Bukan Bersifat Perkauman...



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ bukanlah seorang yang bersifat perkauman atau racist ni....
AJ bercampur dan berkawan dengan semua orang tak kira apa bangsanya atau apa agamanya.....
Tapi berada di ofis baru ni membuatkan AJ lebih berhati-hati.....
Di sini, hanya AJ dan seorang staff je yang berbangsa Melayu dan Muslim....
Yang lain, semuanya berbangsa dan beragama yang berlainan.....
Kami semua berkongsi pantri dan perkakasan ofis yang sama termasuk sudu, garfu dan sebagainya....
Tapi AJ lebih suka menggunakan perkakasan sendiri yang dibawa dari rumah...
Sehinggakan span mencuci pun dibeli sendiri....
Bukan berniat untuk menjadi seorang yang bersifat perkauman....
Tetapi sebagai seorang Muslim, AJ ambil pendekatan tu memandangkan keadaan persekitaran di sini...
Dekat kawasan ofis, TIADA kedai yang halal......
Ada pun terpaksa berjalan jauh....
Kebanyakkan staff di sini tapau kat kedai bawah-bawah ni je.....
Kalau dah tapau kat bawah tu, faham-faham je la... Non-Halal..
Memang patutlah AJ gunakan perkakas dan span sendiri kan?
Pada AJ, eloklah kita elakkan.....
Bercampur boleh, tapi untuk berkongsi sesuatu yang kita tak tahu isi kandungannya tidak sama sekali.... =D




P/s : Bersikap Perkauman Ke ek pada korang???
Apa pandangan korang???



Baca Selanjutnya »

Puisi : Pesan Pada Diri....



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ dapat puisi ni dari BBM....
Macam best pulak sekali baca... 
So AJ nak kongsikan puisi ni dengan korang pulak...... =D

Pesan pada diri,
Jangan tersalah memberikan hati...
Pada insan yang tak sudi,
Pada insan yang tak mengerti,
Kerana sekali kau memberi,
Selamanya dia di hati...
Apabila sesekali kau dilukai,
Sampai bila-bila tetap kau akan ingati.....


Pesan pada diri,
Berhati-hatilah dalam memberi hati....
Berikan ia hanya pada insan,
Yang tahu menghargai..
Sebab nilai sekeping hati, amatlah tinggi...
Jangan sampai membuat hati terasa dinodai....




P/s : HATI yang bersih,
mencerminkan peribadi DIRI... =D


Baca Selanjutnya »