Wani Korbankan Kerjaya Demi Menjadi USAHAWAN AINAA Beauty

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Wani Korbankan Kerjaya Demi Menjadi USAHAWAN AINAA Beauty | Besar pengorbanan yang diambil oleh sosok bernama Syazwani Binti Sa'adun atau lebih dikenali sebagai Wani ni. Bukan senang nak tinggalkan sesuatu kerjaya yang disayangi. Sedih memang sedih, tapi dengan berkat sokongan keluarga dan orang yang terdekat, Wani sanggup melepaskan jawatan Penolong Pegawai Perubatan yang disandang sekian lama untuk berniaga. Menurut Wani, jodoh dalam berniaga lebih kuat.






Wani mula mengenali dan menceburi bidang perniagaan AINAA Beauty pada tahun 2018 secara sambilan. Pada mulanya Wani mencuba produk AINAA Beauty kerana mengalami masalah acne breakout. Dah alang-alang mencuba dan dapat melihat keberkesanan produk itu sendiri, Wani mendaftar sebagai usahawan untuk berkongsi mengenai produk itu sendiri. 


Bermula tahun 2021 Wani amik keputusan untuk menceburi AINAA Beauty secara lebih serius dan fokus pada satu kerjaya sahaja. Keputusan yang diambil ini berdasarkan keyakinan terhadap jenama AINAA Beauty itu sendiri setelah berkecimpung selama 6 tahun.


Bagi Wani, keputusan untuk meninggal kerjaya tetap sebagai Penolong Pegawai Perubatan merupakan suatu keputusan yang sukar tetapi bukanlah keputusan yang tidak baik. Wani beranggapan untuk lebih maju kehadapan beliau perlu mengambil langkah yang besar dan berani demi mengubah nasib diri dan keluarga.


Kenapa Wani memilih AINAA Beauty?


Wani memilih AINAA Beauty kerana beliau ingin mencabar diri dan nampak potensi yang besar dalam bisnes selain ingin meningkatkan karier peribadi. Wani juga yakin dengan circle AINAA Beauty kerana nampak sendiri perjuangan Encik Hafiz Mahamad sebagai founder bukanlah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Tetapi lebih kepada untuk membantu para usahawan dan agent untuk mempertingkatkan kemahiran diri dan membantu mencari solusi dalam menghadapi sesuatu cabaran.


Selain itu, kelainan yang diterapkan dalam team AINAA Beauty seperti team bonding, cara mereka berkongsi manfaat, cara mereka mengasah kemahiran dan kekuatan masing-masing juga antara faktor yang membuatkan Wani setia dengan AINAA Beauty.




Wani sekarang ada ratusan agent di bawah #NSAwaniSquad dengan dibantu oleh 2 orang staff di bawah syarikatnya.


"2023 Wani nak jadi usahawan yang MERAWAT TARAF KEHIDUPAN ORANG RAMAI"


Program Usahawan AINAA Beauty


Bermodalkan serendah RM200 stokis dan agent AINAA Beauty bukan sahaja menjadi pengguna setia produk AINAA, malahan mampu menjana pendapatan sendiri. Dengan sokongan dan bimbingan daripada founder AINAA Beauty, para USAHAWAN AINAA Beauty akan didedahkan dengan sistem pengurusan yang betul serta sistematik. Beliau juga turut berkingsi mengenai kepimpinan organisasi AINAA Beauty.





Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru


Bersempena tahun baru, AINAA Beauty telah memperkenalkan Malaysia Baru Peluang Perniagaan Baru dimana Para USAHAWAN AINAA Beauty diberikan bimbingan untuk menjadi usahawan berjaya,  from zero to hero. Para Usahawan juga akan sentiasa disuntik dengan semangat dan kesedaran secara konsisten bagi mengekalkan momentum sebagai USAHAWAN AINAA Beauty yang lebih berjaya. 


Selain berjaya, Encik Hafiz Mahamad juga berharap suatu hari nanti ada antara USAHAWAN AINAA Beauty ini sendiri berjaya membuka cawangan Klinik Aestetik dengan kepakaran doktor aestetik di bawah jenama AINAA Clinic.


Selaras dengan moto AINAA Beauty "Kejayaan Demi Kebahagiaan" Hafiz juga inginkan stokis dan agent mereka iaitu USAHAWAN AINAA Beauty untuk sama-sama perolehi kejayaan seterusnya menikmati kebahagiaan. Bukan sahaja untuk diri sendiri malahan untuk orang-orang yang tersayang dan yang berada disekeliling mereka.


Semoga para USAHAWAN AINAA Beauty semakin maju kehadapan.


Baca Selanjutnya »

Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022)

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) | 22 Disember 2022 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) bertemakan "Kesepaduan Penjaja dan Peniaga Kecil Penjana Ekonomi Negara" oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.



Konvensyen HPPK2022 disambut pada 18 November setiap tahun dan tahun 2022 merupakan sambutan HPPK ke-10 di peringkat kebangsaan. HPPK kali ini turut disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.



Perdana Menteri juga turut mengambil peluang mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara. Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).




Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick juga menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.


HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini telah dihadiri oleh 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara. Banyak pengisian yang menarik telah disediakan sepanjang konvensyen HPPK ini berlangsung. Antaranya :


  • Rakan Strategik - Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan
  • Klinik Usahawan HPPK 2022 - Sesi konsultansi agensi keusahawanan
  • Gerak Usahawan Nasional - Pameran dan jualan produk usahawan
  • Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil - Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil
  • Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP
  • Bicara Usahawan Berjaya - Kisah kejayaan perserta program KUSKOP

Melalui acara HPPK peringkat Kebangsaan ini para penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara dapat bertemu dan bertukar pandangan.


Pada acara ini juga,  YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang telah berjaya menunjukkan prestasi dan kemajuan yang memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.




Satu Anugerah Khas Jasamu Di kenang juga telah disampaikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli Bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai tanda mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012. Anugerah Khas ini telah diterima oleh balu dan juga anak perempuan Allahyarham sendiri.




Diharap acara tahunan konvensyen ini dapat membantu memperkasa penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara agar lebih yakin dan terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka.






Baca Selanjutnya »