5 Tips Memilih Pakaian


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Semalam AJ baca dalam EH! ada Tips memilih seluar jeans....
AJ baca Remaja pulak ada tips memilih pakaian.....
Elok sangatlah tu..
Meh AJ kongsikan ilmu yang AJ dapat dengan korang pulak....
Untuk sesiapa yang belum baca dan belum tau lah ye... =D


“Wah, cantiknya baju tuh ! nak beli lah. Muat tak muat belakang kira janji aku dapatkan dia dulu!”

Pernahkah kamu berada seperti situasi di atas ? Membeli tanpa berfikir panjang ! Jaga-jaga takut di kesudahannya kamu menyesal kerana berhabis duit demi sehelai pakaian yang kamu sendiri tidak puas hati. Jom pelajari 5 pekara yang seharusnya kamu titik beratkan ketika memilih pakaian.



1. Saiz yang betul
Sebaiknya sebelum kamu membeli pakaian, apa kata kamu cuba dahulu....
Kerana tidak semua baju yang cantik selesa untuk di pakai....
Jadi, sebelum membazir apa kata kamu pastikan dahulu adakah ia berbaloi untu di beli atau sebaliknya.

2. Rona warna yang sesuai
Pemilihan warna juga penting!
Kamu perlu berfikir sejenak adakah baju yang cantik ini warnanya sesuai dengan warna kulitmu ?
Adakah warna itu boleh dipadankan dengan kasut-kasut kamu yang lain.
Adakah ia sesuai dengan warna tudung mu dan sebagainya.

3. Teliti jenis kain
Jika kamu seorang yang kuat berpeluh, seeloknya kamu lihat dan teliti betul-betul kualiti dan jenis kain baju yang ingin kamu beli itu.... 
Adakah ia jenis kain yang serap peluh atau sebaliknya....
Bukan apa takut-takut jenis kain itu tidak sesuai dengan mu dan akan menyebabkan bau badan yang kuat... Jadi nanti sia-sia sahaja kamu berlawa-lawa sekali berbau pula!

4. Pastikan baju tidak berlubang atau koyak!
Jaga-jaga! Adakalanya malang tidak berbau...
Siapa yang akan perasan kalau baju atau seluar yang kamu beli itu berlubang atau terkoyak? 
Jadi, pastikan betul-betul adakah pakaian itu dalam keadaan sempurna atau sebaliknya nanti tak pasal kamu perlu ke kedai itu semula untuk kali kedua!

5. Pastikan zip berfungsi dengan betul
Selain daripada memastikan baju atau seluar itu tidak berlubang atau terkoyak...
Kamu juga harus memastikan adakah zip (jika ada) ia berfungsi dengan betul atau tidak....
Mana tahu sedang kamu berbangga dengan baju baru ada pula insiden yang memalukan berlaku....

P/s : Harap tips ni membantu!
Baca Selanjutnya »

Kadang Malas Nak Dengar


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Al-kisahnya.....
Kat ofis AJ sekarang ni ada sorang akak ni.....
Dia memang suka sangat bercerita.....
Semalam bas lambat ke, hari hujan ke mesti dia bercerita even kita pun tau hari memang hujan semalam.....
Kadang tu pulak, dia asik bercerita kisah yang sama......
AJ ni dalam terpaksa redha dengar, angguk geleng.....
Kang kalau AJ suarakan rasa hati yang memang tak berapa nak dengar cerita dia kang.....
Kecik pulak hatinya...
Al-maklum, akak tu dah berumur awal 50-an....
Takut pulak dikatakan tak hormat.......
AJ pun malaslah nak buat orang tu terasa hati......
Tapi tu lah.... Bila dia dah start cerita yang tak penting macam semalam hujan, cuaca panas....
Mulalah AJ dah malas nak dengar.....
Dan yang buat AJ lagi malas nak dengar bila dia start bercerita pasal hal orang.....
Haaaaaaaaa..... Siapa nak jawab tu??
Bernanah telinga wooo......
Entah cerita betul, entah tak AJ pun tak tau......
So terpaksalah tadah telinga or buat-buat ada keje walaupun takde keje langsung......
Kot di iya kan, salah.... Geleng pun salah.... Serba salah jadinya!


P/s : Any Tips???
Baca Selanjutnya »