Pembukaan Rasmi Outlet Ke-3 Calisto Vision Care

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


Pembukaan Rasmi Outlet Ke-3 Calisto Vision Care | 22 November lepas, Calisto Group Sdn Bhd telah membuka outlet ke-3 Calisto Vision Care di AEON MALL Nilai sekaligus menjadi outlet Calisto yang terbesar dan sangat estetik. Memang betul, kedai cermin mata Calisto Nilai ni memang besar!




Kakak sendiri berkesempatan menghadiri majlis pembukaan rasmi outlet Calisto Nilai tempoh hari. Tahniah Calisto! So siapa yang berkata mata tu, dah boleh serbu Calisto Vision Care beramai-ramai untuk gantikan cermin mata tu.


Majlis pembukaan rasmi Calisto Vision Care disempurnakan oleh Mr. CF Wong (Pengurus Besar La Calisto Group), Madam Jojo Gan (Pengurus Operasi Kanak La Calisto Group), Yang Berbahagia Datuk Iskandar Sarudin (Chairman of AEON Company Malaysia Berhad), Mr Kenny Lim (General Manager of Kering Eyewear) dan Ms Siao Hui Lim (Business Development Manager of La Calisto Group).




Selain tu pengunjung yang datang juga dipersembahkan dengan tarian Singa, selalu masa Chinese New Year je kan dapat tengok tarian singa? Masa datang majlis pembukaan rasmi tu, kakak dapat tengok lion dance. Memang meriah!



Macam kakak cakap, Calisto Vision Care Nilai merupakan outlet yang terbesar diantara 3 outlet Calisto selepas outlet Melawati Mall dan Pavilion Bukit Jalil. Calisto merupakan kedai optik yang berkonsep estetik dan minimalis.


Terdapat pelbagai pilihan cermin mata daripada pelbagai jenama yang boleh dipilih. Kakak sendiri sampai rambang mata tak tau nak pilih yang mana. Kalau korang tak gemar memakai cermin mata, korang juga boleh mendapatkan pelbagai jenis kanta lekap mengikut kesesuaian.



Disini juga, korang boleh melakukan pemeriksaan mata secara menyeluruh dan boleh mendapatkan pandangan pakar optik yang berada di Calisto. Jangan risau, staff Calisto memang terlatih dan sangat mesra, kalau ada pertanyaan mengenai kondisi mata seperti rabun jauh atau dekat dan cermin mata yang bersesuaian dengan bentuk muka, mereka akan layan sampailah korang berpuas hati.



Dah alang-alang kat sini, kakak check terus la mata. Alhamdulillah, power spek kakak maintain je. Tak naik tak turun. Actually rabun kakak tak terlalu teruk, tapi kakak memang perlukan cermin mata sebab kerja sekarang memerlukan kakak menghadap laptop dan telefon dengan kerap. Jadi silau tu agak tinggi.


Kalau menempah spek disini, korang boleh pilih untuk tunggu spek siap dalam 1jam atau pos terus ke rumah. Aritu, kakak minta pihak Calisto poskan terus kerumah. Tempoh penghantaran pula, dalam masa 10 hari je.



Tak sempat ke Calisto Vision Care? Korang boleh membuat tempahan spek secara dalam talian. Caranya mudah je, visit : https://calisto.co/ dan pilih je spek yamg korang suka.


Berita baik!!!! Korang boleh dapatkan diskaun RM30 dengan memasukkan kod CABGAU30 untuk pembelian RM200 dan keatas secara dalam talian. *tertakluk kepada terma dan syarat*


Promosi menarik di Calisto Vision Care :






Lain-lain promosi : https://calisto.co/




Info lanjut :


Alamat : 


AEON MALL Nilai


Lot F13, Pusat Beli -Belah Aeon Mall Nilai,
No. 2, Persiaran Pusat Bandar, Putra Point, Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan Darul Khusus.
Telefon : 06-7991978
Email: cv002@calisto.co


Pavilion Bukit Jalil

Level 3, LOT 3.49.00 & 3.50.00, Pusat Bandar 2, Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil,
57000 Kuala Lumpur.
Telefon: 03-80822729
Email: cv001@calisto.co


Melawati Mall

UP2-01, GF-22, 355, Jalan Bandar Melawati,
Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur.
Telefon : 03-67300794
Email : cv004@calisto.co


Mengenai CALISTO





Calisto Corporate adalah sebuah kumpulan pelaburan mengendalikan CALISTO CARE, sebuah konsep butik keunikan. Ditubuhkan pada tahun 2022, CALISTO VISION CARE membawa pelbagai pilihan jenama utama dalam kacamata serta memberi perkhidmatan professional yang komprehensif serta mudah alih platform melalui peruncitan omnichannel: www.calisto.co

Sementara itu, OMNI EYEWEAR, MYANGKASA OPTIKAL yang berada di bawah sub-kumpulan adalah konsep moden yang kami menawarkan di antara keseimbangan dan fesyen serta reka bentuk mengikut trend semasa yang berkualiti dalam semua jenis kacamata, koleksi daripada kami berdasarkan pelbagai rangkaian, dari kasual ke keghairahan.

MISI

Kewujudan CALISTO kerana kami cintakan fesyen. Kami percaya setiap orang harus memanjakan diri mereka dengan fesyen moden. Misi kami adalah untuk menjadi platform global untuk fesyen mewah dan moden serta menawarkan pengalaman membeli- belah yang selesa - atas talian (eCommerce) dan dalam kedai.


Tiada ulasan