Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022)

 ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) | 22 Disember 2022 yang lepas telah berlangsungnya Majlis Perasmian Konvensyen Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 (HPPK2022) bertemakan "Kesepaduan Penjaja dan Peniaga Kecil Penjana Ekonomi Negara" oleh Perdana Menteri YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami dan YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP.



Konvensyen HPPK2022 disambut pada 18 November setiap tahun dan tahun 2022 merupakan sambutan HPPK ke-10 di peringkat kebangsaan. HPPK kali ini turut disertai rakan strategik KUSKOP seperti Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM), Gabungan Persatuan dan Penjaja Malaysia (G3PM), Yayasan Peniaga Kecil dan Penjaja Malaysia serta Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil India di negeri Selangor.



Perdana Menteri juga turut mengambil peluang mengucapkan syabas kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil yang memberi sumbangan secara langsung kepada pertumbuhan ekonomi negara. Beliau turut menyatakan pendirian Kerajaan Perpaduan untuk terus komited menyediakan sebuah ekosistem keusahawanan yang holistik dan kondusif kepada komuniti ini serta menzahirkan keyakinan terhadap KUSKOP untuk menerajui agenda keusahawanan negara selaras Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030).




Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Datuk Ewon Benedick juga menyatakan komitmen KUSKOP untuk terus membantu memperkasa golongan penjaja dan peniaga kecil selaku penyumbang utama kepada pengukuhan dan kestabilan ekonomi negara.


HPPK2022 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) ini telah dihadiri oleh 2,500 penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara. Banyak pengisian yang menarik telah disediakan sepanjang konvensyen HPPK ini berlangsung. Antaranya :


  • Rakan Strategik - Pameran agensi-agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan
  • Klinik Usahawan HPPK 2022 - Sesi konsultansi agensi keusahawanan
  • Gerak Usahawan Nasional - Pameran dan jualan produk usahawan
  • Bicara Program Caknan Bantu Peniaga Kecil - Peranan agensi KUSKOP membangunkan penjaja dan peniaga kecil
  • Sesi Perkongsian Peserta Program KUSKOP
  • Bicara Usahawan Berjaya - Kisah kejayaan perserta program KUSKOP

Melalui acara HPPK peringkat Kebangsaan ini para penjaja dan peniaga kecil dari seluruh negara dapat bertemu dan bertukar pandangan.


Pada acara ini juga,  YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Peserta Pemantapan Penjaja dan Peniaga Kecil kepada 16 orang penerima yang telah berjaya menunjukkan prestasi dan kemajuan yang memberangsangkan dalam perniagaan setelah mengikuti latihan melalui program keusahawanan anjuran KUSKOP.




Satu Anugerah Khas Jasamu Di kenang juga telah disampaikan kepada Allahyarham Dato’ Haji Ramli Bin Norani iaitu mantan Presiden GPPPKMM dan juga ahli Majlis Perundingan Penjaja dan Peniaga Kecil (M3PK) sebagai tanda mengiktiraf sumbangan beliau dalam memperjuangkan nasib komuniti penjaja dan peniaga kecil di Malaysia sejak tahun 2012. Anugerah Khas ini telah diterima oleh balu dan juga anak perempuan Allahyarham sendiri.




Diharap acara tahunan konvensyen ini dapat membantu memperkasa penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara agar lebih yakin dan terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan mereka.






Tiada ulasan