Mengimbau Kenangan Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 

Mengimbau Kenangan Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari | Bila masuk musim Raya, mesti ada satu perasaan yang susah nak digambarkan. Baju raya baru, lagu raya yang dah mula berkumandang dan memori raya dulu-dulu dengan Mak dan Abah yang datang menyapa.




Bagi kakak, antara kenangan paling manis adalah shopping raya dengan Mak dan Abah. Dari kecik, setiap kali nak dekat raya mesti diorang akan bawak pegi cari baju raya. Jalan dari satu kedai ke satu kedai, pilih warna yang paling cantik dan dalam masa yang sama seronok tengok suasana orang lain buat persiapan raya juga.

Dan salah satu kedai kegemaran kami ialah Pusat Pakaian Hari-Hari. Dari dulu, Hari-Hari memang port wajib cari kelengkapan raya. Tahun ni, Pusat Pakaian Hari-Hari menampilkan tagline “Raya Macam Dulu-Dulu, Hari-Hari Sentiasa Di Sisi”, koleksi Hari-Hari Raya 2026 hadir membawa semula nostalgia sambutan Raya yang penuh makna. Ia bukan sekadar pakaian, tetapi simbol memori yang menghubungkan generasi lama dan baru.




Kalau dulu pegi Hari-Hari dengan Mak dan Abah, sekarang giliran kakak pula bawa anak-anak beli kelengkapan raya kat sini. Pusat Pakaian Hari-Hari merupakan one stop centre, semuanya ada dari Baju Melayu, Baju Kurung, Songkok dan Samping untuk semua peringkat umur. Tak payah susah-susah nak pegi kedai lain-lain.



Koleksi Hari-Hari Raya 2026: Tradisi Bertemu Gaya Moden


Koleksi tahun ini direka untuk meraikan keindahan tradisi Aidilfitri sambil mengekalkan keselesaan dan gaya yang elegan. Inspirasi rekaan diambil daripada suasana Raya klasik yang penuh memori dan menjadikan setiap helaian pakaian terasa lebih istimewa.

Sama ada untuk pagi Syawal, ziarah keluarga atau rumah terbuka, koleksi ini memberikan sentuhan gaya yang timeless sambil mengekalkan rasa nostalgia Raya zaman dulu. Tahun ni, Baju Kurung Kedah jadi pilihan kakak. Simple tapi tetap elegan. 




Jualan Penghabisan Stok Baju Raya


Selain koleksi Hari-Hari Raya 2026, terdapat juga jualan penghabisan stok baju raya dengan harga yang sangat berbaloi. Harga serendah RM5, RM10 dan RM25 je. Memang jimat nak pulak kalau korang ada anak-anak ramai.



Kita ni, kalau dah kata parents tu kan, memang kalau boleh nak anak-anak beraya dengan baju baru kan? So kat Pusat Pakaian Hari-Hari korang boleh dapatkan baju raya baru dengan harga mesra poket.

Kadang-kadang baju Raya bukan sekadar pakaian, tapi sebahagian daripada memori kita setiap kali Aidilfitri tiba.


Promosi Raya Istimewa Bermula 21 Februari


Bagi memeriahkan lagi musim perayaan, pelanggan juga boleh menikmati promosi eksklusif Hari-Hari Raya bermula 21 Februari. Korang boleh dapatkan free gift dari Hari-Hari tau!
  • Paket Raya dengan pembelian RM120 dan ke atas
  • Woven Bag dengan pembelian RM200 dan ke atas
Promosi ni memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan hadiah istimewa sambil melengkapkan persiapan raya mereka.




Rayakan Aidilfitri Dengan Kenangan Yang Tidak Dilupakan


Aidilfitri bukan sekadar perayaan, tetapi juga tentang kenangan, keluarga dan tradisi yang kekal di hati. Dengan Koleksi Hari-Hari Raya 2026, setiap orang boleh menghidupkan semula suasana “Raya Macam Dulu-Dulu” di mana memori indah bersama keluarga sentiasa terasa dekat kerana walaupun masa berlalu, ada kenangan yang tidak pernah pegi.



Raya pun dah tak lama lagi, jom serbu Pusat Pakaian Hari-Hari yang berhampiran korang. Mana tau kita boleh sedondon raya nanti? Heheheh.

Info lanjut :

Instagram : @harihariofficial




Tiada ulasan