Gila Talak!!!!!!!!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Apa khabar semua hari ni?? Ada sesiapa yang gila talak tak?? Opssssssss. Harapnya takdelah ye. Kalau ada minta maaflah ye, AJ bukan berniat nak menyinggung perasaan sesiapa..... =)

Okay apa itu GILA TALAK????

Petikan Akhbar!


Gila Talak bermaksud teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai. Ini maksud sebenar gila talak. Walau bagaimanapun, pada zaman sekarang, orang yang gagal bercinta dalam bercinta tetapi masih lagi teringat-ingat dan mengejar-ngejar bekas kekasih juga boleh dikategorikan dan akan dikategorikan sebagai gila talak.

Mereka-mereka yang termasuk dalam kategori Gila Talak sanggup melakukan apa sahaja bagi mendapatkan kembali bekas suami, isteri atau kekasih mereka dalam apa cara sekali pun.

Ada yang menggunakan ilmu-ilmu tidak sepatutnya seperti sihir. Ada juga yang terlalu psiko sehingga mengganggu hubungan bekas pasangan dengan pasangannya sekarang. Seperti menggugut pasangan mereka dan kadangkala boleh bertindak di luar batasan seperti mendatangkan kecederaan. Hurmmmmm,  bahaya kan gila talak ni?

Orang yang mengalami gila talak selalunya tidak boleh melihat bekas pasangan mereka berbahagia disamping insan lain. Mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk meruntuhkan kebahagian bekas pasangan mereka demi kepuasan hati sendiri. Dalam erti kata sebenar, orang yang gila talak ni busuk hatilah. Kesian sungguh nasib si gila talak. Sampai betul-betul gila pun ada.

Jadi, bagi mengelakkan masalah gila talak ni berleluasa. Jagalah pasangan masing-masing selagi mereka masih menyayangi dan hargailah apa sahaja yang telah mereka korbankan. Jangan nanti bila sudah terlepas dari gengaman baru nak sedar. Kalau mana yang masih diberi peluang, Alhamdulillah. Kalau dah tak dapat peluang???? Kan dah masuk dalam kategori gila talak....

P/s : Semoga kami dijauhi daripada insan-insan yang GILA TALAK.... Amin.....


Baca Selanjutnya »

Bumper Oh Bumper!


ASSALMAULAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Lantaran kesibukan beberapa hari ni, tak dapatlah nak update apa-apa kat blog ni..... 
Hehheheheheheh....
Okay, arini AJ sakit lengan gara-gara bumper... Oh kenapa bumper??? 
Jumaat lepas, kereta Mr. JR dilanggar oleh seorang umat manusia ni.... 
Makanya kopak dan hampir luruhlah bumper serta kemeklah panel sebelah kiri....
Punyalah frust Mr. JR time tu... 
So nak tak nak hari Sabtu terpaksalah kami bergegas ke Petaling Jaya hasil carian dekat Lelong.com.my mengangkut bumper baru.... 
Bukan angkut naik kereta, angkut naik motor.... 
AJ, Mr. JR, panel kiri dan kanan serta bumper..... Naik Motor Okay... Hhahhahahahhaha..... 
Bayangkanlah kami mengangkut semua tu dari Petaling Jaya ke Taman Permata, Ulu Klang....
Lepas pada tu, masing-masing sakit segala urat saraf.. Hahhahhahaha.. 
Kesian kitorang.. Nak buat macam mana kan? DARURAT........ =)

Hebat tak kitaorang???? =P

Hasilnya
.................
.........
....
..
.

Tadaaaaaa..... Semua sakit... Hambik korang......

P/s : Mr. JR, lain kali jangan buat kerja gila lagi ye...... Hhahhahahahahah...... 
Now say THANK YOU CEPAT.....

Baca Selanjutnya »