas sepanjang kempen Cerita Raya, memberi peluang kepada pengunjung terutama kanak-kanak untuk bergambar dan berinteraksi secara dekat.
Cerita Raya Special Edition Premium Redemption
Bagi melengkapkan pengalaman membeli-belah musim perayaan, AEON MALL turut memperkenalkan Cerita Raya Special Edition Premium Redemption, menampilkan kolaborasi eksklusif bersama jenama usahawan tempatan Bayu Somerset.
Antara barangan edisi terhad yang boleh ditebus termasuk:
- Cerita Raya Pouch Bag (Limited Edition)Tebus dengan perbelanjaan minimum RM800 (Ahli AEON / UOB Membercard) atau RM1000 (Bukan Ahli).
- Cerita Raya Floral CharmsTebus dengan perbelanjaan minimum RM600 (Ahli AEON / UOB Membercard) atau RM800 (Bukan Ahli).
- Cerita Raya Money PacketsTebus dengan perbelanjaan minimum RM150 (Ahli AEON / UOB Membercard) atau RM250 (Bukan Ahli).
Kolaborasi Muzik Raya Bersama Bunga
Sebagai sentuhan moden kepada kempen ini, AEON MALL turut berkolaborasi dengan Sony Music Entertainment untuk menghasilkan video muzik khas Cerita Raya yang menampilkan artis tempatan Bunga. Selain itu, satu promo tour turut berlangsung di beberapa AEON MALL terpilih, membawa kemeriahan muzik Raya lebih dekat dengan para peminat dan pengunjung.
Riuh Raya: Aktiviti Budaya & Persembahan Tradisional
Dari 22 Februari hingga 29 Mac 2026, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik di bawah kempen Riuh Raya. Antara aktiviti yang bakal memeriahkan suasana termasuk:
- Mochi Parade yang comel dan menghiburkan
- Persembahan tradisional seperti gamelan dan kuda kepang
- Pelbagai persembahan budaya yang meraikan warisan Malaysia
Aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai sendiri keindahan seni dan tradisi tempatan dalam suasana perayaan yang meriah.
Cerita Raya Midnight Sale
14 Mac yang lepas para pembeli juga sempat join Cerita Raya Midnight Sale yang berlangsung di beberapa AEON MALL terpilih seperti:
- AEON MALL Kota Bharu
- AEON MALL Kuching Central
- AEON MALL Seri Manjung
- AEON MALL Nilai
- AEON MALL Shah Alam
- AEON MALL Tebrau City
Dengan waktu operasi yang dilanjutkan hingga lewat malam, pengunjung mempunyai lebih masa untuk menikmati tawaran istimewa Raya, mencari kelengkapan Aidilfitri dan merasai pengalaman membeli-belah tengah malam yang penuh meriah.
Raikan Cerita Raya Bersama AEON MALL
Kempen Cerita Raya 2026 oleh AEON MALL bukan sekadar tentang membeli-belah, tetapi juga tentang meraikan kisah, tradisi dan keindahan budaya Malaysia. Dengan dekorasi memukau, aktiviti kebudayaan, persembahan muzik serta ganjaran eksklusif, sambutan Raya di AEON MALL pastinya menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Untuk maklumat lanjut, ikuti saluran rasmi AEON MALL atau kunjungi Kaunter Khidmat Pelanggan di mana-mana AEON MALL berhampiran.
Website: www.aeonmallmy.com
Facebook: AEON MALL
Instagram: @aeonmallmalaysia
#AEONMALL #AEONMALLCeritaRaya












Tiada ulasan