Bahaya Mengambil Suntikan Bergerak!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

AJ tertarik dengan 1 artikel dalam Harian Metro Online ni..
So mana yang tak berkesempatan nak baca meh AJ share sikit dengan korang...

Khidmat suntik bergerak
Kuala Lumpur: Tarikan untuk tampil cantik dengan kulit putih gebu dalam tempoh singkat menyebabkan ada wanita yang sanggup berbuat apa saja termasuk tidak mengikuti prosedur klinikal daripada doktor pakar atau profesional sehingga mendedahkan diri kepada risiko kesihatan.
Ini berikutan kewujudan pakej kecantikan wajah yang murah, mudah dan cepat ditawarkan oleh ‘pakar’ tidak bertauliah kepada sesiapa saja yang berminat untuk menjalani prosedur perubatan di tempat terbuka.

Kegiatan suntikan vitamin C, plasenta, kolagen, sel stem dan glutathione itu semakin laris di kalangan wanita namun tanpa disedari mereka sebenarnya terdedah kepada jangkitan HIV dan Hepatitis B.

Seorang wanita yang mendakwa dirinya pakar perunding kecantikan mendakwa mengaut keuntungan mudah dengan menjalankan perkhidmatan menyuntik produk kecantikan itu kepada sesiapa saja yang berminat di tempat terbuka.

Foto 

Dan ini pula akibat mengambil suntikan daripada orang yang tidak bertauliah...
‘Saya sakit tulang belakang’

Akibat mengamalkan pengambilan suntikan vitamin C dengan Suzy selama empat minggu sejak awal November lalu, seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di sini menahan kesakitan pada pinggang dan tulang belakang.
Penuntut yang yang hanya dikenali sebagai Fara, 25, berkata, dia kini tidak lagi mengambil suntikan itu berikutan tidak mahu berdepan risiko lebih teruk.

Fara mengakui keinginannya untuk mendapatkan kulit lebih cerah serta kelihatan cantik membuatkan dia tidak berfikir panjang untuk mengambil suntikan itu apatah lagi harga ditawarkan hanya RM50 untuk sebotol vitamin C bagi sekali suntikan.

Dengan perkhidmatan secara ‘pintu ke pintu' ditawarkan Suzy, ia memudahkannya kerana boleh mendapatkan suntikan berkenaan pada bila-bila masa tanpa perlu bersusah-payah ke klinik atau pusat kecantikan lain.

“Apabila tiba waktu untuk suntik, saya hanya perlu hubungi Suzy melalui telefon dan dia segera datang ke tempat yang saya tentukan tidak kira di rumah, kolej, kedai makan, malah dalam kereta sekalipun.

“Tapi selepas kali keempat melakukan suntikan ini, saya mulai sedar dan meragui kesannya kerana ia tidak pun menunjukkan perubahan pada kulit selepas empat minggu sebaliknya menyebabkan pinggang dan tulang belakang saya kerap sakit,” katanya.

Foto


P/s : Biarlah kulit tak putih, tak gebu.....
Asalkan tak memudaratkan kesihatan....
Sedangkan nak amik injection dari pakar pun AJ takut.... Inikan pulak orang tak bertauliah...


Baca Selanjutnya »

Hadiah Dari Mr.JR!


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Sempena meraikan keje baru ni, Mr.JR bagi AJ hadiah..... Iaitu bawak AJ pegi shopping... Yeaaaayyyyyy!!!!!!
(Aik??? tahun-tahun sebelum ni takde pun???? =P)
Elok je sampai rumah semalam, Mr.JR call suruh AJ naik train ke KLCC.....
AJ pun teruslah keluar balik, dengan baju keje pun tak sempat bertukar.....
Sampai KLCC ingatkan nak pegi makan dan jalan-jalan......
Rupanya Mr.JR bawak AJ masuk Isetan... Dia pilihkan AJ 3 helai baju untuk keje....
Alhamdulillah...... Murah rezeki AJ tahun baru ni.. Terima kasih Sayang......
Kalau nak tau AJ ni memang tak banyak pun baju yang formal....
Keje-keje AJ sebelum ni, semuanya pakai kasual.... Baik dari masa I-Cimb dulu....
So memang AJ hargai sangat apa yang Mr.JR hadiahkan untuk AJ ni.....
Lepas tu singgah pulak kedai kasut....
AJ amik 2 pasang kasut....
1 Mr.JR pilih dan 1 lagi pilihan AJ....
Agak-agak korang, mana pilihan AJ??? Dan mana pilihan Mr.JR???
Sebenarnya banyak je kasut yang kami pilih...
Tapi sayangnya size AJ manjang je habis....
Adehhhh... Ramai sangat ke orang shopping kasut.....?
Dekat 45 minit ke 1 jam jugaklah dalam kedai kasut tu....
Hahhahahahahha........
Sabar je la Mr.JR layan karenah AJ...... =P
Nasib Mr.JR la kan..... AJ ni memang agak cerewet...... (Dahlah orang belanja shopping, lagi mau cerewet..)
Tapi yang AJ tak puas hati, dia cakap tu kira hadiah hari jadi la....
Ehhh??? Mana boleh... birthday AJ bulan 6 kot.... Lama lagi.....
Terus dia tergelak..... Cheeehhhh hampagas punya Mr.JR! =P

Cuba teka mana 1 kasut pilihan AJ, mana 1 pilihan Mr.JR??? =P




Ni semua pilihan Mr.JR tau....
AJ terima je.... =D


Inilah hadiah-hadiah dari Mr.JR.......
Alhamdulillah.... =D
Terima kasih sangat.....

Pagi ni punyalah excited.... Balik semalam terus cuci baju yang beli tu, semata-mata nak pakai pegi keje.....
Hehehhehehehhe... Tak sabar-sabar... =P

P/s : Thanks You So Much Sayang...... =D


Baca Selanjutnya »