Tips Memilih Seluar Jeans


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Tidak lengkap rasanya penampilan seseorang jika tidak memiliki waima sehelai seluar jeans di dalam almari...
Tak kira lelaki atau perempuan, muda atau tua, seluar jeans pasti jadi pilihan kala bergaya santai dan kasual....
AJ sendiri pun lebih selesa mengenakan seluar jeans dalam kehidupan seharian.... =D
Ehemmm... Nak berseluar jeans pun kena pilih yang sesuai dengan tubuh kita.....
Nak-nak bagi kaum hawa...
Salah pilih.... Janggal jadinya....
Jom AJ nak share sikit tips pemilihan seluar jeans mengikut potongan badan...


Berpinggul Lebar
Cari seluar jean yang berwarna gelap dan sedikit kembang untuk memberi keseimbangan pada bentuk badan...
 Untuk keselesaan cari celana yang mempunyai regangan...
 Cuba elakkan potongan skinny, berpinggang tinggi dan potongan kaki yang lebar...
Semak bahagian poketnya... Jangan beli yang berpoket kecil kerana akan menampakkan pinggul anda lebih lebar.

Berkaki Pendek
Kami faham anda mahukan keselesaan tetapi cuba elakkan membeli seluar jean yang terlalu longgar atau pun seluar jean baggy...
Celana yang jatuh ke bawah pinggang membuatkan kaki anda tampak lebih pendek...
Potongan lurus merupakan yang paling sesuai untuk anda....
Titik beratkan panjang seluar jean anda... Panjangnya harus di bawah buku lali kerana jean yang pendek tidak membantu untuk menampakkan kaki anda lebih panjang...
Cuba elak memasukkan baju ke dalam celana...

Berisi
Jangan sesekali membeli low-cut atau jean skinny kerana ia akan membuatkan anda merasa tidak selesa... Pilih celana yang satu saiz lebih besar daripada saiz anda dan hantar ke tukang jahit untuk perbetulkan pinggangnya...
 Ia akan membuatkan seluar jean tampak terletak cantik di kaki dan pinggul anda....
Cuba cari seluar jean yang ringkas tanpa corak.

Terlalu Kurus
Pilih seluar jean yang berpotongan lurus dan ketat di bahagian belakang dan elakkan potongan kembang... Cari warna yang terang untuk menyerlahkan bentuk kaki dan pinggul anda...
Pilihan yang terbaik adalah seluar jean skinny yang panjangnya atas buku lali...

Sumber : EH!

So dah tau macam mana nak pilih seluar jeans korang???
Jangan salah pilih okay.....

P/s : Mood Shopping Separa ON!
Baca Selanjutnya »

Hari Ni Mother's Day??


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bangun pagi tadi nampak ada sorang kawan kat fb cakap dia dapat hadiah Mother's Day......
AJ yang tengah terpisat-pisat baru bangun tidur ni tetiba rasa pelik...
Arini Mother's Day ke???
Bukan ke selalunya Mother's Day disambut pada bulan May....
Rasanya takde pulak nampak iklan ke, apa ke pasal Mother's Day ni...
Tapi apa kejadahnya pulak tetiba ada yang dapat hadiah Mother's Day....
Tu yang masuk ofis pagi ni terus google....
Mother's Day tahun ni jatuh pada hari Ahad, 12 May.......
So hari ni BUKAN lah Mother's Day.....
AJ rasa kawan AJ tu mengigau kot...
Ke.... AJ yang mimpi???
Hehhehehehheheheh......
Takpelah, abaikan je....
Kepada yang post pasal Mother's Day tadi tu...
AJ nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu lah kat dia.......
Amboihhhhhh.... Excited naaa sambut Mother's Day awal-awal.....
Kehkehkeh......


P/s : Saya SAYANG Mak Saya.... =D
Baca Selanjutnya »