ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Beli Baju Raya di Pusat Pakaian Hari-Hari | Dari kecik kakak memang kenal sangat dengan Pusat Pakaian Hari-Hari. Dulu masa zaman-zaman sekolah, Mak dengan Abah selalu baju kat sini. Tak kiralah baju sekolah, baju pakai harian dan juga baju raya. Boleh dikatakan banyak baju yang dibeli di Pusat Pakaian Hari-Hari.
Tahun ni mesti semua orang eksited nak beraya selepas 2 tahun pandemik melanda kan? Macam tu juga kakak, dari awal puasa kakak dah mula survey baju untuk dipakai masa pagi raya nanti. Tahun ni, keutamaan kakak adalah untuk buat persiapan baju raya Mak dan Abah. Sekarang ni, nak meredah lautan manusia kat bazar tu macam tak gigih. Jadi kakak pilih beli baju raya mereka kat Pusat Pakaian Hari-Hari.
Kenapa Kakak Pilih Pusat Pakaian Hari-Hari?
Harga Yang Berpatutan dan Berkualiti
Dari dulu lagi, harga yang ditawarkan di Pusat Pakaian Hari-Hari memang murah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain. Dan semua yang kita nak ada disini. Daripada pakaian kanak-kanak, lelaki dan wanita. Nak cari size pun senang. Kualiti pakaian disini pun tak mengecewakan daripada fesyennya dan juga material pakaian. Kakak kalau bab pilih baju, agak cerewet. Siapa yang kenal, tau la kan? Hehehehhe.
Masa duk pilih baju raya Mak dengan Abah baru ni, kakak jadi rambang mata. Semuanya nampak cantik! Habis semua fesyen baju raya kakak belek. Korang boleh tengok sendiri dalam gambar tu kan? Kalau boleh semua warna kakak nak beli. Dan hasil setelah lebih kurang sejam kat Pusat Pakaian Hari-Hari, kakak akhirnya memilih 2 pasang baju setiap seorang untuk mereka. Alhamdulillah.
Staff Ramah dan Sangat Membantu
Perasan tak setiap kali korang masuk ke Pusat Pakaian Hari-Hari kan, mesti korang akan disapa sebaik saja melangkah masuk ke dalam outlet?
"Selamat Datang ke Hari-Hari!" dan "Terima Kasih, Datang Lagi!"
Sebab tu kakak suka datang membeli pakaian kat sini. Selain ramah mereka juga sangat membantu untuk ambilkan pakaian di rak, carikan design yang kita berkenan dan size yang sesuai untuk kita.
Proses Penukaran Dalam Masa 7 Hari di mana-mana outlet Pusat Pakaian Hari-Hari.
Yang ni salah satu sebab kakak memilih Pusat Pakaian Hari-Hari. Masa beli baju raya baru ni, kakak tersalah ambil size baju mak. Secara tak sengaja terambil baju yang bersize besar. Selalunya, kalau kita beli kat sesebuah outlet tu, kita perlu membuat penukaran di outlet tersebut sahaja. Tapi di Pusat Pakaian Hari-Hari, korang boleh menukar baju yang telah dibeli dimana-mana sahaja outlet yang berhampiran. Kadang outlet asal yang kita beli tu, dah habis size. Jadinya, nak tak nak kita kena juga la pakai baju tu juga atau alter ataupun katalah korang beli baju kat Perak, tiba-tiba bila dah sampai balik ke Terengganu baru perasan baju salah size ke apa, takdelah nak kena patah balik ke tempat beli. Jauh tu! Tapi kat sini, tak perlu pun. Cari je mana-mana outlet dan tukar, sah dalam masa 7 hari dari tarikh pembelian. Dan korang cuma boleh membuat pertukaran sebanyak 1 kali sahaja.
Happy betul bila dapat tukar size baju Mak kat outlet Pekan Sungai Besi. Baju asal kakak beli di outlet Jalan Tuanku Abdul Rahman. |
Tawaran Hebat Sempena Musim Perayaan di Pusat Pakaian Hari-Hari
Bila musim perayaan ni, tak sah kalau takde tawaran hebat di Pusat Pakaian Hari-Hari ni tau! Kali ni korang boleh dapatkan pelbagai tawaran yang menarik dengan setiap pembelian di Pusat Pakaian Hari-Hari antaranya :
- PERCUMA Beg Woven eksklusif Hari-Hari dengan setiap pembelian RM200 & keatas.
- PERCUMA peket duit raya Hari-Hari dengan setiap pembelian RM100 & keatas.
- Diskaun 10% untuk pemegang kad Watsons dengan pembelian minima bernilai RM10.
- Rebat 10% untuk pembelian secara dalam talian.
Tak lama lagi dah nak raya, mana yang tak sempat lagi beli baju raya tu bolehlah serbu Pusat Pakaian Hari-Hari yang berhampiran. Untuk info lanjut :
Website : https://www.ehari.com.my/
Outlet : http://www.hari.com.my/locator/
Facebook : https://www.facebook.com/hari.hari/
Instagram : https://www.instagram.com/harihariofficial/