Pasar Besar Siti Khadijah, Kala Sentral dan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pasar Besar Siti Khadijah, Kala Sentral dan Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor | Negeri Kelantan terkenal dengan pelbagai jenis makanan dan kraftangan yang unik dan tersendiri. Kalau datang sini, korang pasti nak bawak balik buah tangan atau cenderamata untuk diberikan kepada keluarga dan rakan-rakan. Jom kakak bawak korang ke tempat yang wajib korang singgah untuk bershopping di Kelantan.


Pasar Besar Siti Khadijah


Tak lengkap rasanya kunjungan ke Negeri Kelantan kalau tak mengunjungi Pasar Besar Siti Khadijah atau nama asalnya Pasar Besar Buluh Kubu. Kenapa ianya dinamakan Pasar Besar Siti Khadijah? Ianya kerana pasar ini dimonopoli oleh kaum Hawa. Kalau korang perasan, para peniaga disini semuanya wanita. Unik kan?



Pasar Besar Siti Khadijah mempunyai 4 tingkat di mana tingkat bawah dikhaskan untuk peniaga barangan basah seperti sayur-sayuran, ikan, ayam dan sebagainya. Kat sini juga terdapat pelbagai jenis kuih-muih tradisional masyarakat Negeri Kelantan.



Tingkat 1 pula untuk mereka yang berniaga barangan kering seperti serunding, ikan masin, keropok kering, kekacang dan sebagainya. Kalau korang nak cari keropok, budu, pes-pes tomyam ke, korang boleh dapatkan disini. Ada banyak jenis dan datang dari pelbagai pelusuk Negeri Kelantan tau. Cakap je nak jenis macam mana, semua ada!




Bagi tingkat 2 dan 3 pula dikhaskan untuk mereka yang menjalankan pelbagai produk bukan makanan. Kalau korang nak cari pakaian, kaftan, tudung, kain-kain ela, telekung dan sebagainya, kat sini terdapat pelbagai pilihan dan warna.




Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan kalau korang pandai tawar-menawar, korang boleh dapat harga yang lagi murah! Kakak seronok pegi sini tau, macam-macam gelagat yang kita boleh tengok.



Kala Sentral


Kala Sentral baru sahaja dibuka pada 6 Februari 2022 yang lalu. Ianya terletak di tengah-tengah Kota Bharu. Apa yang menariknya, Kala Sentral ini merupakan one-stop centre bagi mereka yang ingin mendapatkan pelbagai produk buatan pengusaha di sekitar Negeri Kelantan. Terdapat lebih kurang 170 jenis produk tempatan yang dipasarkan di sini.




Kakak difahamkan apa sahaja jenis produk yang dibuat dan dipasarkan oleh rakyat Kelantan boleh dijual disini. Kala Sentral bermatlamat untuk membantu para pengusaha kecil, memasarkan produk-produk keluaran mereka. Kebanyakan produk yang terdapat disini, home-made tau! Kiranya kalau korang kat luar, agak susah nak jumpa produk-produk ni.




Kala Sentral dibahagikan kepada 2 bahagian dimana 1 bahagian untuk memasarkan produk makanan, 1 bahagian lagi untuk memasarkan produk tekstil dan kraftangan. 




Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor


Ini juga merupakan salah satu tempat wajib dikunjungi kalau korang nak shopping selain daripada Pasar Besar Siti Khadijah dan Kala Sentral. Terletak 25 kilometer daro Kota Bharu.




Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor (ZBC Pengkalan Kubor) telah diwujudkan di bawah Seksyen 65, Akta Kastam 1967. Pemegang lesennya ialah Majlis Daerah Tumpat (MDT), bermula pada 10 Oktober 1989. Kawasan bebas cukai ini terletak di dalam satu kawasan berpagar seluas lebih kurang 25,175 meter persegi. Zon bebas cukai ini dikira sedikit istimewa dan berlainan daripada yang terdapat di tempat lain kerana di dalamnya selain terdapat premis-premis perniagaan, terdapat juga rumah-rumah kediaman.



Kawasan ini berdekatan dengan sempadan Thailand dan dilengkapi dengan pondok kawalan, pintu, dan laluan keluar masuk. Ia ditubuhkan dengan matlamat untuk menarik kehadiran pelancong domestik dan antarabangsa terutamanya yang memasuki Malaysia melalui Kompleks Kastam, Imigresen, dan Kuarantin (CIQ) Pengkalan Kubor.




Dari zaman kakak kecik kan, kalau mak-mak pegi trip ke Kelantan, mesti akan bawak balik segala jenis mak nenek periuk dari kecik sampailah ke besar. So, kalau korang nak dapatkan barangan seperti periuk atau perkakasan dapur, kat Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor ni memang banyak. Terdapat pelbagai jenis size dan bentuk ada dijual kat sini. Selain tu, korang boleh juga dapatkan coklat macam kat Langkawi. Harga pun lebih kurang je. Masa kakak kat sini, puas memborong coklat je okay!




So dah tau dah nak shopping kat mana kalau ke Kelantan? Bawak duit banyak-banyak tau, kat sini memang boleh rambang mata! Hahahahhaha.


Tiada ulasan