Kemunculan PUSS IN BOOTS di AEON MALL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Kemunculan PUSS IN BOOTS di AEON MALL | Bersempena musim perayaan ini, watak lagenda yang tak asing lagi iaitu PUSS IN BOOTS akan muncul di Majlis Ekslusif di AEON MALL bagi meraikan pelancaran filem animasi PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH di pawagam pada 22 Disember nanti.



Watak yang dikenali dengan pelbagai nama seperti The Stabby Tabby, El Macho Gato, the Leche Whisperer, PUSS IN BOOTS akan menemui anda anda di Main Concourse di 11 cawangan AEON Mall.




Bagi peminat si kucing oyen ni, jangan lepaskan peluang untu menemui wira kesukaan bukan hanya kanak-kanak dan sertai pelbagai aktiviti interaktif yang menyeronokkan bersama keluarga dan peminat filem animasi ini.




Korang juga wajib mencuba pengalaman ajaib di Fallen Wishing Star Experiential Room. Banyak sangat hiasan menarik dan "insta-worthy" bertemakan filem PUSS INN BOOTS khas untuk korang! Amik ootd banyak-banyak tau nanti!





Dan kalau korang hadir dengan berpenampilan seperti hero yang menarik, korang berpeluang memenangi sepasang tiket untuk menonoton filem PUSS IN BOOTS!


Bagaimana nak menyertai? Senang je.


Langkah 1 : Like & Follow laman FB dan IG AEON MALL, GSC & TGV

Langkah 2 : Ambil gambar kreatif anda di hiasan AEON MALL Puss in Boots

Langkah 3 : Tag 3 orang rakan anda dengan #AEONMALLAHeroHoliday

Jangan ketinggalan! Seramai 100 pemenang akan dipilih di akhir kempen.



Bukan itu saja. Korang juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM37,000 dengan menyertai "Count the Cat Contest"!

Cara penyertaan :

Langkah 1 : Belanja minimum RM30 dalam satu resit.

Langkah 2 : Kira dan anggarkan bilangan watak kucing yang ditampilkan.

Langkah 3 : Serahkan jawapan dengan mengimbas Kod QR, muat naik resit dan isikan butiran anda.



Bagi korang yang membawa anak-anak, bolehlah bagi mereka menerokai dan bermain di sudut Permainan bertemakan; The Last Wish Adventure Games dan Puss In Boots Zipline Adventure - penyertaan percuma dengan perbelanjaan minimum RM60 (Bukan Ahli AEON) atau RM30 (Ahli AEON) dalam 2 gabungan resit pada hari yang sama.




Korang juga boleh mendaftarkan anak-anak untuk aktiviti tambahan seperti sudut Mewarna Merry Pawsome atau ketengahkan bakat kreatif mereka dengan menyertai Peraduan Mewarna Puss In Boots.





Selain tu, temui Puss In Boots secara langsung di semua 11 AEON MALL untuk Sesi "Meet and Greet" dan  bergambar dengan satu-satunya El Macho Gato di Malaysia. Seronoknyaaaaaaa!!!!

Jadual penampilan boleh didapati di cawangan pasar raya  yang mengambil bahagian. Slot ini adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat.


Jom ke AEON MALL untuk beraktiviti dan berjumpa sendiri PUSS IN BOOTS: THE LAST WISH!


Cawangan AEON Mall :

  • Bukit Tinggi, Klang
  • AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur
  • Cheras Selatan, Kuala Lumpur
  • Metroprima, Kepong
  • Rawang, Selangor
  • Bukit Raja, Klang
  • Tebrau City, Johor Bahru
  • Bandar Dato’ Onn, Johor Bahru
  • Kulaijaya, Kulai
  • Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • Ipoh Station 18, Ipoh

Puss In Boots : The Last Wish akan ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 22 Disember 2022.

Tiada ulasan