Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV dan Madinah Ramadan

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV dan Madinah Ramadan | Setiap kali Ramadan, tempat yang menjadi tumpuan di Kelantan ialah Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV. Kat sini korang boleh dapatkan bermacam-macam jenis kuih dan menu tradisional Negeri Kelantan. Kadang-kadang tu kan, ada menu yang korang susah nak jumpa pada bulan lain tau, Ramadan je ada.



Masa Program Ihya Ramadan 2022 tempoh hari, kami berkesempatan menerokai sendiri Bazar ramadan di Stadium Sultan Muhammad IV. Bazar dia memang besar dan membuatkan kakak rambang mata nak pilih menu untuk berbuka puasa. Kalau boleh nak beli semua menu yang ada je, orang kata bulan Ramadan ni memang semua benda rasa nak makan, tapi bila dah beli jadi tak tau nak makan yang mana.



Bazar ni memang luas dan sentiasa menjadi tumpuan penduduk Negeri Kelantan dan juga mereka yang berkunjung ke Kelantan. Jom kita intai apa yang terdapat disini, manalah tau korang ke Kelantan dalam bulan Ramadan ni, boleh la singgah kat sini.



Pada sebelah malam pula, korang boleh ke Madinah Ramadan. Ini merupakan acara tahunan Negeri Kelantan dimana, satu tapak khemah disediakan untuk mereka yang ingin bersolat terawih di sini secara berjemaah. Selalunya, solat Terawih di Madinah Ramadan akan diimamkan oleh mereka yang bukan calang-calang. Rugi rasanya kalau tak berterawih disini.



Khemah yang disediakan memang cukup besar dan boleh memuatkan ramai jemaah. Selain itu, ianya dilengkapi dengan penghawa dingin untuk keselesaan mereka yang bersolat disini. Sejujurnya, kakak cemburu sangat bila tengok aktiviti orang Kelantan ni masa bulan Ramadan tau! Terasa macam nak pindah Kelantan pulak setiap kali menjelang bulan Ramadan.



So bagi mereka yang berada di Kelantan, apa kata korang jenguk sendiri Bazar Ramadan Stadium Sultan Muhammad IV dan Madinah Ramadan ni. Seronok tau! Rugi kalau tak pegi. Sempat lagi ni!

Tiada ulasan