SIRI HUAWEI MATE50 Kini Dilancarkan di Malaysia

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA 


SIRI HUAWEI MATE50 Kini Dilancarkan di Malaysia | 3 November lepas, HUAWEI telah melancarkan SIRI HUAWEI MATE50 yang menjadikan ianya penanda aras baharu untuk peranti flagship dengan teknologi canggih dan terkini. 10 tahun sejak palancaran siri Mate pada tahun 2012. HUAEI Malaysia secara rasminya mengumumkan pelancaran peranti baru kepada barisan produk Mate iaitu Siri HUAWEI Mate50.



Siri HUAWEI Mate50 boleh didapati dengan tiga varian iaitu HUAWEI Mate50, HUAWEI Mate50 Pro dan edisi istimewa HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather. Peranti flagship Siri HUAWEI Mate50 adalah telefon pintar yang dipacu prestasi terkini merangkumi teknologi terkini dan inovasi yang lebih berkuasa berbanding sebelum ini.



Siri HUAWEI Mate50 ini lebih estetik terutamanya pada reka bentuk simetri Space Ring dan reka bentuknya yang halus. Telefon pintar Siri Mate50 dilengkapi dengan Kamera Ultra Aperture XMAGE yang mempunyai apertur fizikal boleh laras skala-10 yang pertama dengan keupayaan fotografi versatil yang pernah dilihat pada telefon pintar Mate.



Selain itu ianya juga dilengkapi dengan "Kunlun Glass" terdiri daripada 10 kuadrilion-level nanokristal, hasil pengukuhan ion komposit  yang mampu meningkatkan rintangan jatuh sehingga 10 kali lebih kuat dan telah mendapat pensijilan daripada SGS Switzerland! Okay yang ni kakak suka, sebab kalau dah namanya seorang Ayue, tak sah kalau telefon tu tak jatuh! Heheheheh.


Siri Mate50 juga mengunakan sistem operasi EMUI 13. Ciri SuperHub pula memudahkan pemindahan data dan fail yang mudah antara aplikasi dan peranti, memecahkan sebarang halangan yang telah memisahkan pelbagai platform yang berbeza antara satu sama lain.


Menurut Richard Yu, Pengarah Eksekutif Lembaga Pengarah HUAWEI, Ketua Pegawai Eksekutif Consumer BG, dan Ketua Pegawai Eksekutif Intelligent Automotive BU, 





"Selepas sedekad yang lalu, Siri Mate secara konsisten mendorong kemajuan untuk mencipta inovasi yang di luar jangkaan yang boleh diakses secara meluas. Setiap generasi baharu telefon pintar Mate telah mengumpulkan pelbagai teknologi HUAWEI yang canggih. Siri HUAWEI Mate50 ini meneruskan legasi yang membanggakan ini, dengan mempelopori inovasi berterusan dan memberikan nafas yang baharu kepada Siri Mate."



Reka Bentuk Berkualiti dan Klasik


Siri HUAWEI Mate 50 mempunyai reka bentuk elegan bercorak Clous de Paris buat pertama kalinya, mempamerkan kecantikan baru yang direka hingga ke perincian terakhir. Hadir dengan dua jenis penutup belakang, kaca dan kulit vegan yang berbeza dan boleh didapati dalam da warna iaitu  Silver dan Black manakala versi Vegan Leather pulak didatangkan dengan warna Oren yang sangat menarik!



Apa yang lagi menarik kan,  Telefon Siri HUAWEI Mate50 juga tahan air pada IP68 sehingga 6 meter di bawah air dan membolehkan peranti tersebut digunakan dengan mudah pada persekitaran basah dan berdebu.


Dari segi storage pulak, Siri HUAWEI Mate50 ada sehingga 20 GB 4 (pada telefon 256 GB ROM). Sebagai digital creator, storage sesebuah peranti tu memang memainkan peranan penting untuk kakak tau. Yelah, setiap kali pegi mana-mana, kakak akan abadikan setiap momen. Kalau storage tak banyak, macam mana kan? So Siri HUAWEI Mate50 ni lulus la dari segi tu.


Lagi 1 yang kakak tertarik dengan spec Siri HUAWEI Mate50 ni kan, iainya didatangkan dengan Mod Kecemasan bateri rendah yang inovatif akan diaktifkan sebaik sahaja tahap bateri jatuh ke 1%, dimana SuperEnergy Boosting akan membolehkan siri HUAWEI Mate50 memanjangkan masa standby selama tiga jam atau 12 minit masa panggilan.



Harga Pasaran bagi Siri HUAWEI Mate50


Kalau korag nak dapatkan  Siri HUAWEI Mate50, korang boleh pre-order bermula 3 November - 11 November 2022 di semua HUAWEI Experience Store, Laman Web Rasmi HUAWEI, Stor Rasmi HUAWEI di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada dan rakan rasmi HUAWEI seperti SenHeng, senQ, Harvey Norman dan Urban Republic.


Model flagship HUAWEI didatangkan dalam tiga varian: 


  • HUAWEI Mate50 (8 GB RAM + 256 GB ROM) berharga RM3,699 tersedia dalam pilihan warna Hitam dan Perak.
  • HUAWEI Mate50 Pro (8 GB RAM + 256 GB ROM) berharga RM4,499
  • HUAWEI Mate50 Pro Orange Vegan Leather (8GB RAM + 512 GB ROM) berharga RM5,299. 


Korang juga boleh mendapatkan hadiah percuma eksklusif bernilai sehingga RM1,450 kalau korang buat pre-order sekarang.


Korang juga boleh menikmati pelan ansuran sehingga 24 bulan 0% dengan Maybank, UOB, CIMB, HLB, RHB, Atome, dan Paylater*. Selain itu, pengguna boleh tukar kepada siri HUAWEI Mate50 dengan menukar 5 peranti lama termasuk telefon pintar, tablet dan jam pintar.

*Tertakluk kepada bank yang mengambil bahagian di setiap kedai*




Selain itu juga, HUAWEI turut memperkenalkan beberapa lagi peranti terbaru mereka seperti HUAWEI Watch GT 3 SE dan HUAWEI MatePad SE 10.4".




Untuk maklumat lanjut layari :

Facebook : Huawei Mobile
Instagram : @huaweimobilemy

Tiada ulasan